Saya bukanlah peminat tegar muzik hip hop tetapi saya sangat tertarik dengan lagu-lagu berlirik yang dibawakan oleh Joe Flizzow dan Malique. Kalau disulusuri lirik-lirik lagu dari mereka berdua, ada banyak maksud dan makna tersurat tersirat yang disampaikan. Adakala saya terpaksa buka kamus dewan semata mahu mengetahui erti bait lirik yang diluahkan.
TooPhat telah lama 'bubar'. Joe Flizzow dan Malique sudah lama 'berpisah'. Masing-masih sudah bernaung di syarikat berbeza, dengan haluan dan perndirian berbeza.
Manifestasi Malique Ibrahim Mengenai 'Apa Khabar' Joe Flizzow
Lagu 'Apa Khabar'. Ramai yang anggap ia merujuk kepada pertanyaan Joe Flizzow kepada rakan baiknya Malique; bait-bait lirik lagu pun seolah menceritakan kisah perjalanan awal seni mereka berdua di dalam TooPhat. Namun, manifestasi Malique menidakkannya.
"Saya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan saya tidak pernah membalas "khabar baik, bro"," kata Malique dalam satu kenyataan di laman rasmi syarikat rakaman beliau, Qarma Musiq, 1 Februari 2015.
Tahun 2010, saya ingatkan kumpulan TooPhat akan kembali, tapi nampaknya tidak. Masing-masing masih lagi keluar dengan lagu sendiri dengan nama sendiri.
Samada sedar atau tidak, banyak lagu Malique popular di TV mahupun radio, cuma mungkin prinsip Malique Ibrahim yang mahu bebas dari dunia glamor menidakkan dirinya tidak nampak popular. Dia berkarya tanpa menjaja wajah, dirinya dikenali dek lagu dan lirik yang ada kalanya sinis dan menghiris.
Antara lagu popular ialah Senyum featuring Najwa. Biasa dengar kan?
"Kacak luar, Kacak dalam, Kacak dengar sini, Kalau saya senyum, Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit, Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit"
Banyak lagi lagu Malique yang best-best antaranya Aku Maafkan Kamu bersama Jamal Abdillah, serta Teman Pengganti dilagukan bersama Black yang juga pernah beraksi di pentas akhir AJL. Seperti yang saya katakan tadi, Malique Ibrahim cuba hindarkan diri dari dunia glamor, perjuangan tegasnya hatta di pentas penuh prestij seperti Anugerah Juara Lagu.
Semoga Toophat comeback, salam from Jakarta
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.