Buat orang dewasa, saya tak fikir ia satu masalah yang berat tetapi sebagai seorang bapa yang ada tiga orang anak yang bersekolah, ada perkara yang merisaukan saya. Apatah lagi waktu persekolahan sekarang bermula dari jam 7:30 pagi sehingga 1:30 petang dan ada hari kena pulang jam 5:00 petang!
Kantin Sekolah Patut Sediakan Air Masak Percuma
Anak saya bawa bekal air ke sekolah. Botol kecil. Kalau berikan botol yang besar, takut tak terbawa sebab beg sekolah yang ada pun dah separuh berat badan, nak ditambah lagi dengan botol air berisi 1 atau 1.2 liter air masak. Berat-berat boleh rosak struktur rangka badan. Saya tak mahu anak saya jadi begitu kelak."Air botol habis tak?" tanya saya bila ambil balik dari sekolah.
"Habisss .... tapi adik dahga lagi la abah" kata Zikri.
"Tak beli air kat kantin?" tanya saya lagi.
"Nak beli macamana, adik bawak singgit je. Beli makanan pun dah singgit .. macamana nak beli air?" kata Zikri.
"Tu yang adik minum air sampai habis ni abah ..." sambil tersengih menampakkan lompang gigi yang dah hilang sebatang.
Nasib baik anak saya bawa bekal air ke sekolah. Bagaimana dengan anak-anak yang tidak bawa bekal air? Lepas tu duit belanja sekolah hanya cukup RM1.00? Nak beli air? Nak minum? Apatah lagi time musim panas nie ... biar macam tu? Minum air paip?
Jadi, saya fikir kantin sekolah patut sediakan air masak secara percuma. Kesian anak-anak ini.
Apa Anak-Anak Dapat Dengan RM1?
Di kantin sekolah anak saya, RM1 adalah harga untuk nasi putih berlauk telur atau lebih glamour dipanggil nasi telur. Kalau berlauk ayam, dalam RM1.50 kalau tak silap. RM1 adalah makanan yang paling murah ada di kantin. Tak ada sen sen dah.Oh ya, kecuali air yang dijual 50 sen segelas. Gelas kecil, bukan gelas besar macam dijual kat sekitar bandar Kuala Terengganu tu.
Air. Keperluan asas. Anak-anak perlukan keperluan asas ini untuk belajar. Tambah lagi anak-anak ini aktif, lari sana sini dalam sekolah, naik turun tangga, semua tu banyak gunakan cecair badan. Badan berpeluh sentiasa, dan mereka ini terdedah dengan cuaca yang terik.
Jangan sampai ada kes yang tidak diingini. Siapa nak dipersalahkan?
tak miskin pun sediakan air masak percuma untuk kanak2 tu ....
ReplyDeletekadang2 sikap pengusaha kantin yang hanya pentingkan keuntungan jd kan kanak2 mangsa ..
kesian kat kanak2 ...
Betul jugak tu bro..idea yg patut dipertimbangkan oleh pihak berwajib
ReplyDeleteDah sampai masa pihak sekolah yang sediakan makanan dan bukan dikontrakkan kepada syarikat. Bila sekolah yang sediakan, semua budak makan menu sama. Dalam masa sama, banyak kos dapat dijimatkan dari situ boleh lah sediakan mesin penapis air untuk budak-budak.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.