Gambar pasangan pengantin sweet jadi viral kerana ia menunjukkan bahawa tanggungjawab suami itu bukan hanya dikala waktu senang dan gembira, tetapi juga di dalam keadaan sukar dan sengsara. Si suami yang sebelum ini terpaksa bersanding seorang diri di atas pelamin mungkin membawa pelbagai cerita yang tidak sedap didengar andaikata yang hadir tidak dimaklumkan akan keadaan pasangannya.
Gambar Pasangan Pengantin Sweet Jadi Viral
Nah. Langkah jurugambar perkahwinan pasangan ini yang mencadangkan saat-saat indah bersama isteri dirakamkan juga, walaupun dalam keadaan yang tidak begitu mengizinkan akhirnya menzahirkan sesuatu yang manis dan menyentuh rasa. Dan setidak-tidaknya, ia akan merungkai sebab kenapa si pengantin lelaki terpaksa bersandingan seorang diri di atas pelamin.Hikmah. Allah S.W.T berikan jalan untuk pasangan ini elak fitnah. Dan akhirnya Allah S.W.T mengizinkan gambar pasangan pengantin sweet ini menjadi viral di laman Facebook, sehingga dipaparkan di dalam akhbar Metro.
Mohd Suhairi Md Salleh,26, dan Ainul Aqmar Arzmi,25, ‘berpisah’ seketika di hari persandingan mereka di kediaman pihak lelaki, Ahad lalu selepas Ainul terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Amanjaya Specialist Centre, Sungai Petani, Kedah.
Ainul ketika dihubungi di Sungai Petani, berkata, pada 6 petang Sabtu lalu, dia ke hospital itu selepas tidak dapat menahan kesakitan akibat ketumbuhan pada ovari (cyst).
“Pada 8 malam, doktor memaklumkan saya perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan itu kerana ia semakin kritikal." - Harian Metro
Gambar pasangan pengantin sweet jadi viral ini memaparkan foto pengantin lelaki, Mohd Suhairi membawa kek majlis perkahwinan ke hospital tempat isterinya menjalani pembedahan yang terletak hanya 500 meter dari kediaman pengantin pengantin - tempat majlis persandingan berlangsung.
Isteri Mohd Suhairi, iaitu Ainul Aqmar terkejut dengan kehadiran suaminya membawa kek majlis perkahwinan ke hospital. Saat-saat indah lagi unik penuh sejarah ini dilensakan oleh Kawaras iaitu jurugambar majlis berkenaan, yang bertindak kreatif mengabadikan gambar kenangan pasangan sweet ini.
Walaupon Ainul, pengantin perempuan tidak dapat hadir ke resepsi perkahwinan kerana ada " operation " mengejut malam sebelum resepsi dan hanya Ari, pengantin lelaki sahaja yg berada di resepsi dibantu oleh rakan2 yg hebat tetapi this " Handsome gentleman" masih mampu buat kejutan dan ukirkan senyuman di wajab isteri kesayangan . . kami doakan this lovely couple moga berkekalan ke jannah dan dipermudahkan segala urusan . . both of them are totally amazing and charming . . . - Exclusively Engineered by unclekayblog.com - Facebook
Setakat entri ini ditulis, gambar pasangan pengantin sweet ini telah menerima lebih daripada 8000 likes, dan lebih 300 shares. Bukan setakat pengantin baru ini menjadi popular di laman sosial, tetapi juga menaikkan imej dan jenama Uncle Kay Photography.
Sweet. In Sha Allah, semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya apa yang berlaku merupakan ujian untuk pasangan suami isteri.
Seorang rakan saya (ahli jemaah tabligh) pernah berkata kepada saya - "Dalam sepanjang kehidupan suami isteri, akan datang 3 ujian besar yang menguji kerukunan rumahtangga. Ujian ini akan datang pada awal perkahwinan, pertengahan dan di lewat usia sebuah rumahtangga. Jika dapat menempuhnya, in Sha Allah, akan beroleh rahmat dari Allah S.W.T"
Ya Allah sweetnya. Beruntung gegel tu dapat suami macam tu.
ReplyDeleteEhemm .. nak ciri2 suami macam tu Ina Ainaa?
Deletememang beruntung si isteri dpt suami mcm tu..semoga jodoh mereka hingga ke jannah
ReplyDeletePengorbanan yang sangat bermakna dan mendapat perhatian serta pengajaran dari masyarakat. Setiap ujian yang datang tersembunyi di sebaliknya kemudahan. Mudah-mudahan dengan akal yang bersih, kita dapat memahami hikmah tersembunyi.
ReplyDeleteWah! tahniah pada pasangan ini. Ni yang buat kawe rasa hendak postkan gambar kawin lama kawe.. He he.. Boleh viral tak? Alahai.. ketinggalan zaman weh. Tapi tetap ada Kilauan Emas nya. :D
ReplyDeleteApa-apa pun kalau gambar kawin dengan isteri muda tapi wife tak tahu, pasal kawin tu, kawe rasa kalau terlepas di FB atau media sosial, garenti viral punya terutama sekali dalam group family.
Boleh je. CUbalah bersanding sekali lagi ... :) buat sesuatu yang unik, bukan takat viral .. masuk frontpage paper pun boleh.
DeleteWahhhhh, bagus husband dia, si isteri takde la kecewa sangat bila tak dapat hadir resepsi. Benda macam ni la bagus jadi viral dari benda2 mengarut yang ramai orang share. Hehehehe
ReplyDeleteSo sweet..
ReplyDeleteAde dengar kisah ni kt Hot FM pagi tadi:)
Ohh ye ke .. saya sendiri tak perasan
DeleteBakal menjadi memori indah kepada pasangan ini.Moga kekal hingga ke anak cucu.
ReplyDelete:)
ReplyDeletesemoga gambar dan moment ini akan menjadi pembakar semangat kepada kasih yang sejati.
nak dapat jodoh yang baik, kita kenalah jadi yang terbaik dulu....insya-Allah
#muhasabah diri-ku sendiri.
In Sha Allah, pengalaman unik di hari bahagia yang tidak semua orang perolehi.
Deleteyup, setuju....FB saya jer ada hampir 8ribu gambar....kebanyakkannya gambar keluarga. nanti bila saya dah tua, dah jadi moyang, bila cucu cicit tanya, "moyang, ada gambar moyang masa muda tak??? ada gambar keluarga kita semua masa muda-muda tak?"...boleh la saya jawab, "cu...ni password FB moyang, semua gambar ada kat dalam tu...".
Deletekita tak tahu bila mereka semua akan pergi meninggalkan kita.
p/s : serius neh....tak main-main punyer planning masa depan. haha.
Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh berkekalan hingga ke alam jannah dan semoga dikurniakan zurait yang solleh dan salleha, amin yo rabbal alamin
ReplyDeleteIn Sha Allah, kita doakan bersama-sama.
Deletewow menarik
ReplyDeletewow menarik
ReplyDeleteMmg sweeeeet n ohesem betullah.
ReplyDeleteMoga bahgia till jannah utk pasangan ni. ameen
Jatuh hati Cik Yana..
ReplyDeleteAinul kwn 1 batch sy, Ari senior sy. were same school. korg mmg sweet dr dulu smpai skg. moga hubungan korg kekal till jannah.amin2.
ReplyDeleteMemang sangat sweet pengantin ni..
ReplyDeleteMoga bahagia hingga ke akhir hayat, Amin.
ReplyDeletepengantin pompuan cantik laa..pengantin laki pulak nampak baik je muka dia.muka tenang.bestnyer nengok..
ReplyDeleteRespek lah Bro tu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.