Ya, saya pernah bertanding dengan pertaruhkan blog ini pada tahun 2013. Blog ini cuma berjaya menjadi top 3 dalam MSMW 2013, dan kategori yang dipertandingkan itu dimenangi oleh rakan blogger saya Encik Titan.
MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia
Saya menulis MSMW 2015 sebagai bosan bukan kerana saya gagal memang dalam kategori dipertandingkan pada tahun 2013, tetapi kerana apa yang saya nampak, setelah masuk tahun keempat ianya dibuat, tidak nampak perngiktirafan sebenar yang diberikan kepada blogger Malaysia.Tahukah anda, bahawa calon-calon yang layak bertanding perlu menulis mengenai MSMW di dalam blognya? Jadi, secara tidak langsung ia mempromosikan event ini yang memang bajet besar dan mendapat penajaan yang banyak dari syarikat ternama. Jadi, takkanlah hadiah untuk para pemenang hanya sebuah trofi dan sijil? Jika trofi itu bersalut emas tulen tak mengapalah juga.
Dahla tu, kena promote sebanyak tiga kali - pre, during dan post event ini.
Saya fikir, pihak yang menganjurkan event MSMW 2015 dapatlah kiranya memberikan sedikit imbuhan pada kerja keras para blogger yang cuba memeriahkan suasana Minggu Media Sosial Malaysia ini. Mereka perlu sedar bahawa pengaruh blogger amat kuat di dunia online. Jadi, jangan sampai tiba ketika akan ada blogger yang nampak bahawa MSMW hanyalah satu platform untuk pihak tersebut mendapat keuntungan sebelah pihak, walhal yang antara memberikan impak pada kehebatan MSMW itu sendiri datangnya dari blogger dan pengamal media online.
Berilah Sedikit Imbuhan Buat Top Blogger Malaysia
Apa salahnya jika pihak MSMW 2015, selain memberikan sijil pengiktirafan dan trofi; diberikan hadiah sampingan lain agar dapat memotivasikan blogger-blogger yang bertanding. Paling tidak berilah hadiah yang relevan dengan usaha mereka sebagai blogger yang menjadikan event ini satu event must attend, must participate setiap tahun.
Harapnya akan ada perubahan, dan dapatlah kiranya pihak MSMW mengambil perhatian akan apa yang telah saya tulis ini. Elakkan jangan sampai ada yang benar-benar menyangka bahawa penganjuran MSMW dan pemberikan anugerah World Bloggers and Sosial Media Awards hanyalah untuk eksploitasi blogger Malaysia bagi memberikan coverage, promosi dan iklan percuma untuk Minggu Media Sosial Malaysia.
Saya menulis ini adalah sebagai respon kepada penulisan rakan blogger saya yang turut bertanding di dalam MSMW 2015 kali ini dalam dua kategori iaitu Encik Titan. Anda boleh rujuk entri beliau bertajuk - MSMW 2015 Blogger Awards - Makin Meriah atau Makin Bosan? untuk membaca pandangan darinya yang merupakan bekas pemenang anugerah ini.
Saya harap penganjuran di tahun akan datang akan ambil perhatian mengenai perkara ini. Semoga Minggu Media Sosial Malaysia sukses tahun 2015, dan berharap ia akan dimanfaatkan oleh blogger Malaysia untuk penjenamaan dan meletakkan blog sebagai sebuah 'perniagaan'.
mmg patut bagi imbuhan kepada pemenang... nak datang majlis tu pun ada yang dari jauh.
ReplyDeletetrofi dn sijil.. apa yg boleh di buat dengan tu selepas kemenangan?emm..
ReplyDeletekalau hadiah seperti hp. komputer.. voucher ker. sekurang2 nya boleh gak di gunakan yek dak?
Sumijelly.com
Haha. Buat hiasan je la nampak gayanya.
DeleteBig price for big effort. Blogger byk menyumbang even bercerita di alam maya...
ReplyDelete:)... senyum sahaja membacanya...
ReplyDeletesaya pernah attend tahun 2012 dulu, free. Kali ni dah berbayar eh?
ReplyDeleteantara sebab yang aku tengok mcam tak best, sebab takde pun support daripada Google Malaysia sedangkan platform blogging melibatkan Google..juga mungkin juga melibatkan pihak seperti Wordpress.org yang memang terkenal dengan platform blogging yang terkenal di dunia.
ReplyDeleteAku anggap MSMW ni cuma nak ambil kesempatan je terhadap blogger, apa nak kisah, bagi je trofi, kembang la depa..dari segi remarketing, mereka dapat secara percuma sahaja sambil kembangkan idung..hehehe..
pengiktirafan dan penjurian blog-blog terbaik tu harus diadili juga dari pihak yang professional seperti dari platform blogging itu sendiri atau dari Google Webmaster..tapi ini lebih kepada blog trending yang mana blog yang mendapat jumlah voters atau pun undian tertinggi akan menang..tetapi kualiti blog dan blogger tersebut tidak penting sama sekali..:D
apa yang penting, syarat semua dipenuhi dan aktiviti mempromosi event ini WAJIB bagi semua blogger yang tercalon..tak gitu? :D
Betul tu .. aku setuju, patutnya yang join dan support mestilah dari arena blog itu sendiri ... byk yang join ni syarikat yang berteraskan keuntungan je.
Deletegood luck pd yg sertai
ReplyDeletesetuju dgn penulisan bro
ReplyDeletejika sekadar bagi award dan sijil ttp perlu buat promosi mmg x berbaloi (walaupun menang) hahaha
xkan x mampu bg hadiah sikit.. buat hotel hebat2 tu
Tu la pasalnya. Saya ingat lepas 3 tahun adalah benda yang best sikit, tapi nampaknya tak nampak pun perubahan ketara .. lebih keuntungan sebelah pihak sahaja.
DeleteOhw hadiah trofi n sijil jer? Kesiannya,dh la nak datang jauh2
ReplyDeleteBetul. Bayangkan kalau blogger dari Sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteRamai blogger yang mahu diiktiraf, dan ada juga yang tak kisah langsung tentang anugerah macam ni ^_^
Ya, ramai blogger yang tak ambil kisah pun, apatah lagi blogger yang sekadar buat blog untuk kongsi cerita semata, dan bukan bertujuan menjadikan blog sebagai sumber income.
DeleteMemang tak nafikan makin lama makin kurang menarik sebab sama sahaja. saya pun mula kurang berminat..last saya join tahun lepas. Pasal hadiah tu satu hal juga lah ada betulnya org duk jauh2 semata-mata nak ambil trofi & sijil sahaja kalau sijil tu diiktiraf takpe jugakan hehe
ReplyDeleteSatu lg salah tu penilaian bukan 100% melalui vote..blog saya menang tahun 2013 bukan saya calonkan sendiri..percalonan saya msa tu mmg saya buat tahu je...tau2 menang..ktiteria peratusan dilihat dari banyak sudut blog juga bukan semata-mata vote dan ada tapisan cuma betul cakap hasrul hassan blogger ni ibarat macam syarat meriahkan majlis & untuk tujuan publisiti diaorg sahaja kot huhu
Cuma satu sahaja menang MSMW salah satu cara naikkan blog supaya org kenal & dalam masa sama peluang pengiklanan tuk mudah datang..org kata satu platform to achieve performance in blogging :)
Uikss ... sekali kena komen panjang daa .. hahaha.. mekasih mekasih sebab berikan respon. Harapnya pihak MSMW2015 nampak la ye.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.