Esotik wisata alam Kawah Putih Ciwidey yang boleh memberahikan. Jika anda sudah membaca entri sebelum ini mengenai berliburan di Kawah Putih, Bandung; maka bolehlah anggap entri yang ini merupakan susulan entri tersebut yang merupakan sebahagian daripada blog post saya bercuti dengan keluarga ke Bandung Indonesia.

Sedikit penambahan info yang ingin saya berikan untuk mereka yang mungkin bercadang mencari tempat menarik untuk dikunjungi apabila berada di Bandung, Indonesia.

Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat

Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Wisata alam Kawah Putih terletak di daerah Ciwidey, Jawa Barat. Perjalanan untuk ke sana dari Kota Bandung ambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki van. Dalam perjalanan ke daerah Ciwidey ini, anda bakal menyaksikan pemandangan serba hijau penduduk setempat yang kebanyakkan melakukan kerja bendang.

Jalanraya agak sempit, jadi kemahiran memandu perlu tinggi untuk melalui kawasan persis Cameron Highlands, Pahang ini. In Sha Allah, saya akan kongsikan gambar perjalanan menarik ke wisata alam Kawah Putih ini kepada anda di dalam entri yang lain.

Apa Yang Ada di Kawah Putih?

Wisata alam Kawah Putih merupakan tempat peranginan yang sesuai untuk seisi keluarga yang mahu melihat keunikan tinggalan gunung berapi di Bandung. Kawah Putih yang merupakan satu danau dengan air yang boleh bertukar warna ini agak luas. Ia telah dibangunkan untuk pelancong luar dan dalam, dilengkapi fasiliti lengkap seperti tempat makan, gerai cenderahati, tandas, surau serta kemudahan parkir kenderaan.
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat

Harga Tiket Masuk dan Sewa Kenderaan

Untuk kenderaan yang parkir di Kawah Putih dikenakan caj dari Rp6,000 - 25,000. Jika mahu naik ke puncak wisata dengan kenderaan sendiri, dikenakan bayaran Rp150,000. Harga tiket masuk adalah Rp50,000 seorang. Untuk sewa kenderaan iaitu Ontang-Anting naik ke atas dikenakan sekali dengan harga tiket masuk Rp65,000 seorang.

Masa lawatan bermula dari jam 7:00 pagi dan tutup jam 5:00 petang.

Suasana sejuk di wisata alam Kawah Putih Ciwidey membuatkan anda berasa selesa di sini. Di bahagian bawah selain kemudahan asas, ada juga tempat atau gerai cenderamata disediakan. Ada banyak jenis cenderamata dijual di sini, tetapi yang paling banyak adalah t-shirt, baju tebal dan hasil tanaman wilayah Ciwidey ini termasuklah strawberry dan blueberry.

Harga cenderamata seperti t-shirt anda boleh tawar sehingga separuh harga diletakkan. Serius ni. Wife saya belikan jaket atau baju sejuk untuk anak-anak hanya baru kurang Rp100,000 (RM30) malah dapat sarung tangan percuma lagi bila borong beberapa barang lain.
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Saya boleh anggap suasana di wisata alam Kawah Putih ini sebagai eksotik kerana apabila anda sampai di bahagian atas; anda akan lihat keadaan berkabus tebal dengan pokok-pokok tumbuh tanpa daun, selain bau sulfur sangat kuat menusuk hidung. Air danau yang kelihatan hijau serta sejuk tanpa hidupan menyangkal fakta bahawa ia dulu merupakan kawah gunung berapi.

Tips Berkunjung ke Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat

  • Pakai baju tebal atau baju sejuk
  • Bawa payung (optional)
  • Bawa ubat sapuan untuk lenguh kaki
  • Bawa ubat sapuan untuk gigitan serangga
  • Bawa air masak atau air mineral
  • Beli penutup mulut/hidung
  • Untuk pelancong, bawa passport
  • Bawa kamera sendiri
  • Pakai kasut sport - jangan sesekali pakai tumit tinggi atau selipar
  • Tidak digalakkan mereka yang ada sakit lelah, jantung atau masalah paru-paru untuk naik ke tingkat atas/puncak Kawah Putih.

Semoga info ini bermanfaat dan enjoy gambar-gambar yang telah saya ambil untuk tatapan semua. Mana tau ianya berguna untuk mereka yang akan pertama kali ke Bandung, Indonesia.
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement