Muzium-muzium di Kota Bandung, Indonesia. Rupanya ada banyak juga muzium di Kota Bandung. Sayang sekali saya tidak berpeluang untuk singgah dan rakamkan saat momen berada di muzium-muzium ini. Selalunya kalau saya dan keluarga pergi bercuti, muzium adalah antara tempat yang kami suka lawati.

Jika di Malaysia, kami sekeluarga sudah melawat muzium-muzium sekitar Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, termasuklah Langkawi, Penang, Perak, Port Dickson, Melaka dan beberapa lagi tempat menarik destinasi pelancongan di Malaysia. Ia antara lokasi-lokasi lawatan bajet makan angin kami sekeluarga. Anak-anak pun suka, jadi memang bukan satu masalah.

Antara muzium yang best dan menarik di Malaysia ialah Muzium Pertama Malaysia, Muzium Kuala Terengganu yang jenuh nak panjat tangga, Muzium Lukut, Muzium Adat Istana Jahar, Muzium USM, Muzium Negara, Planetarium Negara, Muzium ATM di Port Dickson.

Muzium-Muzium (Museum) Kota Bandung Indonesia

Muzium-Muzium (Museum) Kota Bandung Indonesia

Muzium-muzium di Kota Bandung ada beberapa tempat. Saya senaraikan beberapa nama muzium ini untuk anda, manalah tahu kot-kot nanti berguna jika berpeluang ke Kota Bandung. Takkan nak lawat tempat shopping je .. hoho .. sesekali cubalah belajar mengenai sejarah dan ketamadunan sesuatu tempat, jangan jadi macam saya dan keluarga sebab dah terlepas peluang ini.

Lima Muzium Terkenal di Kota Bandung, Indonesia

Muzium-Muzium (Museum) Kota Bandung Indonesia
Berikut adalah lima muzium yang terkenal di Kota Bandung, dan anda boleh berkunjung ke muzium-muzium ini untuk mengetahui kisah sejarah Kota Bandung dan juga Indonesia. Berlibur sambil belajar ... pasti bertambah pengetahuan am anda.
  1. Museum Geologi Kota Bandung - Dibina pada 16 Mei 1928. Buka Isnin - Khamis, dari jam 9:00 pagi 3:30 petang. Manakala hari Sabtu - Ahad, dibuka dari jam 9:00 pagi hingga jam 1:30 petang. Tiket: Rp4000.
  2. Museum Konfrensi Asia Afrika, Kota Bandung - Terdapat dua bangunan utama, Gedung Merdeka dan Muzium Konfrensi Asia Afrika. Dibuka Selasa - Khamis, dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang. Sabtu dan Ahad dibuka 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Jumaat pula dibuka dari 2:00 - 4:00 petang. Masuk adalah percuma.
  3. Museum Sri Baduga - Didirikan pada 1974 dan dirasmikan pada Jun 1980. Dibuka pada Selasa - Jumaat, jam 8:00 - 3:30 petang. Sabtu dan Ahad dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang. Tiket: Rp3000.
  4. Museum Wangsit Mandala Siliwangi - Maksud Mandala Wangsit ialah sebuah tempat untuk menyimpan amanat, petua, atau nasihat dari pejuang zaman lampau kepada generasi akan datang melalui perkara-perkara yang ditinggalkan. Dibuka dari Isnin - Jumaat, dari jam 8:00 pagi hingga 3:00 petang. Kadar tiket masuk adalah secara sukarela, tetapi untuk pelajar dikenakan Rp2000.
  5. Museum Pos Indonesia - Dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang, Isnin hingga Jumaat, manakala hari Sabtu dibuka hanya dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang.
Muzium-Muzium (Museum) Kota Bandung Indonesia
Untuk lebih info mengenai muzium-muzium di Kota Bandung, Indonesia, rajin-rajinkan diri untuk blogwalking ke blog-blog akan indonesia yang berkongsi info mengenainya. Anda juga boleh cuba untuk Google maklumat berkaitan muzium-muzium ini.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement