Saya sebelum ini tak tahu pun bahawa permohonan MyKid boleh dilakukan secara online di laman web Jabatan Pendaftaran Negara. Agak mudah juga. Hanya masukkan nombor MyKid untuk mengetahui status permohonan yang telah dibuat.
Cara Semak Status Permohonan MyKid Secara Online
Selalunya, cara lama saya buat ialah datang ke cawangan Pejabat Pendaftaran Negara di Parit Buntar atau di Nibong Tebal. Buat pertanyaan di kaunter disediakan. Kalau semakan mendapati MyKid dah siap maka bolehlah terus ambil. Rasanya cara sama juga untuk mengaktifkan MyKad.Untuk membuat semakan status permohonan MyKid secara online, anda perlu ke pautan berikut: http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid. Masukkan nombor MyKid. Masukkan captcha, dan tekan butang semak yang disediakan.
Sebelum ini, pernah juga pihak JPN hantar surat maklumkan mengenai kad pengenalan dah siap dan boleh diambil, tetapi rasanya cara ni dah lama tak buat, tak tahulah di tempat lain.
Oh ya, dah baca entri Jom Aktifkan Mykad tak? Tahu tak bahawa MyKad ada banyak kegunaan selain dari hanya sebuah kad pengenalan? ...
Alamak, baca entry ni baru teringat myKid baby saya dah 6 bulan lom amik kat JPN! haahah..
ReplyDeletemakin mudah sekarang, anak2 dah besar zaman takde mykid. terima kasih info ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.