Sejak akhir-akhir ini, laman sosial dijadikan tempat untuk meluahkan segala rasa di hati. Ada yang menulis ringkas, ada yang tulis panjang. Hal demikian sudah menjadi satu kebiasaan pula. Apabila dikongsikan rasa yang adakala tanpa sedar dedah rahsia rumahtangga suami dan isteri; ia berkemungkinan akan membawa kepada satu pengakhiran yang tidak diminta.
Dedah Rahsia Suami Isteri Media Sosial
Jadi, perkara seperti ini boleh membawa kepada permasalahan lain - fitnah dan juga penceraian. Siapa mahu kehidupan bekeluarga punah dan musnah, ye tak?
Antara punca utama penceraian adalah berkaitan seks. Baca mengenainya di sini - http://goo.gl/mCbP6c
Daripada pengalaman sayalah, ada yang kongsi cerita mengenai suami buat itu buat ini di laman sosial, yang kemudiannya melarat kepada rakan dan sanak saudara yang cuba tambah rencah dan perisa. Siap bagi gambar tanpa tajuk tanpa fakta benar untuk menyemarakkan status dikongsi. Yang membaca tanpa tahu asal usul, terus komen sehingga ada yang membibitkan rasa amarah tanpa fikir yang jejaskan rasional.
Silap. Ini adalah kesilapan tindakan bagi pasangan yang mahu rumahtangga bahagia.
Jangan dedah rahsia suami isteri di media sosial. Tapi kongsikan kebahagiaan sebenar agar semua boleh mendoakan ia berpanjangan hingga akhir hayat. In Sha Allah.
ramai jer yang macam tu abang Hasrul Hassan, kadang-kadang tak pasti apakah yang mereka nak sebenarnya... errrr...
BalasPadamMeluahkan di tempat yang tidak kena ... undang ramai yang nak jadi psikopetri .. err apa ke namanya ehhh ... susah lak nak eja.
PadamEna ramai je tengok status macam tu. Terutama mereka yang kahwin pada awal umur ni. Gaduh sedikit upstatus.
BalasPadamSekarang ni ramai yang menggunakan media sosial utk update rahsia rumah tangga...walhal x perlu pun...takut....harap dijauhkan dari kita semua ye. Kalau nak gaduh gak...bisik2 dlm bilik je suami isteri.
BalasPadamHmm tula .. gaduh je la dalam bilik ye tak .. hoho .. :P
Padamhurmm.. minta-minta kita semua dijauhkan..
BalasPadambetul2, fb ni klau elok cara guna jdilah elok, klau xelok, jadilah mcm2..
BalasPadammna taknyer, masalah dlm kain pun semua nk crita kt org..
mintalah dijauhkan..
Semua kita semua dilindungi dari melakukan perkara2 yang mengaibkan ini.
PadamItulah namanya kebodohan mutlak..
BalasPadamSalah tempat melepaskan geram dan mengadu. harap kita semua dihindarkan.
BalasPadamMoga hubungan atas nama suami isteri itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendakNYA.
BalasPadamIn Sha Allah, kena banyak berdoa kepada Allah S.W.T
PadamBelum kawen lg tapi fhm msg msg kena jaga aib pasangan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.