Perghhhh. Inilah pertama kali saya dan keluarga melihat hotdog besar. Alhamdulillah, kesempatan berada di Hotel Aston Braga, Bandung semasa bercuti selama beberapa hari di sana membolehkan kami sekeluarga menikmati hidangan yang cukup mengenyangkan ini.

Siapa pernah lihat hotdog sebesar yang saya tampilkan ini? Mungkin ada di kalangan anda yang pernah sampai dan menginap di Aston Braga Hotel and Residence pernah merasai kesedapan hotdog yang boleh dijamah sehingga 6 orang ini.

Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung

Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung
Saya belum lagi pernah melihat hotdog sebesar ini di Malaysia. Anda pernah? Kalau pernah, bolehlah kongsi cerita di ruangan komen ye.

Hotdog besar Hotel Aston Braga adalah antara tarikan menu hidangan santai yang ada disediakan. Anda boleh pesan dan menikmatinya di bilik dengan harga yang cukup berpatutan. Hidangan yang sesuai untuk dijadikan pengganti makan malam memang berbaloi, terutama jika anda mahu bajet dalam soal makan lewat malam tanpa perlu meninggalkan bilik hotel.

Harga untuk satu hidangan ini adalah Rp75,000; iaitu lebih kurang RM20 lebih. Saya difahamkan roti dan juga daging sosej yang digunakan adalah buatan tempatan.
Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung
Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung

Ada lagi satu menu best yang akan saya paparkan iaitu Burger Goliath yang juga merupakan tarikan hidangan supper atau lewat malam yang ada di Hotel Aston Braga Bandung ini. Serius memang kerennnnn .... :)

Kalau kesempatan ke Bandung, Indonesia dan menginap di hotel ini, bolehlah pesan hotdog ini.

p.s: Kata anak saya, hotel lain di Bandung juga menyediakan hidangan yang sama.
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement