Jadi disebabkan itu saya berkongsikan informasi mengenai rakan blogger yang memang ada skill design dan rekabentuk blog. Tak salah kan untuk beri kesempatan dan peluang itu untuk blogger lain yang memang mencari income menerusi cara tersebut?
Akui Seorang Blogger Yang Tidak Tahu Design Blog Sendiri
Mahu blog anda ada rekabentuk unik dan menarik, cubalah dapatkan servis tersebut menerusi entri ini - Blogger Sediakan Servis Design Blog
Kalau ikutkan boleh je saya terima bayaran sekian-sekian, pastu outsource pada blogger lain. Kiranya makan komisen sebagai orang tengah, tapi kali ini tidak. Ada sebab Allah S.W.T menggerakkan hati saya untuk mencari blogger yang boleh design blog dan mempromosikan secara percuma servis mereka.
Tak Sediakan Servis Design Blog
Saya tak tahu nak design blog untuk anda, tetapi saya tahu siapa yang tahu; jadi saya salurkan info ini untuk anda tahu. Moga nanti bolehlah anda dapatkan servis mereka untuk rekabentuk blog anda agar tampil unik dan menarik. Saya akan tumpang gembira.Saya Tak Punyai Apa-Apa, Semuanya Adalah Pinjaman dari Tuhan
Saya blogger tua tak punya apa-apa pun, ilmu yang ada pun adalah ilmu orang lain yang dikongsikan. Income dari blog adalah sikit-sikit, tidaklah pula sampai boleh digelar jutawan dan hidup kaya raya. Saya manusia biasa, rakyat biasa, blogger biasa yang hidup dalam serba sederhana.Anda mungkin nampak benda-benda best yang berlaku dalam hidup saya sebagai seorang blogger sepenuh masa, yang jana income menerusi blog tapi hakikatnya banyak benda yang buat jiwa bergelora berlaku apabila bergelar blogger sepenuh masa ni.
Assalammualaikum... bro HH,
BalasPadamtapi kaya dengan ilmu SEO...
mselim3
Semoga ilmu itu dipergunakan dengan tujuan baik, in Sha Allah. Takut ilmu SEO yang saya kongsikan itu guna untuk tujuan lain yang akhirnya merugikan.
PadamPada saya laa...blogger cap ayam punya pikir...
PadamTuan HH perlu MENJUAL ilmu SEO yang dah banyak nie pada harga mampu milik untuk elak SEBARAN PERCUMA tadi jadi bahan yang dipergunakan pada perkara yg tidak bermanafaat.
Setidak2 nya bila tuan HH menjual bleh laa kawal sket sebaran secara PERCUMA tadi..walaupun tidak secara TOTAL..
p/s: Maaf ya tuan HH...saya cuma bg pandangan tak seberapa jek nie.. :)
Susah nak jual benda berkaitan SEO. Sebabnya ialah ia bukan berada dalam genggaman. Ia hak Google.
Padamsaya suka dengan ungkapan
BalasPadamsaya mahu and fikir positif
syabas bro teruskan usaha
membina positif dalam diri manusia
bukan kerja mudah dan kalau berhasil
hanya Allah saja balasnya
xpe bro sebaagi tanda sokongan pun dah okey...lagipun bro dah banyak berikan tips dan berkongsi ilmu di sini
BalasPadamdulu ye memang aku amek port pasal design design ni semua..tapi sekarang ni tak sangat..lebih kepada sedap mata memandang..lain lah kalau blog aku pasal web design macam web designer depot tu..kebanyakan blog-blog niche grafik pun sudah mula minimizekan grafik mereka..sebab dah beralih ke mobile walaupun tetap ada elemen grafik disitu..:D
BalasPadamRamai blogger yang lama2 memang dah tukar ...
PadamKalau blog buruk + themes free punya + satu tone kaler jek + takde banner + tulisan hitam jekk + dan macam2 lagi laa = Reader/visitor memang takkan membaca/melihat blog kita ker?
BalasPadamOooo...padan laa blog saya orang taknak baca...masalah blog takde rupa...
p/s: Ingatkan rupa diri tak takde rupa org taknak pandang....rupa blog yang takde rupa pon SAMAAA! Redho jek laa...
Blog saya pun guna theme blogspot free. Saya blogspot lagi walhal ramai dah hijrah ke WP.
PadamTuan HH saya rasanya laa.. kalo pakai yg standard minima pon mencanak naik traffik.. lagi2 keadaan semasa tuan HH yg semakin mantap nie.. :)
PadamSaya kena gak make-up2 sket..kalo langsung huduh cenggitu jawapnya yg baca tulisan cap ayam saya...saya ngan team saya jek laa..hoho
tak pandai design tapi kaya dengan ilmu SEO.. tabik hal tu :D
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.