Ada yang bertanya, berapakah kos untuk hasilkan sebuah blog yang boleh menjana income? Ok. Bagi saya, kos untuk hasilkan blog menjana income adalah zero ... iaitu kosong, tiada kos. Anda boleh hasilkan sebuah blog yang menjana income secara percuma.

Namun, untuk hasilkan sebuah blog yang baik anda perlu laburkan sedikit terhadap ilmu dan masa. Dua perkara yang tidak ramai boleh buat untuk hasilkan sebuah blog percuma yang menjana income. Sesiapa pun boleh buat blog sendiri sebab ia mudah. Tetapi untuk hasilkan sebuah blog yang menjana income ia tidaklah semudah yang disangka.

Kos Hasilkan Blog Yang Boleh Menjana Income

Percaya atau tidak, ramai yang mahu jana income menerusi blog tetapi agak teragak-agak untuk melabur menerusi ilmu berkaitan dengannya. Blog yang dihasilkan secara percuma boleh jana income menerusi banyak sumber.

Kos Hasilkan Blog Menjana Income

Antaranya ialah medium pengiklanan seperti Adsense, H12, Komli, Advertlets, PopAds, Innity, Nuffnang, Geniee, RevenueHits dan 101 medium pengiklanan yang boleh anda daftar percuma.

Adsense adalah cara percuma jana wang menerusi blog dan dibayar dalam matawang USD. Nak tahu bagaimana blog anda jana income menerusi Adsense? Download Jana Wang Adsense <-- klik.="" p="">

Anda juga boleh buat duit menerusi program affiliate serta drophsip; juga tidak melibatkan kos kerana pendaftarannya adalah percuma.

Anda juga boleh buat duit menerusi blog menerusi sewaan tapak iklan yang juga tidak melibatkan kos untuk diri anda.

Sesiapa Sahaja Boleh Jana Income Menerusi Blog Percuma

Jadi, saya boleh katakan sesiapa sahaja yang telah ada blog menerusi platform blogspot yang percuma boleh buat duit menerusinya. Cumanya, seperti yang saya katakan di awal tadi, jika mahu berjaya buat duit dan menjana income menerusi blog, anda perlu ada ilmu dan juga masa.

Ilmu tersebut termasuklah teknik mempromosi, teknik menulis blog seperti didedahkan dalam Teknik SEO Merah Jambu dan Rahsia Blogger Jana Income KlikJer.com. Begitu juga dengan ilmu meletakkan banner iklan yang betul, ilmu trafik blog, ilmu media sosial seperti Facebook dan Instagram yang boleh membantu blog anda menjana income yang anda mahukan.
Kos Hasilkan Blog Menjana Income

Satu lagi perkara yang saya katakan di awal tadi ialah masa. Masa sangat berharga dari wang ringgit. Jadi, masa inilah yang menjadi penentu samada anda boleh hasilkan blog yang menjana income. Anda perlu laburkan masa anda yang berharga untuk membolehkan blog anda menjana pendapatan.

Masa yang saya maksudkan ini ialah bagaimana anda laburkan ia untuk membolehkan blog anda maju dan menjadi mesin income buat diri anda samada secara tetap mahupun sampingan.

Itulah dua kos yang penting iaitu ilmu dan masa untuk hasilkan blog menjana income. Dua perkara ini secara amnya boleh dapatkan secara percuma, tetapi kalau difikirkan lebih mendalam, saling-kait keduanya adalah kos yang sebenar untuk hasilkan sebuah blog yang bukan sekadar berkongsi cerita, info, maklumat dan segala benda, tetapi juga jambatan untuk saham akhirat.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setiap manusia ada kelebihannya yang tersendiri...
    ada yang dikurniakan dengan harta yang melimpah ruah,
    ada pula yang dikurniakan dengan warisan para Nabi, iaitu ilmu,
    apa pun jua, gunakanlah ia untuk mendapatkan saham di dunia akhirat,
    itulah sebenar-benarnya harta kita di sana yang kekal abadi...insya-Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harta yang ada patut diberikan juga pada mereka yang lain, rugi jika tidak gunakan untuk bantu yang lain.

      Padam
    2. yup, setuju dengan tuan.
      terima kasih kembali.

      Padam
  2. Satu artikel yang berinformasi dan bermanfaat. tq

    BalasPadam
  3. kalau nak keluarkan kos untuk blog, yang paling berbaloi memang belanja untuk kos ILMU.

    BalasPadam
  4. betul tu.Bila dah terlibat, masa terasa terlalu cepat berlalu.Ianya membuat otak saya berputar ligat.huhu

    BalasPadam
  5. Terima kasih bro HH...itu sebab saya suka lepak blog bro...positif aura ada dimana2 :)

    BalasPadam
  6. Nice info... Berkongsi ilmu dapat duit... Hrta dunia dan akhirat..itu mmg terbaik..

    BalasPadam
  7. nk cariilmu ni rasanya kena korbankan sikit duit tu..

    BalasPadam
  8. sejak dua menjak nie aku kesuntukkan masa sedikit...

    BalasPadam
  9. Baru na start aktif berblog. Kali ni lebih serius. Hehe. Btw, banyaknyeee info dlm blog ni. Tq tq tq :)

    BalasPadam
  10. ingat lagi kisah 4 tahun lalu, bermula dengan blogspot dan itulah yang menjana income hingga kini, cuma di akhir 2014 telah bertukar kepada wp.

    BalasPadam
  11. Terima kasih sharing, HH.. Suka baca blog anda.. Salam perkenalan..

    >> Tiada kos untuk berblog di blogspot. >> Setuju..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement