"Abah, adik bagi singgit kat Ajim sebab Ajim tak ada duit nak makan!" begitulah kata anak saya Zikri selepas saya ambil pulang dari sesi sekolah.
"Habis, adik makan tak masa rehat?" tanya saya risau anak saya tak makan-makan sejak awal pagi.
"Tak, adik terambil duit empat ringgit hari ni .. Mama cakap ambil tiga ringgit, dua ringgit bayar buku nilam, singgit beli makanan" kata Zikri.
"Adik makan. Tapi tadi, Ajim dia lupa ... dia bawa dua ringgit. Kena bayar duit nilam dua ringgit, pastu dia tak ada duit nak beli makanan kat kantin" kata Zikri lagi.
"Adik bagi dia duit ke?" tanya saya.
"Adik bagi la dia sebab dia tak ada duit nak makan ..." kata Zikri.
Kisah Anak Tak Cukup Duit Belanja Sekolah
Saya senyum dengarkan kisah anak saya ini. Dalam hati, saya syukur anak saya seorang yang prihatin dan boleh berfikir sendiri untuk tolong rakan sebaya dia yang dalam kesusahan.Kisah ini bukan saya nak tunjukkan bahawa anak saya ini dididik dengan bagus. Tetapi sebagai ibu bapa, kita tentu mahukan anak-anak yang boleh berfikir dengan baik, dan buat keputusan yang bijak walaupun kita tiada di sisi mereka.
Kisah ini juga adalah untuk ingatkan bahawa bukan semua orang itu bernasib baik, walaupun orang itu datangnya dari keluarga yang lebih baik daripada kita. Ada masa Allah S.W.T akan uji dan lihat bagaimana kita ini menilai orang lain.
Sambung ...
"Kenapa Ajim tak pergi minta kat mak dia? Mak dia kan ke cikgu kat situ?" tanya saya pada Zikri.
"Tak tahu. Sebab mak dia tak ada kot. Dia tak jumpa mak dia..." kata Zikri.
"Ishh takkan la .. kata Ajim selalu pegi bilik guru jumpa mak dia .." tanya saya.
"Mak dia marah kot .. nanti tak sempat .. nak pegi bilik guru, nak pegi kantin .. nanti makanan habis." kata Zikri.
Jujurnya. Mula nak marah sebab ayat pertama anak saya ialah ..
"Abah .. tadi adik bagi Ajim duit singgit!"
Jika saya seorang yang tak fikir panjang, tentu dah marah pada Zikri - kenapa perlu berikan duit kat orang lain, walhal duit belanja diberikan cukup-cukup nak makan di kantin sekolah.
Tapi, itu tidak berlaku. Saya digerakkan hati untuk bertanya dan dapatkan penjelasan.
Alhamdulillah.
Anak saya kini bersahabat baik dengan Ajim, anak seorang cikgu sekolah berkenaan.
susah nak jumpa bebudak macam ini zaman sekarang .. moga zikri menjadi anak yang baik, dengar kata, anak yang soleh .. dan berjaya ... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah nasib Abg Bijak dan bertolak ansur...
ReplyDeleteDiharap dpt berkekalan sifat yg baik ini dan menjadi contoh kepada yg lain..
Moga Zikri berjaya InsyaAllah, Aamiin
Syukur alhamdulillah. Walaupun Zikri ni agak nakal di rumah, tetapi di sekolah karektor dia lain.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.