Ok. Sebenarnya saya dah banyak kali beritahu dan dedahkan mengenai rahsia blogger biasa-biasa buat duit dengan blog, tapi masih ramai yang macam tak berani nak mencuba. Kalau ada yang mencuba, masih gagal nak buat duit dengan blog. Macam ada yang tidak kena di mana-mana.
Rahsia Blogger Biasa Buat Duit Dengan Blog
Sebelum itu, saya bagi takrifan sedikit mengenai blogger biasa-biasa ni. Apa itu blogger biasa? Bagaimana nak kenal seorang blogger biasa-biasa?Tak perlu susah payah. Andai anda rasa anda merupakan seorang blogger biasa-biasa, maka itulah takrifannya .. hoho. Tak begitu pasti? Oklah, saya berikan sedikit panduan umum untuk kategorikan blogger biasa-biasa ni.
Blogger biasa-biasa adalah:
- Blogger yang hanya dikenali secara umum, bukan khusus. Dia tak ada label tertentu, contoh macam RM yang merupakan 'label' untuk blogger terkenal bernama Red Mummy atau FL untuk Fatin Liyana.
- Blogger yang tidak ramai pengikut (follower) di blog atau media sosial lainnya. Kalau adapun, suam-suam kuku je jadi pengikut.
- Blogger yang jarang dapat jemputan ke event-event yang babitkan blogger.
- Blogger yang tidak diketengahkan oleh blogger popular.
- Blogger yang kalau disebut nama blog atau nama bloggernya, orang akan kata .. "Haaa siapa tu?".
- Blogger yang tiada pengaruh.
Amacam? Faham dah apa itu blogger biasa-biasa yang dimaksudkan?
Tidak Perlu Jadi Blogger Popular Buat Duit Dengan Blog
Walaupun saya sebenarnya tidak berapa suka nak kelas-kelaskan atau mengkategorikan blogger Malaysia, tetapi saya mahu menekankan bahawa ... anda tidak perlu menjadi seorang blogger yang hebat atau popular atau kacak atau ramai pengikut untuk buat duit dengan blog.Jadi bagaimana nak jana income blog kalau bukan menjadi seorang blogger yang bukan biasa-biasa ni?
Affiliate Beri Peluang Blogger Biasa Buat Duit Dengan Blog
Caranya ialah menerusi affiliate. Dengan buat duit blog menerusi affiliate, anda tidak perlu jadi blogger yang ada ramai pengikut, cukup sekadar blog anda ada trafik yang baik dan konsisten. Serius saya cakap, ada blogger yang popular dengan ramai pengikut tak boleh pun nak dapatkan income menerusi affiliate.... hoho ...Baca - Tak Berjaya Buat Duit Dengan Affiliate?
Menerusi affiliate, anda tidak terikat dengan kontrak. Anda bebas untuk menulis dan mempromosi produk affiliate. Malah, seandainya anda promosi produk affiliate; ia tidak sedikitpun jejas platform pengiklanan di blog anda seperti Nuffnang, Komli, Advertlets, Innity dan sebagainya. Ini adalah kerana affiliate adalah cara buat duit blog yang berbeza dengan platform-platform tersebut.
Affiliate merupakan cara anda meniaga online secara tidak langsung di blog anda. Tidak perlu modal dan tidak perlu susah payah ada produk sendiri. Hanya dengan sekali pendaftaran percuma, anda sudah mula boleh buat duit dengan blog.
Rahsia blogger biasa buat duit dengan blog menerusi affiliate adalah tentang cara anda menulis entri blog anda. Teknik ini yang ramai tidak praktikkan dengan betul. Ketahui bahawa ada ramai blogger biasa-biasa yang jana income menerusi affiliate ini tidak perlu pun pasang banner di dalam blognya untuk raih income. Haaa ... ye .. hanya dengan tulis entri yang disukai dan terbitkan ... :)
Nak tahu lebih lagi mengenai cara buat duit blog sebagai seorang blogger biasa-biasa? Kalau nak, anda boleh muat turun panduan berkaitan affiliate ini - Cara Blogger Biasa Buat Duit Dengan Blog
Pastikan anda guna pakai teknik-teknik rahsia yang dikongsikan. Lakukan dengan istiqomah dan tekun, in Sha Allah ... dalam diam, sebagai seorang blogger biasa, anda mampu bayar bil bulanan hanya menerusi income blog dari komisen affiliate. Tak percaya? Anda perlu cuba.
terima kasih atas perkongsian HH, bagus tip ni pada yang sedang mencari pendapatan tambahan & mudah2an boleh dimanfaatkan untuk semua ;)
ReplyDeleteIn Sha Allah, saya dulu pun mencari cara nak buat duit dengan blog
Deletemasih banyak perlu belajar dari sifu
ReplyDeleteAmbo blogger biasa x glamour mcm blogger2 lain tapi ambo masih belajar lagi buat duit dgn blog. Itu yg penting. tq bos
ReplyDeleteCara dah tahu, banner dah pasang tetapi tiada yg klik untuk memberi. Bagaimana cara nak bagi orang klik banner dah beli itu yang susah. Bro ada tip-tipnya. Bolehlah bagi tahu kalau ada rahsia atau umpan tertentu?
ReplyDeleteAda baca Kitab SEO Merah Jambu tak? Ada dapatkan panduan Rahsia Blogger Komisen Klikjer dari ReevLuv? Kalau tak baca lagi, kena baca .. kalau dah baca .. tengok balik samada dah ikut tips diberikan. Ikut betul2 .. jangan separuh2.
Deletesikit-sikit lama-lama jadi bukit..ramai sudah yang buat affiliate ni dan terbukti berjaya kan. kagum dengan mereka-meraka ini.
ReplyDeletemasih byk yg perlu d pelajari...selain kerrajinan diri...hihi
ReplyDeletebuat duit dengan affiliate perlukan kesabaran...yg penting kena buat review produk tersebut
ReplyDeletecontent is king!
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat... terima kasih bro hasrul..
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.