Tetapi ada teknik SEO yang digunakan telah 'terlebih' buat, atau dengan kata lain over-optimised sehingga menyebabkan entri tersebut dianggap sebagai entri sampah. Saya sendiri pernah alami keadaan ini di mana entri Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan yang awalnya mendapat rank #1 di Google Malaysia tetiba tertendang ke page kedua enjin carian tersebut. Begitu juga untuk entri Buat Duit di iLancee.com yang pernah berada top rank di enjin carian Google.
Tips Menggunakan Kata Kunci Untuk SEO
Ok. Mari sama-sama lihat dan semak kembali teknik SEO yang sepatutnya digunakan untuk kata kunci.
Kata Kunci Pada URL
Perletakkan kata kunci pada URL entri memang antara teknik yang sangat membantu untuk membolehkan entri berada top rank di enjin carian.Kata Kunci Pada Tag Tajuk Entri
Tajuk entri perlu ada kata kunci yang mahu diindeks dalam enjin carian. Ini merupakan isyarat yang sangat-sangat kuat supaya entri tersebut dapat berada top di enjin carian.Kata Kunci Pada Deskripsi Meta
Walaupun ada yang kata ia tidak penting, namun ia bagus untuk menerangkan secara sinopsis apa yang terkandung di dalam sesebuah entri. Keperluan meletakkan kata kunci di dalam deskripsi meta dianggap satu teknik positif untuk SEO. Namun, amat digalakkan agar kata kunci divariasikan pada deskripsi meta.Kata Kunci Pada H1, H2 dan H3 Tag
Di dalam sebuah struktur entri SEO, ia perlu ada H1, H2 dan H3 tag. H di sini bermaksude header atau kepala tajuk. H1 adalah tajuk besar, H2 adalah tajuk kecil bawah tajuk H1 dan begitulah seterusnya. Namun, dinasihatkan agar pada tajuk H2 dan seterusnya, ia tidak menggunakan kata kunci yang sama dengan H1, adalah lebih baik ia ditambah dengan ayat-ayat lain atau divariasikan maksud perkataan kata kunci tersebut.Kata Kunci Dalam Kandungan Entri
Letakkan kata kunci yang mahu digunakan di dalam kandungan entri itu tidak lebih dari 5 kali - bergantung dengan jumlah perkataan atau panjangnya entri tersebut. Untuk entri yang ditulis dalam lingkungan 300 - 500 patah perkataan, cukup hanya mengulangi kata kunci sebanyak 5 kali sahaja.Tetapi, adakalanya sebuah entri tersebut telah tepati ciri-ciri di atas tetapi gagal untuk berada di halaman utama enjin carian. Antara penyebab kesan tersebut ialah kegagalan blog untuk muncul dalam masa kurang 5 saat, malah ada yang kata kandungan blog perlu muncul kurang dari 3 saat.
Dah Cukup Syarat Kata Kunci Tetapi Gagal Berada Dalam Rank Terbaik?
Ia penting kerana masa loading inilah yang membezakan perlakuan sesebuah robot enjin carian untuk gelintar kandungan blog anda. Seandainya masa diambil terlalu lama untuk loading, maka enjin carian akan meletakkan entri tersebut di tangga ke bawah, tetapi masih lagi relevan untuk carian dan diberikan rank yang agak baik. Ia akan membezakan loading blog dengan kata kunci yang sama - mana blog yang gunakan kata kunci sama tetapi loading blog lebih pantas akan diberikan keutamaan.Semoga tips menggunakan kata kunci untuk SEO ini difahami dengan jelas, dan dapat dimanfaatkan oleh blogger Malaysia yang mahu dapatkan trafik menerusi kaedah ini.