Kursus perkahwinan sepatutnya percuma. Apa pandangan anda? Saya fikir ada bagusnya jika kursus perkahwinan ini dibuat secara percuma untuk bakal-bakal pengantin, serta calon suami isteri. Setidaknya ia akan meringankan beban para bakal pengantin ini untuk melaksana salah satu tuntutan agama.

Baru-baru ini, ramai yang berpendapat bahawa adalah tidak wajar pihak JAWI menaikkan kos kursus praperkahwinan Islam dengan alasan peningkatan kos sara hidup semasa. Harga baru untuk kursus perkahwinan modul oleh JAWI dimaklumkan akan dinaikkan mulai Februari 2015 dengan kadar RM120.00 tidak termasuk sijil kursus yang dinaikkan dari RM5 menjadi RM10.

Kursus Perkahwinan Sepatutnya Percuma?

Saya petik beberapa komen pengguna sosial mengenai kadar baru ini, yang diambil dari SiakapKeli.com:
Cuba anda belek komen-komen yang diberikan. Ramai yang tidak setuju, tetapi ada juga yang memikirkan kos tersebut patut, apatah lagi apabila mengaitkan soal kos tinggi untuk 'mempromosikan' perbuatan zina yang sememangnya sangat dilarang di dalam Islam.

Pandangan dan Komen Peribadi Mengenai Kos Kursus Perkahwinan

Bagi saya secara peribadi.

Kursus perkahwinan boleh dinaikkan jika ada alasan yang munasabah diberikan. Dan untuk menyakinkan, tunjukkan ketelusan harga tersebut dikenakan, contohnya berapa kos makanan minuman, berapa kos alat tulis, setidaknya nampak di mana dan kemana kos itu pergi.

Kos kursus ini boleh juga jadi percuma seandainya ada pihak yang mahu menunjukkan inisiatif untuk menaja kos pengurusan kursus perkahwinan ini.

Untuk mereka yang tiada masalah dari segi kos disebutkan, mungkin isu naik harga kursus perkahwinan suatu perkara tidak perlu diperbesarkan, namun untuk yang berasa berat dan kurang kemampuan, saya syorkan pihak penganjur kursus adakan satu tabung atau skim atau apa sahaja bantuan bagi meringankan beban calon pasangan kurang mampu yang ingin mengambil kursus perkahwinan ini.

Tidak Setuju Kaitkan Kos Kursus Naik dengan Banyaknya Kes Zina

Walaupun saya suka melihat kursus perkahwinan diberikan percuma, namun dari satu sudut saya sangat tidak bersetuju seandainya ada yang cuba menggunakan alasan bahawa kos kursus ini akan menyebabkan lebih banyak kes zina berlaku. Adalah tidak wajar menjatuhkan sebab perkara tidak elok (zina) berlaku disebabkan oleh perkara elok (kursus perkahwinan).

Rumahtangga kekal bukan disebabkan hadir kursus perkahwinan atau tidak. Kursus perkahwinan tidak janjikan rumahtangga bahagia tetapi setidaknya orang yang hadir ke kursus ini sudah faham mengenai konsep keluarga dalam Islam. Dakwah itu secara langsung telah berlaku walaupun hakikatnya ianya dipaksa dengan syarat wajib dan dikenakan bayaran.

Fikirkan. Banyak mana masa kita semua luangkan untuk ketahui dan pelajari mengenai ilmu kekeluargaan Islam ini? Jika langsung tiada inisiatif seperti kursus ini, maka mungkin ramai yang tidak akan tahu walaupun ia hanyalah bab asas dan percuma.

Ok.

Kita merungut kos kursus perkahwinan atau praperkahwinan ini naik, tetapi kita tak ada masalah nak belanja duit untuk buat sesi fotografi hatta sebelum akad nikah ... belum lagi kira nak bina pelamin lapan tingkat pastu tempah di hotel-hotel - walaupun hakikat hanya orang berduit je yang buat benda ni.

Satu tips dari saya yang sudah nikah dengan sorang isteri dan ada 3 orang anak.

Niatkan diri ikhlas nak dirikan rumahtangga kerana Allah S.W.T, in Sha Allah .. isu naik harga kos kursus bukan satu halangan pun sebab ia benda baik. Percayalah. Dan percayalah juga bahawa Allah S.W.T akan uji keikhlasan kita sepertimana saya diuji tersilap rumah semasa akad nikah, dan diuji majlis akan dirosakkan.... :)

Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja. Anda mungkin ada pendapat berbeza? Sudikan kongsi tanpa segan silu di ruangan komen.

17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ye sepatutnye percuma...ada banyak sumber kerajaan utk kebajikan rakyat ni..sepatutnya blh digunakan utk bayar kursus2 seperti ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) harap kerajaan nampak benda ni untuk kepentingan rakyat ...

      Padam
  2. Aah, iday tak setuju pasal naikkan kos kursus boleh tingkatkan kes zina. tu semua memang alasan semata. Alasan nak buat dosa dengan salahkan benda lain. Ish ish. Setuju dengan kata-kata HH, bagus kalau ada bantuan untuk orang kurang berkemampuan ni, lagipon diorang punya niat baik. Pada yang berkemampuan pulak, jangan jadikan alasan ni untuk buat maksiat. Lagipon, apa salahnya kalau bayar untuk 1 ilmu. Hehehehe #justsaying

    BalasPadam
  3. bagus idea untuk bg percuma tu..tp org malaysia ni, kalau percuma semua benda ..dia x hargai..silap2 sijil nikah hilang gitu je, pastu dpt lg..percuma kan..cuma perlu ada skim untuk yg kurang berkemampuan, contoh gaji sekian2..dapat la diskaun murah sikit.. untuk kebajikan rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju. Memang dah jadi satu lumrah rakyat Malaysia kalau boleh apa yang ada kaitan dengan kerajaan mahu secara percuma.

      Padam
  4. percuma lagi bagus... sebab kos lain dah terlebih banyak nak kena belanjakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang bagus untuk mereka yang bermasalah nak bayar. :)

      Padam
  5. memang sepatutnya percuma untuk memudahkan

    BalasPadam
  6. Betul. Kos ustaz yang datang untuk menyampaikan ilmu, kos alat tulis, kos masa, kos tempat letrik dan pengurusan sebagainya.

    BIla makan McD tak bising pun kena bayar kadang lagi mahal dari nasi lauk biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. satu perbandingan yang mungkin perlu difikirkan oleh semua orang ...

      Padam
  7. Setuju sangat. Sepatutnya meringankan beban rakyat. Ni nak kahwin pun pening kepala nak cari duit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... in Sha Allah, kalau kita niat benda baik, ia akan dipermudahkan. Jangan sampai benda kecil ini dijadikan alasan pula untuk tidak menikah.

      Padam
  8. Zaman sekarang gerak setapak pun semua berbayar.. Kalau nak free bukan zaman sekarang kena cari doremon kembali ke zaman sebelum perang. Berak pun kena bayar inikan kursus pra perkahwinan.. Bagi yang tak mampu takde sampai tak kawen sebab tak mampu bayar kursus pra perkahwinan kot. Rasanya harga kursus kawen tak sampai tahap melampau untuk di kaitkan dengan isu maksiat & zina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, satu lagi komen bagus yang saya setuju. Kalau ada LIKE saya akan like komen ini. Mungkin mentaliti kena ubah sedikit ... bukan semua benda boleh dapat free, ada kos yang perlu ditanggung.

      Padam
  9. Hahaha.. Maaf dipohon. BN = Barang Naik. Cuba pemerintahan yang lain. Kita tengok macam mana pula :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement