Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah pada usia 84 tahun di rumahnya setelah sejam kembali dari Hospital Kubang Kerian pada 12 Februari 2015, jam 9:40 malam. Berita Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia telah diberitahu oleh anaknya, dan menjadi liputan berita utama hampir semua portal online berita. Datuk Nik Aziz meninggal dunia disebabkan sakit yang telah sekian lama dihidapi iaitu kanser prostat.
HotFM dan RTM Antara Pertama Beri Hormat Pada Tok Guru Nik Aziz
HotFM dan RTM antara yang pertama beri hormat dengan mengurangkan penyiaran berbentuk hiburan, dan dilebihkan kepada bacaan ayat suci Surah Yasin dan al fatihah. Sesuatu yang sepatutnya dicontohi oleh semua stesen penyiaran. Tok Guru Nik Aziz adalah seorang insan dan tokoh hebat, malah beliau antara tokoh politik dan pemimpin yang sangat mesra dengan rakyat, terutama di negeri Kelantan.
Sikap rendah diri yang tiada tolok banding (jika dibandingkan dengan pemimpin politik yang lain) yang ada pada Tok Guru Nik Aziz menjadi satu trademark sehingga dihormati kawan dan lawan. Saya sendiri tidak pernah jumpa dengan mana-mana ahli politik Malaysia yang mendahulukan soal agama lebih baik daripada beliau.
HotFM menerusi laman facebook mereka turut memperlihatkan rasa hormat tersebut kepada Tok Guru Nik Aziz.
Sekali lagi, saya ucapkan takziah kepada keluarga terdekat dan sanak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat. Semoga roh Tok Guru Nik Aziz dicucuri rahmat Allah S.W.T.
Jenazah Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi 13 Februari 2015. Sebelum itu, jenazah Tok Guru yang juga Mursyidul Am PAS disolatkan di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi. Turut hadir memberi perhormatan terakhir adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi negara.
Beberapa rakan blogger saya memberitahu, ribuan orang hadir ke majlis pengebumian tokoh politik disegani ini, malah ia mengingatkan saya dengan kepemergiaan Ustaz Fadhil Mohd Noor satu masa dahulu, yang juga merupakan salah seorang tokoh politik hebat PAS.
p.s: Sebaik sahaja entri ini diterbitkan, saya dapati TV3 mula alunkan bacaan ayat suci Al Quran - Surah Yasin.
Al fatihah.
Sebak bila mengenangkan tokoh Islam Malaysia terhebat TGNA dah tiada lagi di dunia ini.. Al-Fatihah..;'(
ReplyDeleteAl-Fatihah
ReplyDeleteorang dr luar kelantan pun katanya ramai yg pegi kt umah tok guru.. sedihnya xdpt join skali.. :(
ReplyDeleteAstro Awani ada siarkan mengenai arwah dan juga Al-fatihah sekejap..tapi yg paling baik mmg sepatutnya alunkan bacaan ayat suci Al-Quran..adik saya pun bergerak ke Kelantan malam tadi bersama pemuda yang lain..ramai sgat orang..melebihi 100,000 mungkin..
ReplyDeleteStesen TV juga perlu dikejutkan dari lena...
ReplyDelete:((((
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.