Cara semak status permohonan MyKid secara online. Ohh saya baru tahu bahawa semakan status untuk permohonan MyKid boleh dibuat secara online. Nampaknya dah banyak aplikasi online berkaitan MyKad telah disediakan oleh kerajaan.

Saya sebelum ini tak tahu pun bahawa permohonan MyKid boleh dilakukan secara online di laman web Jabatan Pendaftaran Negara. Agak mudah juga. Hanya masukkan nombor MyKid untuk mengetahui status permohonan yang telah dibuat.

Cara Semak Status Permohonan MyKid Secara Online

Selalunya, cara lama saya buat ialah datang ke cawangan Pejabat Pendaftaran Negara di Parit Buntar atau di Nibong Tebal. Buat pertanyaan di kaunter disediakan. Kalau semakan mendapati MyKid dah siap maka bolehlah terus ambil. Rasanya cara sama juga untuk mengaktifkan MyKad.

Untuk membuat semakan status permohonan MyKid secara online, anda perlu ke pautan berikut: http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid. Masukkan nombor MyKid. Masukkan captcha, dan tekan butang semak yang disediakan.
Cara Semak Status Permohonan MyKid Secara Online
Status akan dipaparkan samada MyKid sedia untuk diambil, belum diproses atau telah diambil sepeti di bawah ini.
Cara Semak Status Permohonan MyKid Secara Online
Cukup mudah bukan? Jadi tak perlu bazir masa untuk ke Pejabat Pendaftaran Negara.

Sebelum ini, pernah juga pihak JPN hantar surat maklumkan mengenai kad pengenalan dah siap dan boleh diambil, tetapi rasanya cara ni dah lama tak buat, tak tahulah di tempat lain.

Oh ya, dah baca entri Jom Aktifkan Mykad tak? Tahu tak bahawa MyKad ada banyak kegunaan selain dari hanya sebuah kad pengenalan? ...


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alamak, baca entry ni baru teringat myKid baby saya dah 6 bulan lom amik kat JPN! haahah..

    BalasPadam
  2. makin mudah sekarang, anak2 dah besar zaman takde mykid. terima kasih info ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement