Tak kenal sabun herba Sabun Pewiit? Aha, ini sabun banyak istimewa sebab kandungan sabun ini bukan seperti sabun biasa. Ia sabun istimewa kerana dibuat daripada ekstrak bunga cengkih, ekstrak kulit kayu manis, kolagen tumbuhan dan diperkaya dengan vitamin C yang memang terbukti secara saintifik bagus untuk kesihatan kulit.
Syoknya Sabun Herba Pewiit
Kesan Sampingan Syok Sabun Pewiit
Cuma, saya nak bagi satu kesan sampingan selepas gunakan sabun ini.Setiap kali saya bangun pagi atau rasa mengantuk selepas berjam-jam mengadap komputer, saya akan gunakan sabun ini untuk mencuci muka. Pergghhh .. lepas guna, muka rasa segar bugar. Bau harum daripada herba cengkih dan kulit kayu manis memang membuatkan rasa mengantuk hilang. Selepas cuci, akan rasa kedinginan dan kulit muka terasa macam kuih apam ... lembut gebu-gebu gitu .. haha.
Hoho. Tadi awal saya beritahu mengenai wajah saya yang memang semulajadi tak ada jerawat. Alhamdulillah. Tapi saya ada masalah dengan white head yang banyak melepak sekitar batang hidung yang 45% mancung ni. Jadi, setiap kali pakai, terasa biji-biji white dah berkurangan. Kalau nak picit pun tak sesusah sebelum ini, tak ada sampai nak berair biji mata kalau saya minta wife tolong picitkan.
Seperti sabun biasa lain, Sabun Pewiit mengeluarkan buih semasa menggunakan. Cuma bezanya ialah, anda akan ada rasa sedikit kasar bila gosok-gosok di tangan untuk keluarkan buih. Ini memang ciri biasa bagi sebuku sabun herba. Dengan buih-buih yang berbau harum herba, sapu di wajah atau gunakan pada badan. Syok.
Sabun Herba Home Made
Ok. Dah banyak saya cerita. Cerita je tak guna kalau anda tak cuba. Cubalah sabun herba Sabun Pewiit ini. Abaikan segala testimoni, tapi cuba sendiri produk keluaran tempatan - home made lagi, in Sha Allah, semua kandungan sabun adalah halal.- Dayah - 018 905 2802
- Syamimi - 014 5041016
- Arda - 011 26093727
Anda juga boleh dapatkan beberapa info mengenai sabun herba Sabun Pewiit itu di blog ini -
Hoho. Syoknya Sabun Herba Pewiit. Agak-agak boleh tak lawan muka kacak Izzue Islam? hehehe...
menarik sabun nih.. dulu pernah jugak guna sabun sebegini.. best guna.. tapi sekarang, akak tuh dah tak buat sabun sebegini, jadi putus stok dah..
ReplyDeleteHmm ni sabun herba kedua saya guna, sebelum ni pernah guna tapi jenis lain. Memang best ... lagi2 kalau nak hilangkan panau dan kurap, ada sabun herba yang in SHa Allah, boleh hilangkan. Yang Sabun Pewiit ni tak tahu lagi sbb bbaru je pakai ..
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.