Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia mewah dengan pelbagai jenis makanan. Kepelbagaian ini adalah disebabkan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan agama telah serasi hidup dan berkongsi banyak perkara dalam kehidupan seharian. Malah, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara syurga makanan dan pernah dikenali serata dunia dengan makanan-makanan terbaik dan melazatkan.
Namun begitu, bukan semua makanan itu adalah baik untuk kesihatan. Walaupun rasanya memang dianggap best in the world, ada bahagian makanan ini yang perlu dipantau agar ia sesuai dengan tubuh badan kita. Yang penting, makanan itu perlu diambil mengikut kadar yang betul, dan mesti mengikut piramid makanan yang telah disyorkan oleh mereka yang arif mengenai nutrisi.
MyNutriDiari - Aplikasi Kawal Pemakanan Seharian
Kelebihan dan Kegunaan Aplikasi MyNutriDiari
Kelebihan aplikasi MyNutriDiari ini ialah:- Dibina dan dibangunkan khusus untuk rakyat Malaysia.
- Aplikasi ini dibina untuk menyemarakkan mesej 8888 yang bermaksud berhenti makan sebelum kenyang iaitu lebih kurang 80 peratus kenyang, amalkan makan malam sebelum jam 8 malam, minum lapan gelas air kosong sehari, tidur lapan jam sehari dan berjalan sekurang-kurangnya 8,000 langkah sehari.
- Mampu mengira jumlah kalori diambil setiap hari.
- Upaya simpan rekod pengambilan kalori harian, mingguan dan bulanan.
- Menyenarai kalori makanan dan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
- Punyai keupayaan untuk imbas kod bar pada pembungkusan makanan.
- Mampu menyediakan saranan kepada pengguna mengenai pemakanan atas faktor-faktor unik pengguna.
Aplikasi MyNutriDiari adalah Percuma - Google Play
Aplikasi ini iaitu MyNutriDiari boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store.
Pada saya ia merupakan aplikasi yang patut ada di dalam sebuah peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet android dan sebagainya kerana kebolehannya untuk membantu pengguna memantau berat badan dan mengetahui jenis aktiviti fizikal yang boleh dilakukan
Memandangkan aplikasi ini masih baru, maka mungkin akan ada beberapa fungsi yang tidak mesra pengguna - berdasarkan apa yang saya lihat review yang diberikan. Namun, saya juga nampak bahawa pihak Kementerian Kesihatan sendiri berusaha untuk menjadikan aplikadi MyNutriDiari ini satu aplikasi terbaik untuk memantau kesihatan dan corak pemakanan rakyat Malaysia.
Muat turun MyNutriDiari di Google Play.
Terima kasih kerana membantu pihak Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mempromosikan MyNutriDiari. Semoga aplikasi ini dapat membantu rakyat untuk mengawal pemakanan dan berat badan. terima kasih
ReplyDelete-wakil Bahagian Pemakanan, KKM-
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.