Wah... ini sudah bagus bangat. In Sha Allah, sedikit masa lagi negara jiran Indonesia bakal mempunyai kereta Nasional sendiri, setelah termeterai MoU dengan Proton. Dengan kerjayasama MoU ini, Proton akan membantu kerajaan Indonesia menghasilkan kereta Nasional pertama Indonesia.

Saya memetik berita dari sumber Berita Harian Online, MoU tersebut ditandatangani antara Proton dengan PT Adiperkasa Citra Lestari.Di dalam majlis menandatangani MoU itu, Proton diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Harith Abdullah manakala PT Adiperkasa Citra Lestari oleh CEO Abdullah Mahmud Hendropriyono. Majlis memeterai MoU disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Kereta Nasional Indonesia Pertama Menerusi Proton

Kereta Nasional Indonesia Pertama Menerusi Proton

Hoho .. baguslah jika sudah ada perjanjian seperti ini. Setidak-tidaknya Proton boleh mulakan langkah strategik lain untuk menapak di Indonesia. Jika tidak menjual kenderaan Proton, maka berkongsi teknologi dan pembangunan R n D pun sudah kira cukup bagus.

"Bapak, saya tidak nampak kereta Proton di Kota Bandung ni ... tak ada dijualkah Pak?" tanya saya kepada Bapak Jajang, pemandu pelancong saya sekeluarga semasa bercuti di Bandung.
"Proton ngak laku di sini Pak Hasrul .... " jawab Pak Jajang.

Ada perkara yang boleh menembusi pasaran Indonesia, untuk perusahaan seperti automobil mungkin apa yang dilakukan oleh Proton ini satu langkah yang saya fikir ke hadapan. Jika tidak dapat menjual kenderaan siap, maka kongsikan teknologi; dan mungkin tahun-tahun mendatang, Proton akan jadi pembekal barang spare-part untuk kereta Nasional Indonesia.

Apapun, saya menantikan keberhasilan kerjasama MoU antara Proton dan PT Adiperkasa Citra Lestari ini - Bagaimanakah rupa bentuk atau design kereta nasional Indonesia pertama nanti?


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement