Bagaimana anda boleh berjaya di dalam bisnes online? Adakah anda tahu kekuatan bisnes online anda? Adakah anda tahu strategi utama untuk berjaya di dalam bisnes online ini? Ramai yang tanya saya mengenai masalah bagaimana nak berjaya di dalam bisnes online, walhal saya sejujurnya bukanlah orang yang layak untuk bercerita mengenai kejayaan sesebuah bisnes online. Namun, sebagai seorang yang dididik untuk membantu orang lain, saya sediakan blog post ini untuk bantu anda berjaya di dalam bisnes online - atau paling tidak memberikan idea bagaiman untuk berjaya di dalam bisnes ini.

Jadi, apakah rahsia utama kejayaan usahawan-usahawan online yang telah menjadi jutawan dan kaya raya? Saya akan berikan beberapa tips atau panduan ringkas dan pantas untuk anda. Sesetengah tips ini mungkin anda telah tahu dan pernah praktikkan.

Bagaimana Nak Berjaya Dalam Bisnes Online?

Bagaimana Nak Berjaya Dalam Bisnes Online?

Bisnes Unik

Jadilah pemilik bisnes online yang unik. Cari sesuatu perniagaan yang orang lain tidak melakukannya lagi. Kelihatan agak sukar, tetapi sebenarnya tidak sesukar mana pun untuk tampil unik. Anda hanya perlukan satu atau dua faktor sahaja untuk jadikan bisnes anda unik daripada bisnes orang lain.

Contohnya, anda buat bisnes online untuk pasarkan Jeruk Mangga Asamboi. Ramai yang dah mulakan bisnes online ini. Saya sarankan untuk jadikan ia unik, tambah satu perisa atau tambah satu kandungan lain yang menjadikannya ia berbeza dan unik dengan usahawan online lain yang juga memasarkan produk yang sama.

Boleh cuba buat macam ini - jeruk mangga asamboi wasabi. Anda tambah wasabi di dalam resepi jeruk mangga asamboi anda. Nah, anda sudah mencipta dua peluang niche bisnes online; satu untuk penggemar jeruk mangga asamboi, dan satu lagi untuk peminat jeruk pedas yang ditambah wasabi.

Strategikan Pemasaran Bisnes Online

Ramai yang gagal di dalam bisnes online kerana gagal untuk merancang strategi pemasaran. Apabila pesaing ada blog, maka diri sendiri pun terkinja-kinja nak buat blog shop atau kedai online sendiri. Apabila pesaing ada facebook dan instagram, maka terus-terusan cipta dan wujudkan akaun di laman sosial tersebut. Rancangnya tidak, hanya terus buat dan terus promosi.

Setiap sesuatu tindakan yang menghasilkan kejayaan perlulah dirancang dengan baik. Anda perlu fikir apakah platform paling sesuai untuk mempromosikan bisnes online anda, dan fikirkan apakah pula platform paling sesuai untuk menjual produk anda. Jual dan promosi adalah dua perkara berbeza.
Bagaimana Nak Berjaya Dalam Bisnes Online?
Strategikan pemasaran anda mengikut saluran yang anda lebih mahir, dan bukan mengikut-ikut dengan trend usahawan lain. Jika anda dah selesa menggunakan Facebook untuk bisnes online anda, maka tingkatkan strategi pemasaran menggunakan Facebook. Jika dulu, anda hanya buat post-post biasa di laman Facebook, mungkin kali ini anda patut mencuba untuk menggunakan Facebook Ads pula. Mungkin diwujudkan pula Facebook Page. Cekapkan diri dahulu, dan kemudian barulah cabangkan sumber promosi bisnes online anda.

Misalnya, anda sudah ada ramai pelanggan membeli produk bisnes online anda menerusi profil peribadi, maka tiba masanya anda wujudkan pula fanpage untuk bisnes anda - samada wujudkan bersandarkan produk atau wujudkan bersandarkan jenama. Belajar segala teknik untuk meraih seberapa ramai pengikut dan like untuk fanpage tersebut. Lakukan sehingga fanpage anda berupaya menjadikan satu-satu info atau post di situ menjadi viral di laman sosial facebook. Lakukan sehingga ia berjaya. Elakkan terikut-ikut dengan trend usahawan lain yang mula ada instagram dan blog.

Dapatkan Senarai Pembekal Terbaik

Salah satu antara kejayaan bisnes online ialah mendapatkan senarai pembekal untuk bisnes anda. Pembekal penting supaya bisnes anda dapat 'hidup lama'. Ia juga adalah merupakan lubuk kejayaan sesebuah bisnes online. Bisnes anda perlu lebih dari seorang pembekal, bukan satu atau dua, tetapi lebih daripada 10 supaya bisnes anda kekal bersaing dengan usahawan online yang lain.

Bayangkan jika anda terpaksa bersaing dengan ramai usahawan online yang menjual produk yang sama, dengan harga yang sama. Salah satu cara untuk bersaing dengan sihat ialah dari segi penawaran harga serta penawaran kuantiti produk. Untuk itu, anda perlukan senarai pembekal yang boleh berikan anda harga terbaik supaya anda boleh menjual produk dengan harga yang lebih murah, dan pada masa yang sama juga dapat berikan sesuatu kuantiti yang lebih untuk harga yang sama.
Senarai Pembekal Bisnes Online
Bayangkan pula tetiba satu-satunya pembekal anda ketiadaan stok? Bayangkan juga apabila satu-satunya pembekal untuk bisnes anda telah menarik diri untuk terus bekalkan keperluan bisnes anda kerana telah mendapat tawaran lebih baik dari usahawan online lain?

Saya pernah alaminya apabila satu-satunya pembekal kepada satu produk terlaris waktu saya berniaga itu sudah berhenti beroperasi. Gugup juga terpaksa berdepan dengan ramai pelanggan yang sudah menempah tetapi masih tidak dapat produk yang dijanjikan. Lalu, bisnes online saya itu hanya tinggal nama sahaja di dalam facebook.

Elakkan Lakukan Kesilapan Ini

Untuk itu, guna pakai 3 petua di atas untuk berjaya di dalam bisnes online anda. Elakkan kesilapan yang telah ramai usahawan online lakukan sehingga bisnes mereka kurang menjadi dan 'mati' di tengah jalan.

Semoga entri ini dapat memberikan sedikit panduan kepada ramai usahawan online untuk berjaya, dan mengikut jejak langkah usahawan jutawan lain yang telah berjaya seperti Anis Choc Moist/Melt dan juga Radiusite.

Harapnya entri ini bermanfaat dan berikan pencerahan bagaimana untuk berjaya dalam bisnes online.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks kongsi info.dah capek mikirin strategi sampai hampir putus 1 wayar.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...sy nk tahu mcm mna nk majukn produk kte ye...bole tunjuk ajar x?

      Delete
    2. Nanti saya akan terbitkan satu entri berkaitan ye .. :) terus follow blog ini, dan subscribe utk tidak terlepas apa2 artikel daripada blog ini.

      Delete
  2. Wah :D makasi infonya gan, maaf masi newbie dalam hal ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement