Kesan daripada pengumuman kerajaan turun dan naik harga minyak petrol terkini sering undang sesuatu yang positif untuk blog ini. Satu impak yang saya suka sangat-sangat. Dalam sibuk semua orang bising mengenai harga minyak petrol turun naik ini, blog saya pula .. alhamdulillah, dapat trafik naik dan naik.

Harga minyak - petrol dan diesel naik, saya suka. Harga minyak - petrol dan diesel turun, saya pun suka. Itu kalau sebut mengenai trafik blog saya. Samada harga minyak naik dan turun, dua-dua berikan impak yang bagus untuk blog saya.

Kesan Turun Naik Harga Minyak Terkini Melonjak Trafik Blog

Kesan Turun Naik Harga Minyak Terkini Melonjak Trafik Blog
Tapi realitinya, banyak benda yang tidak berapa nak senyum lebar kalau cerita pasal harga minyak terkini yang turun naik ini. Harga minyak naik, memang gusar dibuatnya. Harga minyak turun pun, senyum sekejap sahaja. Nak-nak lagi bila kita ni adalah pengguna akhir. Semua benda kena hadap dan serap.

Peranan Kita Sebagai Pengguna Untuk Kontrol Harga Barang

Saya nak cerita lebih-lebih rasanya takkan jadi apa-apa. Jika saya minta anda lakukan boikot ke atas peniaga yang harga mahal pun, rasanya banyak sekerat jalan je nanti. Apa yang penting ialah anda tahu gunakan hak untuk memilih. Kita ada pilihan, maka pilih. Orang Bangladesh, orang Mynmar, Vietnam yang kerja sini pun leh hidup ok, siap menyimpan beribu-ribu setiap bulan, kenapa tidak kita.

Harga barang mahal, murah ke kita akan tetap jadi sebegini - rasa ditindas dan tertindas. Melainkan kita cari alternatif dan cara untuk perbaiki mana yang perlu.


Cari Alternatif Tingkatkan Income

Ramai yang dah mula buat dan bina kedai online sendiri sebabnya ia tidak libatkan kos tinggi terutama yang kaitkan dengan pengangkutan. Kesan harga minyak pun tidaklah ketara sangat. Jadi, boleh kekal jual harga biasa, apatah lagi bila dah tahu lubuk bisnes untuk dapatkan harga borong yang murah. Ramai yang dah bijak memilih senarai pembekal dan pemborong yang boleh berikan harga yang menguntungkan.

Ramai dah mula meniaga tudung sendiri. Malah ada yang mula nampak bisnes baju kurung sebagai lubuk duit raya tahun ini. Anda pula, agak-agak apa perancangan alternatif anda untuk keluar dari menjadi pengguna terakhir ini?

 

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ooo gitu caranya lonjakan trafik blog...

    ReplyDelete
  2. Yus JAMBU nak tujukan TAJUK LAGU nie pada tuan HH : MALAM INI @ SEMLM TUAN HH PUNYA... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... ehh melawak la pulak.

      Delete
    2. Hoho! YUS jambu tak melawak ke tuan HH?

      Mgkin sejak kenaikkan saham zizan dalam group mereka.

      Tue yg saham jambu tak melonjak sangat... :D

      Delete
    3. Saya tak tahu dan tak kenal siapa tu Yus Jambu. Rumah saya tak ada siaran berbayar. Pakai TV percuma je.

      Delete
  3. Rezeki ni namanya HH....minyak naik trafik blog pun naik....revenue iklan juga naik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement