Sebenarnya, saya dah lama guna kaedah ini untuk mengumpul cenderahati. Sejak mula bekerja dulu, di mana saya kerap ke merata tempat, maka saya telah memikirkan cara paling jimat untuk abadikan kenangan sesuatu tempat yang pernah saya pergi. Tanpa mengeluarkan sesen bajet pun, saya dah berjaya mengumpul lebih 50 cenderamata atau cenderahati dengan cara ini - penginapan ditanggung oleh USM.
17 Cenderahati Secara Percuma Ketika Melancong
Apakah cenderamata atau cenderahati percuma yang saya maksudkan.- Botol syampu comel hotel penginapan.
- Botol sabun comel hotel penginapan.
- Sabun hotel.
- Set toiletries - pencukur, berus gigi, ubat gigi, putik kapas.
- Mancis api dengan logo hotel.
- Tempat gantung - do not disturb.
- Selipar bilik hotel.
- Pamplet hotel.
- Sampul surat dengan logo tempat penginapan.
- Pen dengan logo tempat penginapan.
- Pensil dengan logo tempat penginapan.
- Tiket kapal terbang destinasi pelancongan atau percutian.
- Tiket bot atau ferry destinasi percutian.
- Tiket masuk satu-satu lokasi percutian.
- Botol air percuma yang ada logo penginapan.
- Lapik bekas minuman.
- Gambar.
Amacam? boleh guna pakai tak idea saya ini?
Dulu, semasa saya kerja dengan group penyelidik USM, apabila kami travel dan menginap di hotel, pasti kami akan 'berebut' cenderahati percuma ini. Jadikan koleksi khas. Ia mungkin nampak satu hobi biasa, tetapi lama kelamaan ia boleh menjadi sumber duit untuk anda kerana nilai sejarah yang bakal ada pada cenderahati ini.
Untuk bekas-bekas seperti botol syampu, sabun dan seumpanya, jika boleh biar ia berisi, dan bukannya botol-botol atau bekas kosong. In Sha Allah, satu hari nanti ia akan menjadi barangan antik yang bernilai tinggi.
Betul-betul percuma :)... memang terbaik
ReplyDeletehttp://calrasepatrick.blogspot.com
hahaha..tak pernah terfikir pun nak bawa balik semua tu
ReplyDeletewah...terbaik..
ReplyDeleteWah...abg HH...same la pulak ngan ape yg LeYa buat selama ni.. best kan dpt simpan brg2 yg tinggalkan nostalgia ni... rupenye ramai jugak la yg buat mcm ni.. cume LeYa tak buat cerita plak dlm blog..hehe...
ReplyDeleteHe..23x gua dah kena warning dengan madam... Lain kali jangan amik kalau sampai rumah letak merata-rata
ReplyDeleteSaya memang ambil sebab kalau travel dengan duit sendiri saya duduk hotel murah yang kadang2 tak disediakan toiletteries tu.saya gunakanlah yang dapat free tu.
ReplyDeleteAda satu lagi yang kawan kita yang famous ajar hehee...dia ambil sarung bantal extra (yang non woven tu).
pastu yang rakyat jelata tau kita nak pergi melancong pastu mintak ole2, ni pun boleh bagi. nak sangat kan kekekekk
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.