SEO bukan sekadar sebuah penulisan, ia lebih daripada itu. Teknik SEO blogspot paling berkesan ialah menerusi dua teknik - On Page SEO dan Off Page SEO. Dua teknik inilah yang telah membuatkan banyak entri-entri blog ini berjaya di muka hadapan carian Google dan menang beberapa kontest SEO pada tahun 2014.

Ramai yang masih lagi tidak praktikkan secara total dua teknik ini. Dua teknik SEO blogspot ini penting dan mempunyai saling kait yang sangat rapat. Ia merupakan teknik yang memerlukan konsistensi dan kerajinan. Jika tidak, blog anda akan kehilangan trafik secara perlahan-lahan, dan dicantas oleh blog-blog lain yang berjaya praktikkannya.

SEO Bukan Sekadar Sebuah Penulisan

Pernah anda lihat bagaimana dua atau lebih blog berbeza punyai tajuk yang sama, tetapi kedudukannya di enjin carian adalah berbeza? Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang saya sebutkan tadi, iaitu On Page SEO dan Off Page SEO.
SEO Bukan Sekadar Sebuah Penulisan
Walaupun dari segi termalogi, ia nampak sukar dan payah dibuat, tetapi jika anda seorang blogger yang konsisten update blog dengan teknik ini, in Sha Allah, ia akan jadi satu kebiasaan, dan lambat laun anda akan menulis secara semulajadi menggunakan teknik-teknik SEO ini.

Teknik SEO - On Page SEO

Teknik On Page SEO lebih kepada penggunaan kata kunci yang mahu anda terapkan di dalam sesebuah entri. Ia melibatkan variasi dan pengulangan. Variasi ini pula adalah pelbagai, samada dari segi bentuk penyusunan ayat, penggunaan kata kunci (imbuhan, terbitan), ayat pasif dan aktif, dialog, quote, deskripsi gambar, nama gambar, penekanan perkataan dan macam-macam lagi.
SEO Bukan Sekadar Sebuah Penulisan
Teknik On Page SEO diterapkan dalam bentuk penulisan dan penyertaan gambar, selain backlink kepada tajuk-tajuk entri yang serupa yang menggunakan kata kunci yang sama dan hampir sama. Teknik ini ada seni. Seni On Page SEO bukan sesuatu yang anda boleh belajar sehari dua, tetapi makan tahun, itupun jika anda konsisten menggunakan teknik ini dalam penulisan entri kerap di blog.

Teknik SEO - Off Page SEO

Untuk Off Page SEO, ia lebih kepada tindakan kita mempromosikan blog dan entri-entri yang terkandung di dalam blog kita. Dalam teknik ini, perkara utama yang perlu anda ambil berat ialah teknik perkongsian. Anda perlu menggunakan teknik perkongsian yang betul supaya entri anda itu mendapat tempat di laman sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook, LinkeIn dan macam-macam lagi.

Anda bukan sahaja perlu mendapatkan 'iktiraf' dari entri blog sahaja, tetapi blog anda secara keseluruhan perlu ada 'recommendation' oleh pengguna internet. Ia menampakkan bahawa isi kandungan blog anda ada kualiti dan boleh dipercayai. Sekaligus beri impak yang sangat hebat untuk Off Page SEO.

Salah satu teknik Off Page SEO yang perlu anda cuba ialah menggunakan Facebook Fanpage. Buatlah satu fanpage dengan kata kunci yang digunakan untuk blog anda secara umum. Jika blog anda berkisar mengenai Kerjaya Kerajaan, maka buatlah satu fanpage mengenai Kerjaya Kerajaan.

Tips Off Page SEO

Seandainya blog anda dikenali di dunia maya sebagai HASRULHASSAN.COM, maka buatlah satu fanpage untuk tajuk yang sama. Kongsikan entri-entri anda di fanpage tersebut, dan dapatkan seberapa banyak Share dan Like menerusinya. Dapatkan autoriti dari page tersebut untuk blog anda.

SEO bukan sekadar sebuah penulisan, ia merupakan satu seni yang saling kait dalam pelbagai cara dan bentuk. Dengan ilmu yang betul, dan dipraktikkan secara berkesan, in Sha Allah, blog anda akan sering muncul di enjin carian, khasnya Google.

Semoga entri ini bermanfaat buat anda semua, khas untuk blogger baru yang cuba nak dalami teknik dapat trafik dari enjin carian ini.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pegi ke kelas baru-baru ni, baru tahu..bagaimana Google berfikir...hehe..

    ReplyDelete
  2. kena banyak belajar dan praktise ni HH kan hehe,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena rajin update untuk mahir .. saya sendiri belajar cara macam ni. Lepas je tulis terus try Google entri tu .. ada keluar atau tidak untuk keyword tertentu. Bila kuar .. ok, tak keluar, cari ilmu dan cuba buat analisis guna tools online yang ada.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement