Dulu, masa awal-awal ABPBH dibuat, cara ni belum lagi popular. Kemudian, apabila nampak bahawa ABPBH ini menawarkan hadiah cukup lumayan kepada para pemenangnya, maka cara ini digunakan untuk meraih dan mendapat lebih banyak undian. Siapa yang mulakan tu, anda rajin, anda boleh buat kajian sendiri.
Hoho .. ya. Undian yang terbanyak akan membolehkan calon-calon tersenarai dalam ABPBH menang dengan bergaya. Nak dapatkan undian banyak, maka mestilah perlu ada pelaburan. Pelaburan yang bagaimana? Hmm pelaburan selebriti untuk peminatlah. Kalau tak berjaya menambat hati peminat, bagaimana nak dapatkan undian menerusi akhbar Berita Harian ye tak?
Cara Menang Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Dalam borang tersebut akan ada sebanyak 15 kategori yang dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki / Wanita Popular; Artis Komedi Lelaki / Wanita Popular; Pengacara TV Lelaki / Wanita Popular dan Penyampai Radio Lelaki / Wanita Popular.
Turut dipertandingkan kategori Penyanyi Lelaki / Wanita Popular; Artis Duo / Berkumpulan Popular; Pelakon TV Lelaki / Wanita Popular dan Pelakon Filem Lelaki / Wanita Popular.
Err blogger popular ada tersenarai tak? Hoho . .. nak tahu senarai blog paling popular? Boleh tengok sini - Top Senarai Malaysia Best Blog 2015
Memandangkan borang tersebut kena letak nama dan pengenalan diri, maka kena ada ramai individu dan orang perorangan untuk isi borang undian. Maka, salah satu cara nak dapatkan individu yang isi borang dengan 'jujur' dan 'ikhlas' tentulah daripada para peminat.
Kelab Peminat Untuk Menang Undian ABPBH?
Bagaimana nak dapatkan dan kumpulkan peminat-peminat ini? Pastilah menerusi kelab peminat selebriti tersebut. Hoho .. menerusi kelab peminat, ada chance untuk menang undian ABPBH.Dah ada peminat, dah ada kelab; apa pula kena buat?
Haha, bab tu takkan tak tau lagi kot? Pastilah kena dapatkan akhbar dan borang ABPBH. Untuk dapatkan akhbar dalam kuantiti yang banyak .. cara paling mudah ialah dapatkan sponsor dari kalangan peminat. Hoho .. saya pasti ada daripada golongan peminat ni yang berduit dan kaya raya. Apatah lagi kalau dah obses dengan selebriti tersebut.
Ada modal. Beli akhbar Berita Harian banyak-banyak. Isi borang, lepas tu pos. Kos pos pula ditanggung oleh 'penaung' kelab peminat yang boleh saya katakan sebagai organizer. Nak mudah untuk buat kiraan, terus sahaja masukkan dalam karung guni atau diikatkan sekali bersama semua sampul surat borang berkenaan. Lepas tu, tag atau labelkan sebagai undian dari kelab peminat sekian-sekian ...
Bahaya Guna Kelab Peminat
Tapi, ada bahayanya kalau guna cara ini untuk menang undian ABPBH.Bayangkan ...
Kelab selebriti A ada 300 borang undian. Kelab selebriti B pula ada 300 borang undian. Kelab selebriti C pula ada 300 borang undian. Masing-masing akan pilih selebriti masing-masing.
Dan dalam borang ABPBH tu pula ada banyak kategori. A, B dan C dah memang dapat 300 undian dah dari kelab peminat masing-masing. Tetapi, seandainya selebriti D juga dipilih dalam setiap kelab peminat tersebut di dalam kategori yang bukan punyai nama calon A, B dan C ... kemungkinan besar selebriti itu akan jadi paling popular dalam undian hatta tanpa ada khidmat kelab peminat.
Selebriti D ... dapat 100 undian dari kelab peminat A, 200 undian dari kelab peminat B, 170 undian dari kelab peminat C .. nah .. tanpa kelab, tanpa sponsor, tanpa organizer .. undian dapat yang terbanyak.
JV Antara Kelab Peminat Popular
Jadi, cara nak atasi ialah buat join venture kelab peminat. Teknik dan cara menang undian ABPBH ini dah pernah dibuat pada tahun lepas kalau tak silap saya. Ada selebriti terkenal yang buat team khas untuk dapatkan lebih undian bagi menang ABPBH.... janji dalam kategori berbeza.Ok.
Lagi cara nak menang undian ABPBH ialah dengan beli banyak akhbar Berita Harian, tetapi di ruangan borang ABPBH, dah tersedia pemilihan .. iaitu dah tick dah pilihan yang disediakan, pastu edarkan akhbar percuma tersebut kepada orang ramai. Tak boleh nak bagi borang sahaja sebab bagi akhbar percuma lebih 'bernilai' untuk orang ramai ambil, lepas tu selitkan sedikit nota supaya hantar borang ABPBH.
Teknik Rantaian Cara Menang Undian ABPBH
Cara lain ialah buat rantaian borang dari kelab peminat tadi. Seorang peminat diberikan 4-5 akhbar dengan borang tersedia di dalam. Pastu minta peminat tersebut edar pada adik beradik, sedara mara, jiran, rakan office ... suruh mereka isi borang ABPBH. Lepas tu, peminat tadi kutip borang yang ada dan kemudian pos. Tak leh harap mereka terima akhbar dan borang tu untuk isi dan hantar, si peminat kena follow up dan kutip balik borang yang telah lengkap diisi... hoho.Adeh. Tetiba nak tulis benda ni. Sekarang buat mereka yang mungkin terlibat dengan ABPBH samada secara lansung dan tidak langsung boleh fikir-fikir apa yang patut ye. Gitulah adanya. Manalah tahu kot-kot kaedah sama diguna pakai untuk cari Malaysia Best Blog 2015... uh lala ..
Sekian. Terima kasih. Oh ya, jangan lupa like dan share entri ni ye. Tweet sekali dengan hashtag #ABH2014.
p.s: Tiada pihak yang membayar blog post ini. Ia bukan advertorial. Harap maklum.
Yatie selalu membayangkan je undian ni based on kelab peminat.. tp tak terfikir pulak akan kemungkinan2 yang bro cakap ni.. Hehehe..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.