6 teknik patut anda elakkan bila menggunakan Google Adsense di dalam blog anda. Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang sudah memiliki akaun Google Adsense, dan meletakkan kod Adsense di dalam blog berbahasa Melayu. Tetapi awas, jangan sampai blog anda kena blocked oleh Google Adsense kerana langgar terma dan polici pengiklanan mereka. Anda patut tahu mengenai enam teknik yang tidak seharusnya anda lakukan apabila menggunakan platform pengiklanan Google Adsense ini.

Adsense memang cerewet. Ini adalah kerana ada pengiklan yang membayar agak mahal untuk iklan dipaparkan menerusi Adsense. Jadi, untuk menjaga pelanggan dan pengiklan mereka, Adsense mengeluarkan polisi yang sangat ketat, dan berharap semua pemilik laman web serta blog patuhi syarat, terma dan polici yang telah disediakan. Ia juga salah satu cara untuk Google Adsense bersikap adil kepada mana-mana pemilik akaun Google Adsense mendapat income sepatutnya (bukan cara menipu).
6 Teknik Patut Dielakkan Bila Guna Google Adsense

6 Teknik Patut Dielakkan Bila Guna Google Adsense

Jadi, apakah enam teknik yang patut anda elakkan (digunakan) di dalam blog?

Iklan Adsense Halimunan

Sorok iklan Adsense dari kelihatan di dalam blog (tetapi menggunakan kod Adsense). Ada blog yang gunakan kod Adsense di dalam blog mereka, tetapi iklan Adsense tidak kelihatan. Memandangkan Adsense membayar bersandarkan kepada jumlah view atau impression, teknik ini sangat dilarang oleh Google.

[ads] Baca dan praktikkan teknik Jana Wang Adsense yang betul untuk memaksimakan income blog menerusinya.

Ada juga blog yang tidak paparkan iklan Adsense di mata pengunjung dan pembaca blog, tetapi kelihatan halimunan sehingga ada iklan tersebut diklik tanpa sedar oleh pengunjung blog. Jadi, satu penipuan klik telah dilakukan.

Iklan Adsense boleh tidak kelihatan jika diimplementasi paparan blog secara responsive di mana blog punyai kod iklan Google, tetapi ia dinyahaftif bila berada di dalam mode mobile - seperti kebanyakkan blog blogspot. Blog yang mempunyai kod responsif boleh ubahsuai paparan iklan Google Adsense asalkan tidak langgar terma dan syarat.

Meletakkan Kod Iklan Adsense Yang 'Tutup' Kandungan Blog

Ada blog yang meletakan kod iklan Adsense ini sehingga ganggu pembacaan di dalam blog. Ia menutup kebolehan pengunjung dan pembaca untuk baca isi kandungan blog, samada menerusi iklan yang keluar semasa blog sedang loading, atau ketika sedang membaca entri.

Google Adsense tidak benarkan anda melakukan teknik ini kerana ia akan menjerat pengunjung dan pembaca untuk klik iklan tersebut walaupun mereka tidak berminat untuk mengetahuinya. Jadi, penipuan klik berlaku menerusi teknik ini.

Memaksa Paparan Iklan Google Adsense Muncul Lebih 3 Lokasi

Google sangat mahukan blog yang berkualiti dari segi konten, jadi adalah tidak bagus jika konten yang berkualiti diganggu oleh lambakan iklan. Jadi, menjadi satu kesalahan buat pemilik laman web dan juga blog untuk meletakkan lebih daripada 3 jenis unit iklan Adsense pada satu-satu laman atau post entri. Apatah lagi gunapakai teknik yang memaksa iklan itu dipaparkan berulangan di dalam page yang sama (iklan sama di atas, bawah, tepi)

Memanipulasi Perletakkan dan Penyasaran Iklan

Penggunaan kata kunci disembunyikan (tulisan kata kunci tidak kelihatan atau berwarna putih sehingga nampak tidak kelihatan) di dalam entri blog adalah sangat dilarang. Ia dianggap cuba memanipulasi paparan dan jenis iklan yang akan keluar.

Teknik ini akan menyebabkan iklan yang tidak ada kaitan dengan konten laman web mahupun blog dipaparkan. Ia menjadi tidak relevan, dan kos paparan iklan yang keluar ini akan merugikan pihak pengiklan di dalam Google.

Manipulasi kod iklan Adsense ini termasuklah juga penggunaan iFrame atau mana-mana teknik yang berkaitan memanipulasi kata kunci.

Menggunakan Kod Iklan Adsense Dalam Email dan Perisian

Adalah dilarang untuk meletakkan iklan Google Adsense di dalam email dan juga di dalam perisian yang diberikan atau dijual kepada pelanggan (melainkan ia adalah pemilik akaun premium Adsense).

Contohnya, anda ada perisian atau ebook yang diberikan percuma kepada pembaca dan pengunjung blog anda. Adalah dilarang sama sekali untuk letakkan kod Adsense di dalam perisian dan ebook tersebut.

Iklan Terapung atau Iklan Sliding

Dua jenis teknik perletakkan iklan yang dilarang di dalam Google Adsense. Adalah menjadi satu kesalahan meletakkan kod Google Adsense atau unit iklan Adsense menggunakan teknik iklan terapung atau iklan sliding.

Teknik yang cuba untuk memaksa pengunjung dan pembaca blog mengalihkan perhatian terhadap kandungan blog atau laman web ini adalah bersalahan dengan polisi yang disediakan oleh Adsense.

Anda boleh rujuk - https://support.google.com/adsense/answer/2576043?hl=en

Semoga bermanfaat.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Google memang terkenal dengan syarat ketat tetapi berbaloi dapat bekerjasama dengan mereka.

    BalasPadam
  2. Saya nak jual blog bahasa melayu saya, dah boleh letak iklan Google Adsense.. Blog Arena Permotoran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh nak jual berapa RM tu?

      Padam
    2. Tak mahal sangat, boleh wasap saya untuk perbincangan harga 01132592663..

      Padam
  3. Bagus gak Google adsense ni sediakan polisi macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm Google nak jaga pengiklan, dan dia nak juga pemilik blog jana income yang betul dari blog. Bukan secara main letak sahaja, kualiti konten blog perlu dijaga.

      Padam
  4. tak reti nak letak dalam blog huhuhuhuu T____________T

    BalasPadam
  5. betul..khaty pun belum diterima lagi..

    BalasPadam
  6. Yg imej boleh buat 4 dan teks blh 3 bagi blogspot...kalau tak silap saya le..

    BalasPadam
  7. Berdasarkan pengalaman.. Saya rasa 3 ads yang tak boleh letak tu berdasarkan saiz yang sama. Sebab blog saya pernah kena banned sebelum ini atas alasan ads unit dengan size yg sama ada lebih 3 ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Saiz ads yang SAMA memang tak boleh letak lebih daripada 3.

      Padam
  8. saya baru dapat akaun google adsense di blog saya..harapnya xde la yang pelik pelik berlaku hehe..

    BalasPadam
  9. sya dah letak.pada mula AdSense muncul.lps tu hilang..x nmpk...huhu...nsa cri jalan penyelesaian..mcmmana..tolon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu adalah perkara normal .. selagi anda tidak terima sebarang email daripada pihak Google Adsense mengenai pelanggaran apa2 terma, jadi akaun anda masih selamat.

      Iklan tidak keluar bukan salah apa-apa, cuma tak ada iklan yang sesuai yang boleh dipaparkan di blog sahaja.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement