Amri bercita-cita nak jadi Angkasawan. Itulah yang ditulis oleh anak sulong saya sebagai cita-cita setiap kali menyediakan biodata diri. Pernah saya ditanya, bagaimana nak jadi angkasawan? Sebenarnya nak jadi angkasawan dah boleh diimpikan sebab kita ada Planetarium Negara yang boleh bantu untuk tahu bagaimana nak jadi angkasawan.

Oleh sebab impian dan cita-cita anak saya Amri mahu jadi angkasawan negara, sama seperti si Upin Ipin, maka dalam kesempatan cuti pendek, saya bawalah sekeluarga melawat Planetarium Negara. Alhamdulillah, banyak perkara mengenai angkasa dan angkasawan telah diperoleh dengan masuk percuma ke Planetarium Negara.

Planetarium Negara Cerita Bagaimana Nak Jadi Angkasawan

Nak Jadi Angkasawan
Bagi saya, inilah pertama kali jejak kaki ke Planetarium Negara. Sedikit jakun almaklumlah, saya ni orang kampung yang kecik-kecik bukan berduit nak berjalan sampai ke ibukota Kuala Lumpur. Dalam rezeki yang ada, saya tunaikan hasrat anak-anak; dan antaranya membawa mereka menimba ilmu dengan cara lebih menarik di Planetarium Negara.
Nak Jadi Angkasawan
Di Planetarium Negara, boleh merasa bagaimana dunia di bulan tanpa graviti. Lepas tu boleh belajar mengenai sejarah bagaimana terhasilnya angkasawan negara pertama iaitu Sheikh Muszaphar. Pastu melihat kehidupan seorang angkasawan semasa berada di dalam kapal angkasa; cara makan, cara minum, cara nak buang air dan macam-macam lagilah.
Cara Nak Jadi Angkasawan
Cara Nak Jadi Angkasawan
Bercuti Planetarium Negara
Bercuti Planetarium Negara
Paling menarik ialah anda boleh melihat produk-produk buatan Malaysia yang dibawa oleh Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas.... serius best kalau nak timba ilmu dan ketahui bagaimana nak menjadi seorang angkasawan.

Jika ada kesempatan, untuk mereka yang bekeluarga, bolehlah bawa ke Planetarium Negara. Masuk pun percuma, jadi apa ada hal .. ye tak? Ilmu Kaji Falak ni .... ramai ilmuwan Islam hebat-hebat terbabit dalam kaji bintang, bulan, langit, planet dan segala bagai.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nak jadi angkasawan adalah cita-cita yang mulia untuk semakin mengagumi ciptaan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul :) Sheikh Muszaphar bawa Quran tu ke angkasalepas ... siap azan lagi kalau tak silap ingatan sayalah

      Padam
  2. Saya pernah ada cita-cita nak jadi astronaut masa kecik-kecik dulu! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errrr abis tu sekarang jadi apa? hoho nak gak tahu

      Padam
  3. bestnya..kita pon dah lama x sampai sini

    BalasPadam
  4. lama dah tak pergi planetarium negara ni... last pergi masa sekolah rendah dulu... walaupun tak la jauh mana... tapi nak g kl tu.... adeh...

    BalasPadam
  5. Hanya dengan lawatan terus menarik minat utk menjadi angkasawan. Semoga tercapai cita2 Amri... InsyaAllah... angkasawan ke-2 negara! :)

    BalasPadam
  6. Sempat lagi naj register misi ke Marikh tu

    BalasPadam
  7. Dah lama tak jejak kaki kat sini.. Kecil kecil dulu pun bercita cita nak jadi angkasawan sebab teringin sangat nak naik roket. Hahahhaa

    BalasPadam
  8. pena pergi time rombongan sekolah dulu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement