Dedah rahsia rumahtangga suami isteri di media sosial. Apakah rahsia kebahagiaan rumahtangga? Bagaimana nak dapatkan keharmonian dan kemesraan berpanjangan dalam hubungan suami isteri? Ramai pasangan yang mahu bahagia hingga ke akhir hayat, namun ironinya; ramai pasangan yang tanpa fikir panjang dedah rahsia suami isteri di media sosial.

Sejak akhir-akhir ini, laman sosial dijadikan tempat untuk meluahkan segala rasa di hati. Ada yang menulis ringkas, ada yang tulis panjang. Hal demikian sudah menjadi satu kebiasaan pula. Apabila dikongsikan rasa yang adakala tanpa sedar dedah rahsia rumahtangga suami dan isteri; ia berkemungkinan akan membawa kepada satu pengakhiran yang tidak diminta.

Dedah Rahsia Suami Isteri Media Sosial

Dedah Rahsia Suami Isteri Media Sosial
Lihat sahaja bagaimana kisah rumahtangga menjadi tatapan umum di kalangan selebriti. Sedikit sebanyak perkongsian rasa mereka menerusi medium seperti Facebook dan Twitter mengundang pelbagai komen yang berbentuk spekulatif. Almaklumlah, mereka ada ramai pengikut dan peminat yang tak boleh ditutup mulut, apatah lagi pemikiran. Sedikit sebanyak komen-komen tersebut adakala membuatkan si suami dan isteri terbabit mula 'diracuni' pemikiran orang lain tanpa mereka ketahui kisah sebenar.

Jadi, perkara seperti ini boleh membawa kepada permasalahan lain - fitnah dan juga penceraian. Siapa mahu kehidupan bekeluarga punah dan musnah, ye tak?

Antara punca utama penceraian adalah berkaitan seks. Baca mengenainya di sini - http://goo.gl/mCbP6c

Daripada pengalaman sayalah, ada yang kongsi cerita mengenai suami buat itu buat ini di laman sosial, yang kemudiannya melarat kepada rakan dan sanak saudara yang cuba tambah rencah dan perisa. Siap bagi gambar tanpa tajuk tanpa fakta benar untuk menyemarakkan status dikongsi. Yang membaca tanpa tahu asal usul, terus komen sehingga ada yang membibitkan rasa amarah tanpa fikir yang jejaskan rasional.

Silap. Ini adalah kesilapan tindakan bagi pasangan yang mahu rumahtangga bahagia.
Dedah Rahsia Suami Isteri Media Sosial
Kisah rumahtangga terutama berkaitan masalah dan isu sensitif tidak perlu diluahkan menerusi media sosial. Mungkin ada yang fikir cara itu adalah terbaik untuk redakan rasa di hati, tetapi sebenarnya ia mengundang parah yang mungkin sukar untuk diubati. Jangan bawa permasalahan rumahtangga menjadi bualan satu dunia. Kelak nanti anda akan ditertawa, dan paling sadis, ia akan babitkan anak-anak yang tidak mengerti apa-apa.

Jangan dedah rahsia suami isteri di media sosial. Tapi kongsikan kebahagiaan sebenar agar semua boleh mendoakan ia berpanjangan hingga akhir hayat. In Sha Allah.


13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ramai jer yang macam tu abang Hasrul Hassan, kadang-kadang tak pasti apakah yang mereka nak sebenarnya... errrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meluahkan di tempat yang tidak kena ... undang ramai yang nak jadi psikopetri .. err apa ke namanya ehhh ... susah lak nak eja.

      Delete
  2. Ena ramai je tengok status macam tu. Terutama mereka yang kahwin pada awal umur ni. Gaduh sedikit upstatus.

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni ramai yang menggunakan media sosial utk update rahsia rumah tangga...walhal x perlu pun...takut....harap dijauhkan dari kita semua ye. Kalau nak gaduh gak...bisik2 dlm bilik je suami isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tula .. gaduh je la dalam bilik ye tak .. hoho .. :P

      Delete
  4. hurmm.. minta-minta kita semua dijauhkan..

    ReplyDelete
  5. betul2, fb ni klau elok cara guna jdilah elok, klau xelok, jadilah mcm2..
    mna taknyer, masalah dlm kain pun semua nk crita kt org..
    mintalah dijauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kita semua dilindungi dari melakukan perkara2 yang mengaibkan ini.

      Delete
  6. Itulah namanya kebodohan mutlak..

    ReplyDelete
  7. Salah tempat melepaskan geram dan mengadu. harap kita semua dihindarkan.

    ReplyDelete
  8. Moga hubungan atas nama suami isteri itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, kena banyak berdoa kepada Allah S.W.T

      Delete
  9. Belum kawen lg tapi fhm msg msg kena jaga aib pasangan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement