Teknik simple sebuah blog mesra SEO. Lama juga saya tidak berkongsikan tips SEO blogspot untuk pengunjung blog ini. Al maklumlah, ada waktu saya juga kekeringan idea untuk menulis. Saya bukannya mesin idea, saya juga penulis blog seperti anda yang kerap juga hadapi writer's block. Apabila berlaku krisis kepincangan idea dan kreativiti, maka anda akan lihat beberapa entri lama muncul kembali di halaman utama.

Ok. Berbalik alkisah tentang saya mahu kongsikan satu tips mudah dan simple untuk menjadikan blog anda mesra SEO. Sebenarnya banyak tips simple dan mudah mengenai Search Engine Optimization yang telah saya kongsikan. Jika anda pembaca setia blog ini dan sering mencari tips dan panduan blogging, pasti sudah jumpa puluhan entri dan artikel berkenaan SEO blogspot. Antara yang terkini sebelum ini ialah Tips Untuk Entri Mudah Muncul di Google

Teknik Simple Sebuah Blog Mesra SEO

Teknik Simple Sebuah Blog Mesra SEO
Teknik simple yang saya maksudkan ini, in Sha Allah, semua blogger boleh buat di blog masing-masing. Anda hampir tidak memerlukan kemahiran tertentu pun. Anda hanya lihat contoh yang ada, dan mula praktikkan atau letakkan di blog anda.

Lima Elemen Statik untuk SEO

Sebuah blog yang mahu kelihatan mesra SEO mestilah mempunyai 5 elemen statik ini di dalam blog. Elemen-elemen tersebut ialah:
  1. Kenyataan dasar privasi (privacy terms)
  2. Disclaimer atau terma syarat penggunaan (pembacaan) blog
  3. Ruangan untuk dihubungi (contact)
  4. Mengenai blog atau penulis blog (about)
  5. Copyright year atau tahun penerbitan blog

Haa ... amacam? Tentu ada di antara anda yang tidak menyangka bahawa elemen-elemen ini memberikan impak dalam enjin carian kan? Ini adalah salah satu ciri-ciri yang menunjukkan bahawa sesebuah blog itu memperlihatkan kualiti kandungannya - lalu memberikan signal kepada enjin carian bahawa blog ini adalah blog yang boleh dipercayai.

Sebuah blog yang boleh dipercayai akan mendapat tempat yang baik dalam enjin carian - yang juga menjadikan blog itu sebagai blog yang mesra SEO.

Anda hanya perlu letakkan kelima-lima elemen ini di dalam blog anda. Cuba anda lihat blog anda, adakah terdapat elemen-elemen yang saya perkatakan ini? Dan lihat pula blog oren saya ini (hasrulhassan.com); adakah terdapat elemen-elemen tersebut?

Elemen-elemen tersebut penting untuk SEO, tak kiralah untuk blog personal, blog masakan, blog travel atau untuk mereka yang nak buat bisnes online atau membuat blog perniagaan sendiri. Ia adalah satu indikator penting untuk robot-robot enjin carian menilai 'fizikal' blog anda untuk ketentuan kualiti, sebelum ia menyelongkar lebih jauh ke dalam isi kandungan blog.

In Sha Allah, saya akan ceritakan lagi mengenai lima elemen ini.

Selamat mencuba.



12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nak kena check ni.. thanks sharing.. element kepercayaan sangat penting.. walau pun kita tulis perkara yang sama.. tapi kalau guna ayat sendiri, kita lebih disukai google berbanding copy paste terus..

    ReplyDelete
  2. baru perasan juga tentang perkara ini..

    ReplyDelete
  3. Ok.rasanya semua ada tu.. Cuma tahun penerbitan sahaja tak de.. Err lupa lak bila start!

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang ada blog yang macam rumah tinggal tapi sebenarnya berpenghuni..

    ReplyDelete
  5. Ok..take note..Blum buat privacy lg kat blog sendiri

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum dan salam sejahtera tuan...
    adakah nak wat SEO tu kenakan bayaran ke?
    terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadikan blog itu mesra SEO adalah percuma. Hanya perlukan ilmunya sahaja.

      Delete
  7. Replies
    1. Ikuti dan amalkan tips2 SEO yang saya kongsikan dalam blog ini. Ada lebih 300 posts berkaitan SEO telah saya tulis sejak 2011

      Delete
  8. Okay setel. Syukurlah dah letak kat blog ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement