Tips dan kaedah untuk khusyuk dalam sholat. Saya sering bertanya pada diri sendiri, adakah sholat saya seorang Muslim itu cukup khusyuk? Adakah sholat wajib lima waktu saya diterima oleh Allah S.W.T. Sebagai seorang Muslim, bab atau perkara mengenai sholat adalah perkara paling perlu diutamakan. Sholat adalah tiang agama Islam. Ia adalah rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Pentingnya sholat itu untuk seorang Muslim sehingga disebut sebanyak 79 kali di dalam kitab suci  Al Quran pada 75 ayat. Manakala khusyuk disebut sebanyak 11 kali dan 54 kali dinyatakan mengenai sujud. Hadith-hadith juga banyak memperkatakan mengenai kekhusyukkan di dalam sholat ini.
Tips dan Kaedah Khusyuk Sholat

Tips dan Kaedah Khusyuk Sholat

Apa itu khusyuk (khusyu') di dalam sholat?

Arti khusyu’ dalam bahasa Arab ialah al-inkhifaadh (merendah), adz-dzull (tunduk), dan as-sukuun (tenang). Seseorang dikatakan telah mengkhusyukkan matanya jika dia telah menundukkan pandangan matanya. Seorang yang khusyik di dalam sholat akan betul-betul menjaga adab dan sopan santun di dalam sholat. Segala gerakan dan ucapan dikonsentrasikan mulai dari awal sholat hingga sholatnya berakhir.

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al Baqarah, 5) 

Kisah Remaja Saya Mengenai Cara Nak Khusyuk Sholat

Bolehkah nak khusyuk dalam sholat? Waktu zaman remaja saya, semasa belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang pernah menjadi top rank SBP satu waktu dahulu; saya ada diberitahu oleh seorang rakan, cara nak khusyuk sholat ialah dengan membayangkan diri sedang berada di hadapan Allah S.W.T. Memang dari sudut terminologi pengertian khusyuk adalah seseorang melaksanakan sholat dan merasakan kehadiran Allah S.W.T yang amat dekat kepadanya, sehingga hati dan jiwanya merasa tenang dan tenteram, tidak melakukan gerakan sia-sia dan tidak menoleh.

Itu kata salah seorang rakan saya.

Jujurnya. Ia bukan sesuatu yang mudah bagi seorang remaja untuk berasa khusyuk di dalam sholat. Ada pula rakan saya beritahu, mahu khusyuk sholat kena sholat jauh daripada orang ramai, atau dengan kata lain berada di dalam suasana keseorangan. Tetapi masalahnya ialah sholat berjemaah ialah sholat yang sangat dituntut dengan ganjaran lebih, apatah lagi sholat berjemaah itu merupakan sendi untuk penyatuan. Bagaimana pula untuk bolehkan sholat yang khusyuk di dalam sholat berjemaah lima waktu?

Menangis Dalam Sholat Tanda Khusyuk?

Saya pernah bersholat dengan diimamkan seorang lelaki muda yang tersedu sedan semasa membaca surah dalam rakaat sholat. Sekejap jelas lagi terang bacaannya, sekejap hanya dengar esakan tangisan yang kedengaran. Memang meremang bulu roma, dan nada bacaannya menyentap jiwa dan rasa. Namun persoalan, adakah itu tandanya lelaki muda itu sedang sholat penuh khusyuk?

Nabi S.A.W pernah bersabda, yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari Kiamat kelak." (HR al-Hakim)

Tips dan Kaedah Khusyuk Sholat
Semasa saya mengikuti jemaah tabligh bertahun dahulu, saya pernah bertanya; "Bagaimana nak khusyuk dalam sholat?". Kata salah seorang ahli jemaah, "Fahami sholat, tahu makna bacaan dalam sholat".

Apa yang saya kongsikan di atas adalah merupakan antara tips untuk mendapat kekhusyukkan di dalam sholat. Ada banyak cara dan kaedah untuk khusyuk di dalam sholat. Penilaian khusyuk sholat itu hanya Allah S.W.T yang berhak menentukannya, namun untuk kita sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T, adalah menjadi tanggungjawab untuk menjadikan sholat kita sesempurna mungkin, agar segala amalan baik diterima dan diredhai.

Saya pernah sholat Jumaat di sebuah masjid di Taiping, ketika itu ada jemaah yang menangis di sisi saya semasa doa dibacakan selesai sholat sehingga nampak bengkak matanya. Saya ada bercerita di dalam entri manusia yang bertukar menjadi babi.

Khusyuk Sholat Menerusi 8 Pancaindera

Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah memuat turun satu panduan yang cukup baik untuk mengetahui cara atau kaedah untuk khusyuk sholat. Panduan tersebut dinamakan Bio Mekanik Sholat. Ebook panduan ini adalah versi digital daripada sebuah buku karangan Dr Yusof Abbas; ahli dalam pertubuhan NGO Islam, yang juga merupakan penulis 7 kaedah Mudah Faham Bahasa Al Quran. Beliau juga adalah mantan Exco Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Versi digital ini telah ditulis dan diterbitkan semula oleh seorang kenalan saya di Facebook. Saya tertarik untuk hebahkan kepada anda semua kerana ia merupakan satu panduan yang cukup baik terutama buat mereka yang tahu akan kepentingan untuk khusyuk di dalam sholat.

Versi buku Bio Mekanik Sholat telah berada lama di dalam pasaran, malah sudah dicetak sebanyak lapan kali! Jadi, ia boleh dianggap satu buku yang laris dan mendapat permintaan yang tinggi.
Tips dan Kaedah Khusyuk Sholat
Memandangkan adakala versi cetakan agak sukar untuk dapat di kedai-kedai buku, maka versi digital diterbitkan untuk membolehkan lebih ramai mengorek rahsia, tips serta kaedah untuk khusyuk di dalam sholat. Semoga dengan cara ini lebih ramai antara umat Islam, kaum muslimin muslimat ambil peluang untuk belajar kaedah terbaik untuk berada khusyuk di dalam sholat.

Kepada mereka yang berminat nak membeli ebook Bio Mekanik Sholat, anda boleh dapatkan menerusi pautan berikut: http://bit.do/biomekaniksholat

Preview Percuma Ebook Bio Mekanik Sholat

Saya juga ada preview copy percuma untuk sesiapa yang berminat nak dapatkan sekilas pandang mengenai isi kandungan ebook panduan Bio Mekanik Sholat ini. Berminat untuk muat turun percuma preview copy ini? Sila isikan nama dan email di dalam ruangan di bawah ini dan klik 'Saya Mahu'. In Sha Allah, pautan muat turun akan diberikan sebaik sahaja anda sahkan email anda.







Semoga perkongsian ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk membolehkan diri kita semua, terutama muslimin muslimat mendapat redha Allah S.W.T.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas, dan doa yang tidak dikabulkan.

 

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Terima kasih. Jangan lupa download ebook tu.

      Delete
  2. Salah satu cara nak praktikkan khusyuk dalam solat mengetahui apa yang dibaca. Saya sendiri pun memang susah hendak dapatkan khusyuk itu. Tetapi, kena usaha dan berdoa lebih sentiasa supaya khusyuk ketika solat

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah ilmu dipagi hari ni. Lepas ni berusaha untuk kusyuk dalam solat walaupun agak sukar. Yeahhh

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah sama-sama kita beramal dengan ilmu yang disampaikan. Terima kasih HH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement