Perkara pertama dilakukan apabila tiba di Kota Bandung. Baru-baru ini saya telah kesempatan berada di Kota Bandung untuk bercuti bersama keluarga. Perancangan yang dilakukan sejak tahun 2014 akhirnya jadi kenyataan apabila dapat peluang bersama mengikuti trip yang dikendalikan oleh rakan kami yang memang selalu ke Bandung, Indonesia.

Menerusi trip selama 4 hari 3 malam ini, kami telah menginap di Hotel Aston Braga. Percutian kami bermula pada 27 Januari sehingga 31 Januari 2015. Kami sekeluarga telah bertolak dari KLIA2 jam 3:30 petang dan tiba lebih kurang jam 4:30 petang waktu tempatan. Alhamdulillah, perjalanan dengan pesawat Air Asia Indonesia lancar dan selesa. Hoho .. inilah pertama kali saya berada di Bandung Indonesia ... begitu juga buat wife serta anak-anak. Serius, kami semua teruja.

Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba Bandung

Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba Bandung
Tiba di Bandung, mendarat di Lapangan Terbang Lanud Husein Sastranegara. Tak sangka cuaca di Bandung agak dingin, menyesal pula pakai baju nipis bawang... hoho.

Keluar sahaja dari pintu balai ketibaan Lapangan Terbang Lanud Husein Sastranegara, ramai warga tempatan yang offer pengangkutan. Naik rimas juga bila masing-masing pujuk memujuk mendapatkan servis daripada mereka. Alhamdulillah, kedatangan kami ke Bandung telah siap dengan pengangkutan.
Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba Bandung
'Rombongan' kami adalah seramai 10 orang termasuk 3 orang anak saya...hoho jadi muatlah satu van besar. Memang selesa. Pemandu van yang merangkap pemandu pelancong kami ialah Pak Jajang.

Pak Jajang berusia 55 tahun, sudah berkahwin sebanyak 3 kali dengan perkahwinan terakhir dengan seorang wanita cina dan mempunyai 3 orang anak. Anak paling sulong berumur 20 tahun dan yang kecil sekali dalam belasan tahun. Katanya, perkahwinan terdahulu tidak punyai anak, dan masing-masing telah diceraikan kerana suka bikin pusing .... alhamdulillah, perkahwinan ketiga bahagia kerana isterinya sangat baik jika dibandingkan dengan isteri-isteri terdahulu.

Cari Tukaran Wang Asing Nilai Terbaik

Perkara pertama yang kami semua lakukan apabila tiba di Bandung ialah menukar matawang. Kami telah pergi ke dua tempat penukaran wang. Satu yang agak baru bagi saya apabila di sini boleh dibuat tawar-menawar harga tukaran wang asing.

Oh ya, masa mencari tu, sempat juga Pak Jajang singgah di Pertamina isi diesel van. Dan saya sempat ambil gambar harga minyak terkini di Bandung untuk dijadikan bandingan dengan harga terkini petrol diesel Malaysia. ... hoho..cubalah kira ye .. lalalala.

Harga diesel Bandung Indonesia
Semasa di lokasi pertama, kami dapati harga tukaran wang yang disediakan agak merugikan kami. Malah harganya lebih rendah jika ditukar di Malaysia. Itupun setelah berlakunya proses tawar-menawar. Jadi, kami telah menuju ke lokasi lain untuk tukaran wang asing. Alhamdulillah, dapat juga kami nilai tukaran wang yang lebih baik. Terima kasih kepada Pak Jajang yang tidak banyak songeh untuk mencari pengurup wang yang lain.
Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba Bandung

Hoho .. sempat juga saya berkenalan dengan seorang pemuda tempatan yang berasal dari Jawa Tengah. Katanya, pelancong dari Malaysia memang sering ke sini, malah dirinya dah banyak kali berurusan dengan beberapa peniaga Malaysia untuk hantar barangan dari Bandung menerusi pos. Katanya, dia menjalankan perniagaan kad kahwin. Sempat juga saya promosikan blog kepada pemuda ganteng tersebut... hoho.

Tips Tukaran Wang Asing Berbaloi di Bandung

Tips tukaran wang asing di Bandung Indonesia
Kepada anda, jika ada kesempatan ke Bandung, Indonesia; dan mahu membuat tukaran wang asing, cuba tips berikut:
  • Dapatkan nilai tukaran wang asing semasa di Malaysia - terutama di lapangan terbang sebelum terbang menaiki pesawat. Ambil gambar nilai wang tukaran asing - jual dan beli. Ingat nilai tukaran tersebut.
  • Apabila tiba di Bandung, cari pengurup wang berlesen yang boleh berikan harga terbaik. Cuba tawar-menawar. Tunjukkan bukti bergambar jika harganya adalah terlalu rendah. Jangan tunjuk kalau harganya lebih .. hoho.
  • Dapatkan resit urusniaga tukaran wang asing.
  • Kira jumlah wang dengan teliti. Pastikan ia sama nilai dengan apa yang telah ditawarkan dan sama dengan nilai yang tercatat di resit tukaran wang.
  • Cari kerani kaunter yang cun ... hoho ....

Saya harap catatan ringkas ini dapat membantu anda seandainya ada rezeki dan peluang untuk ke Kota Bandung, Indonesia, in Sha Allah.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement