Gambar Bom yang beredar menerusi aplikasi WhatsApp itu telah menimbulkan rasa panik, namun pada masa yang sama ia adalah satu gurauan sendaloka yang membuatkan orang ramai tanpa rasa bersalah menyebarkan ia menerusi aplikasi WhatsApp dan juga di laman-laman sosial.
Gambar Bom di KLIA Cetus Panik
Pada mereka yang tidak tahu menahu dengan lebih terperinci berkaitan tajuk "Bom Dijumpai di KLIA"; maka akan mudah percaya dan panik dengan berita tersebut. Tanpa usul periksa terus menyebarkannya; apatah lagi apabila ada rakan dan sanak saudara yang sedang berada di KLIA atau bertugas di sana.
Rakyat Malaysia Mudah Percaya Tanpa Selidik
Rakyat Malaysia memang begitu, mudah percaya dengan apa jua sebaran di laman sosial, apatah lagi yang mengaitkan emosi. Seharusnya berita-berita seperti ini jangan dilihat pada hanya tajuk tetapi mesti melihat akan isi kandungan, dan kemudian membuat tindakan susulan untuk mengesahkannya.Gurauan mengenai gambar Bom di KLIA ini memang mengundang; apatah lagi di dalam situasi negara sedang berhadapan dengan ancaman militan IS dan berita-berita yang ada kaitan dengan aviasi negara.
Semoga pembaca-pembaca media online akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Jangan hanya baca tajuk semata tanpa dilihat dari awal sehingga habis kandungan sesuatu cerita itu.
adoi
ReplyDeleteorang yg bernama BOM ke sebenar nyer?adeh laaa...
ReplyDeleteYer. Dengan gunakan gambar ini, dibuat tajuk "BOM DIJUMPAI DI KLIA" terus jadi viral.
Deleteadehhh nama org rupanya.... mmg bebetul daboommmm le org tu..
ReplyDeleteHmm mushkil lak leh dapat nama tu
DeleteHurmm mereka ni suka buat fakta yang boleh buat orang jadi hidup tak tenteram
ReplyDeleteSuka dengan ayat - Fakta
DeleteAdeh, rasa kelakar pun ada...hehe...
ReplyDeleteBoleh cetus situasi panik apabila tidak mendapat maklumat yang tepat.
ReplyDeleteHihihi..media sosial lebih pantas dari media massa skg ni...APTB...
ReplyDeleteRahsia Kaya dan Bahagia Terbongkar!
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.