Saya ada cerita sebelum ini mengenai percutian keluarga ke Bandung, Indonesia. Salah satu destinasi pertama saya dan keluarga ialah kunjungi Kawah Putih. Ia merupakan satu danau atau tasik yang terhasil akibat letusan Gunung Patuha beribu tahun dahulu. Kawasan rekreasi alam ini dibuka sejak tahun 1987 lagi dan merupakan antara tarikan pelancong asing serta tempatan.
Kawah Putih, Bandung, Jawa Barat Indonesia
Kawah Putih lake is one of the two craters which make up Mount Patuha, an andesitic stratovolcano (a "composite" volcano). Mt Patuha is one of numerous volcanoes in Java. Kawah Putih crater lake itself represents a relatively stable volcanic system with no records of significant activity since around 1600.
Mee Baso Keren Kawah Putih Ciwidey Bandung
Ok.Di bawah kaki Kawah Putih ini, iaitu di kawasan parkir Kawah Putih, ada satu deretan warung atau kedai makan. Sebaik sahaja turun dari Kawah Putih, anda pasti akan jumpa warung kedai makan ini. Menu utamanya ialah Mie Baso (Mee Bakso).
Perghhh ... memang terbaiklah. Sekali hirup sup ayam yang dihidang bersama mee, tambah pula cili kisar yang disediakan, memang terangkat. Sedap tak sedap sampai peluh jantan muncul bak mutiara di dahi sulah saya walaupun di dalam cuaca dingin sejuk. Cukup satu sudu ... boleh buatkan kepala jadi panas serta merta.
Carilah Warung Mie Baso Kawah Putih
Jadi, seandainya anda ke Kawah Putih, di daerah Ciwidey Bandung Indonesia; pastikan anda cari gerai atau warung Mie Baso ini."Baso ini sedap jika ada bebolanya ... bikin sendiri ni Pak, ini labelnya ... buatan sini Pak. Bebola sapi ni Pak, halus sahaja rasanya." atau kata lain letak meatball .. hoho.
Saya dah buat sambal atau sos cili kisar ni sendiri ... serius, antara penambah perisa original untuk masakan yang perlukan rasa pedas.
Ok. Selesai cerita di Kawah Putih. Nanti saya akan kongsikan cerita lain lagi tentang percutian makan angin di Bandung, Indonesia.