Satu pengalaman unik yang tak pernah saya rasai sebelum ini.
Sebaik sahaja tiba pertama kali ke Kota Bandung, saya dah famili sudah pun merasai dikerumuni oleh peniaga jalanan ini. Mereka jual macam-macam, dari sekecil-kecil barang sehinggalah ke sebesar sebuah busur dengan anak panah.
Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia Mesra Bangat
- Beli 10 Percuma 5
- Semua ini Rp150 000 (Lebih kurang RM30)
- Harga Mati
- Keychain
- Fridge magnet
- Jaket kulit
- Lukisan cat minyak
- Dompet kulit
- Dompet atau beg (purse) batik
- T-shirt Bandung
- Pensil/Pen cenderahati
- Makanan tradisi
- Strawberri
- Makanan ringan
- Permainan kecil
Saya pernah ditawarkan beli sebuah busur beserta anak panah dengan harga Rp300 000 sebuah... senjata hiasan pun dijual di jalanan tu!
Pak Cik Ni Baik Hati, Dia Bantu Kami Lintas Jalan Sampai 3 Kali! |
Bukan Tawar Harga Tapi Tawar Jumlah Barang
Teknik tawar menawar di kedai Kota Bandung dengan peniaga jalanan adalah berlainan. Peniaga jalanan memang akan menawarkan harga standard Rp150000 (lebih kurang RM30). Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah dapatkan barang itu lebih, contohnya; jika jumlah keychain yang dijual 30 biji, cuba tawar dapatkan lebih sehingga 50 keychain misalnya. Atau dapatkan barang lain sebagai tambahan jika ada. Susah nak tawar turun harga, sebab pada mereka yang paling penting ialah volume jualan bukan nilainya.Saya dapat beli 2 jaket kulit dengan harga Rp200000, harga asal sehelai ialah Rp150000!
Hoho.
Ramah Tamah Peniaga Jalanan Kota Bandung
Bagaimana saya tahu semua ini? Kata orang, mulut kena ringan bertanya. Disebabkan orang Bandung memang ramah dan berbudi bahasa, jadi memang tidak ada masalah untuk saya mengajukan pelbagai soalan. Dan mereka pula ... memang ok .. beritahu apa yang saya mahu tahu.Ok.
Tips Nak Tolak Tawaran Jual
Anda rimas bila ramai peniaga datang dok menjual barang mereka. Anda boleh tolak dengan cara saya buat ni .. in Sha Allah, mereka akan diam dan balas dengan senyuman.Caranya; anda ungkapkan kata-kata berikut:
"Maaf pak, saya sudah beli barang ini, nampaknya bukan rezeki bapak dari Allah menerusi saya. Ada orang lain yang sudah terimanya.."Atau ...
"Maaf pak, bukan rezeki bapak hari ini. Saya tidak kepingin berbelanja sebab saya tidak ada niat membeli. Mungkin bapak boleh jualnya pada orang lain."
Serius. Memang saya ungkap kata-kata ini semasa menolak ajakan, rayuan, desakan peniaga jalanan Kota Bandung.
Jika tidak mahu beli - jangan mencuba, dan jangan belek pun. Cukup anda ungkapkan kata-kata tadi, atau sebutkan permintaan maaf. In Sha Allah, mereka akan beredar.
Harga Mati
Peniaga jalanan mudah untuk tawar menawar. Jangan segan tawar menawar. Tawar menawar sehingga mereka kata Harga Mati atau Harga Akhir.Begitulah adanya mengenai peniaga jalanan Kota Bandung Indonesia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Iltizam mereka mencari rezeki memang hebat dan membuatkan saya respect dan kagum.
Hebat tak hebat, saya ada melihat seorang lelaki mengangkat kotak-kotak berisi yang dua kali tinggi dan tiga kali berat dari diri lelaki tersebut - semata kerana Rp10 000! (RM3.00) untuk satu trip.