Kisah pertemuan saya dengan wife dah ada diceritakan di awal-awal saya berblog, tetapi mungkin post tu dah ke laut, saya sendiri pun tak pasti apa tajuknya. Mungkin ada diselit-selit kat mana-mana. Apapun, kisah pertemuan saya dengan wife tidaklah semenarik mana, tapi in Sha Allah, saya kongsikan mana yang difikir relevan untuk menjawab pertanyaan rakan blogger +Saidila Abdul Rahman (dila79inperson.blogspot.com)
Blogger Bertanya Kisah Saya Bertemu Jodoh Dengan Isteri
Saya mulakan langkah untuk mengorat wife saya sebaik sahaja tamat belajar di tingkatan lima. Nak dijadikan cerita, saya telah senyap-senyap 'mencuri' alamat rumah isteri saya yang ketika itu tinggal di Sungai Besar,
Zaman Autograph
Haha. Mesti ada yang tidak tahu bab buku 'autograph' ni. Zaman sekolah saya memang popular buku ni. Selalunya pelajar perempuan tingkatan lima akan ada buku ni. Bila sampai hujung-hujung penggal sebaik tamat SPM, maka mulalah beredar buku autograph siap dihias cantik. Masing-masing akan tulis kata-kata perpisahan dan semangat di dalam buku tu. Pelajar lelaki jarang buat, cuma kalau ada pun, guna majalah sekolah je untuk turunkan tandatangan.Selepas tamat SPM 93, saya kemudian mengutus surat dan poskad kepada wife saya menerusi alamat di Sungai Besar. Masa tu, saya tak ada clue pun bahawa wife saya sudah berpindah ke Parit, Perak. Jadi, apa yang saya buat selepas SPM untuk mengorat memang tak kesampaian.
Makanya, semasa buat pertemuan reunion itulah, saya diketemukan kembali dengan wife. Tetapi, langkah saya nak mengorat tak dipanjangkan disebabkan ketika itu saya telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis dari Kelantan .. auwww .. haha .... sysss ..
Kemudian, saya pun tamat belajar dan habiskan pengajian dalam bidang kejuruteraan perisian (Sains Komputer).
Ntah macamana, saya dipertemukan kembali dengan wife saya di Ipoh. Sebelum itu, saya pernah bertunang tetapi jodoh tidak panjang - juga dengan rakan sekolah.
Perhubungan dengan wife saya jadi serius selepas kami sama-sama hadir ke reunion sekolah yang dibuat di Port Dickson. Ketika itu, tiada siapa pun di kalangan rakan-rakan sekolah yang tahu bahawa saya dengan wife sedang mula nak bercinta.
Saya dah wife bercinta tidak lama, kurang lebih dalam setahun. Selepas ayah saya meninggal dunia, saya ambil keputusan untuk bernikah dengan wife saya. Saya hanya bawa wife saya bertemu dengan famili tidak lebih 3 kali. Sekali semasa hari raya, kali kedua semasa ayah saya di hospital ..kali ketiga saya dah lupa.
Tersilap Rumah Di Malam Pernikahan
Yang paling saya ingat ialah di malam hari pernikahan saya, di mana saya hampir tersilap rumah. Almaklumlah, mana pernah pergi rumah anak dara memalam, jalan siang pun tak hafal apatah lagi malam. Nasib baik ada orang kampung yang beritahu bahawa rombongan saya tu dah tersilap rumah."Ehh encik silap rumah ni, tok khadi baru je selesai buat akad nikah ..." kah kah .. nak gelak balik bila ingat cerita ini. Rupanya rumah wife saya yang beberapa meter sahaja dengan rumah pengantin pertama tadi, nasib baiklah rombongan saya tak sempat masuk perkarangan rumah, kalau tak mau malu juga.. hahahaha.
Alhamdulillah, saya dan wife sudah berkahwin lebih 10 tahun. Kami berdua dikurniakan 3 orang cahayamata, semuanya bermula dengan H seperti mana nama kami.
Hasif Amri, Hasif Aqwa Zikri dan Haseena Humaira.
In Sha Allah, saya akan jawab beberapa lagi soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan blogger yang lain.
Oh ya, cubalah baca blog dila79inperson.blogspot.com yang ada kisah menarik mengenai Pos Malaysia yang didakwa tidak jujur dan amanah, mungkin ada pengajaran terbaik boleh anda dapat menerusi entri tersebut.
p.s: Maaf sebab saya letak gambar tak relevan dengan cerita, segan nak letak gambar awek lama, dengan gambar nikah .. hoho .. nak tengok . kena datang rumah saya lah ye ..
saya pernah jugak mengutarakan soaalan sama kat facebook bro tempoh hari..dah tahu jawapan sudah
BalasPadamHmm sg besar dalam daerah sabak bernam tuan.. Huhu
BalasPadamHmm sg besar dalam daerah sabak bernam tuan.. Huhu
BalasPadamTahun 93? Makaihhh.. masa tu aisyah baru 5 tahun kot..heheheh...
BalasPadammenarik :) hehehe. Tapi pelik sbb boleh tersesat rumah pulak, wakaka. Buku autograph tu dulu sy ada buat masa darjah 6, tpi mana ntah buku tu. Ada sorang kawan ni dia masih simpan lagi buku tu, kenangan sekolah rendah
BalasPadamTeringat kenangan dengan seseorang.. sayang.. jodoh tak kesampaian.. :(
BalasPadamWow sungguh menarik bro HH :)..
BalasPadamamboii.. x sangka ada secret admire.. =) semoga bahagia hingga ke syurga bro hh & isteri
BalasPadamAssalamualaikum tuan.sbenarnya suami saya dah lama suruh saya tanya tuan adakah tuan x USM juga? Suami kata muka tuan macam membernya d usm nama pun sama.Dari tahun 2011 klu x silap.tahun 2013 suami suruh sampaikan salam kat tuan tp saya malu nak tulis. :)...
BalasPadamApabila baca entry ni benarlah tuan x USM....
Saya salah seorang silent reader blog tuan. :)
BalasPadamsweetnya >.<
BalasPadamlamanya korang kekal. dari sekoloah mengah tu. haha terbaik sgttt
BalasPadameehh..sungai besar rumah saya tu...haha..semoga kekal bahagia sehingga ke jannah..
BalasPadamWah romantis sungguh citer bro HH kita..itulah kata orang, kalau ada jodoh, akhirnya bertemu juga...semoga bro sekluarga bahagia dunia dan akhirat...
BalasPadamWow! romantik jugak abam kita ni..haha adeh saya pun tak berani nak curi2 alamat ni, curi2 mintak no telefon berani la..
BalasPadamKisah bro ni sangat sangat sweet, ada jodoh, pi dok London pun tetap jumpa kalau balik Malaysia. eh
Bro HH,
BalasPadamRupa2nya kita sebaya :-)
mmg zaman tu kebanyakkan student perempuan ada buku autograph, masa last sekolah lepas SPM 93, jenuh menulis autograph depa ni sorang2 haha
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.