Siapa kata lelaki
house husband macam saya tak boleh masak seaneka resepi? Hoho, memasak tak susah mana, apa yang perlu hanyalah asas untuk memasak sesuatu, kenal rempah ratus serba sedikit, tahu apa itu menumis, tahu apa itu santan, tahu jenis-jenis ikan, in Sha Allah, resepi simple boleh jadi resepi kegemaran seisi keluarga.
Ok. Apabila saya nak mudah, cepat, senang dan pada masa sama semua selera dipenuhi, maka saya akan sediakan resepi-resepi mudah untuk hidangan keluarga.
Baru-baru ini, saya sediakan hidangan yang saya fikir ramai boleh sediakan. Resepi semuanya mudah-mudah, anda boleh Google je resepi di internet, tak pun terus sahaja rujuk beberapa blog resepi dan masakan terbaik di Malaysia antaranya
Dapur Tanpa Sempadan,
Kak Ina KL, dan juga laman
KongsiResepi.com
Bila Suami House Husband Memasak Di Rumah
Nah bila saya memasak, inilah hasilnya. Tak macam-macam pun, kalau anda lihat pun, saya fikir boleh kot buat segalanya .. in Sha Allah.
Resepi mudah hidangan seisi keluarga ialah ikan bakar. Dalam menu di atas, saya gunakan ikan Tilapia Merah, wife saya tak makan ikan ni, tapi anak-anak saya suka sangat. Jadi, disebabkan itu, saya masakkan menu lain.
Atas request wife, saya sediakan menu ikan rebus masak sambal. Senang je resepi ikan rebus masak sambal ni. Hanya perlukan ikan rebus yang digoreng, kemudian masukkan sambal ... tak pun cili giling atau cili kisar. Bubuh bawang, dan bubuh asam sedikit. Kalau nak nampak sedikit pekat, masukkan sedikit sos cili. Perghhhh ... lagi pedas lagi syok resepi ni sebab dipadankan dengan rasa masin ikan rebus.
Disebabkan kadangkala wife tak tahan pedas, saya sediakan juga ikan goreng.
Kemudian, saya sediakan pula masak lemak pucuk labu, dicampurkan sekali dengan hirisan Jantung Pisang dan keledek. Pucuk labu dan keledek saya beli semasa bercuti ke Cameron Highlands. Syok layan .... hoho.
Tak susah, in Sha Allah, masakan menu begini simple dan menyelerakan... hoho.
wah ! terbaikk punya menu dari house husband ! CN pn suka request gak masakan dari suami, kadang2 nak gak rehat dari memasak kan ;)
BalasPadamokeylah ni bro..gua ni reti maska meggi je atau goreng ayam dgn ikan je
BalasPadamHaha. Pelan-pelan belajar lo .. :P
Padamhuish... sedap giler semua nih... untungnya wife dan anak2 sifu... sy tengok pun terliur memalam singgah sini ni haa... baru teringat... Codi Belle lom minum... huhu... Slmt malam sifu. Tahniah masakan sedap... Terbaiklah suami mithali ni...
BalasPadamPergh...kecor gak tgk menu2 tue...asam pedas ker sweet sour tue tuan HH?
BalasPadamIkan tue buang isi perut jek heh..takde buat sayap2 tue ker.. :D
Apa2 pon terbaik punya house husband dan ala2 young husband player filipina.. :D
Terliur nampak...
BalasPadamSedap walaupun nampak simple kan.
Saya suka ikan rebus goreng.
Kena pulak nasi panas2 kan.
alhamdullilah...ala bukan susah pun nak masak skrg ni ..google je takpun tnya mak...nak taknak je masak..heheheh
BalasPadamfuhhh semua pun sedap. terfikir pulak dah lama ni cuti masak, mood hilang. kena kembalikan mood semula..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.