Ada blogger bertanya, bagaimana saya bertemu dengan isteri saya sekarang? Sebenarnya saya malas nak cerita bab perkahwinan saya dalam blog sebab ia dianggap peribadi, tetapi tak mengapalah kot; saya cuba cerita ringkas-ringkas je la ehh.

Kisah pertemuan saya dengan wife dah ada diceritakan di awal-awal saya berblog, tetapi mungkin post tu dah ke laut, saya sendiri pun tak pasti apa tajuknya. Mungkin ada diselit-selit kat mana-mana. Apapun, kisah pertemuan saya dengan wife tidaklah semenarik mana, tapi in Sha Allah, saya kongsikan mana yang difikir relevan untuk menjawab pertanyaan rakan blogger +Saidila Abdul Rahman (dila79inperson.blogspot.com)

Blogger Bertanya Kisah Saya Bertemu Jodoh Dengan Isteri

Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri
Saya mengenali wife saya semenjak di bangku sekolah menengah. Saya pernah menaruh hati pada wife saya tetapi saya jenis yang suka dok diam-diam. Secret admire gitu ...haha. Lagipun, zaman sekolah bukan waktu sesuai untuk bercinta, apatah lagi saya dengan isteri berada di sebuah sekolah berasrama penuh yang sama.

Saya mulakan langkah untuk mengorat wife saya sebaik sahaja tamat belajar di tingkatan lima. Nak dijadikan cerita, saya telah senyap-senyap 'mencuri' alamat rumah isteri saya yang ketika itu tinggal di Sungai Besar, Kuala Selangor Sabak Bernam. Saya dapat alamat menerusi majalah sekolah yang saya terbabit secara tidak langsung, kemudian saya sahkan alamat yang saya dapat itu dari buku 'autograph'.

Zaman Autograph

Haha. Mesti ada yang tidak tahu bab buku 'autograph' ni. Zaman sekolah saya memang popular buku ni. Selalunya pelajar perempuan tingkatan lima akan ada buku ni. Bila sampai hujung-hujung penggal sebaik tamat SPM, maka mulalah beredar buku autograph siap dihias cantik. Masing-masing akan tulis kata-kata perpisahan dan semangat di dalam buku tu. Pelajar lelaki jarang buat, cuma kalau ada pun, guna majalah sekolah je untuk turunkan tandatangan.

Selepas tamat SPM 93, saya kemudian mengutus surat dan poskad kepada wife saya menerusi alamat di Sungai Besar. Masa tu, saya tak ada clue pun bahawa wife saya sudah berpindah ke Parit, Perak. Jadi, apa yang saya buat selepas SPM untuk mengorat memang tak kesampaian.
Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri
Saya sambung belajar ke USM. Semasa di tahun ketiga pengajian, batch sekolah kami buatlah reunion kecil-kecilan. Ketika itu, saya sedang menjalani praktikal di Menara Maybank. Syok dapat praktikal di Menara Maybank, hanya pelajar-pelajar tajaan Maybank sahaja dapat jalani praktikal di situ. Satu pengalaman yang unik di samping dapat bertemu dengan amoi-amoi jelita lagi seksi serta gadis-gadis front desk Maybank yang semuanya ayu-ayu menawan .. hoho.

Makanya, semasa buat pertemuan reunion itulah, saya diketemukan kembali dengan wife. Tetapi, langkah saya nak mengorat tak dipanjangkan disebabkan ketika itu saya telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis dari Kelantan .. auwww .. haha .... sysss ..

Kemudian, saya pun tamat belajar dan habiskan pengajian dalam bidang kejuruteraan perisian (Sains Komputer).

Ntah macamana, saya dipertemukan kembali dengan wife saya di Ipoh. Sebelum itu, saya pernah bertunang tetapi jodoh tidak panjang - juga dengan rakan sekolah. 

Perhubungan dengan wife saya jadi serius selepas kami sama-sama hadir ke reunion sekolah yang dibuat di Port Dickson. Ketika itu, tiada siapa pun di kalangan rakan-rakan sekolah yang tahu bahawa saya dengan wife sedang mula nak bercinta.

Saya dah wife bercinta tidak lama, kurang lebih dalam setahun. Selepas ayah saya meninggal dunia, saya ambil keputusan untuk bernikah dengan wife saya. Saya hanya bawa wife saya bertemu dengan famili tidak lebih 3 kali. Sekali semasa hari raya, kali kedua semasa ayah saya di hospital ..kali ketiga saya dah lupa.
Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri

Tersilap Rumah Di Malam Pernikahan

Yang paling saya ingat ialah di malam hari pernikahan saya, di mana saya hampir tersilap rumah. Almaklumlah, mana pernah pergi rumah anak dara memalam, jalan siang pun tak hafal apatah lagi malam. Nasib baik ada orang kampung yang beritahu bahawa rombongan saya tu dah tersilap rumah.

"Ehh encik silap rumah ni, tok khadi baru je selesai buat akad nikah ..." kah kah .. nak gelak balik bila ingat cerita ini. Rupanya rumah wife saya yang beberapa meter sahaja dengan rumah pengantin pertama tadi, nasib baiklah rombongan saya tak sempat masuk perkarangan rumah, kalau tak mau malu juga.. hahahaha.

Alhamdulillah, saya dan wife sudah berkahwin lebih 10 tahun. Kami berdua dikurniakan 3 orang cahayamata, semuanya bermula dengan H seperti mana nama kami.

Hasif Amri, Hasif Aqwa Zikri dan Haseena Humaira.
Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri
Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri
Wife saya cukup hebat orangnya. Saya sendiri banyak belajar mengenai pengalaman hidup darinya. Wife saya bukan dari kalangan keluarga yang senang, kisah perit hidup keluarganya membuatkan saya kagum, respect dan menyanyanginya. Arwah ibunya meninggal kerana kanser, dan wife saya adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga. Jadi, agak berat juga apabila terpaksa menjadi pengganti 'ibu' di kalangan keluarga yang semuanya lelaki.

Haseena Humaira
Itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana saya bertemu dengan isteri saya, walaupun banyak cerita yang saya skip, tetapi rasanya ia memadai untuk menjawab pertanyaan rakan blogger dalam Soalan Buat Bro HH.

In Sha Allah, saya akan jawab beberapa lagi soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

Oh ya, cubalah baca blog dila79inperson.blogspot.com yang ada kisah menarik mengenai Pos Malaysia yang didakwa tidak jujur dan amanah, mungkin ada pengajaran terbaik boleh anda dapat menerusi entri tersebut.

p.s: Maaf sebab saya letak gambar tak relevan dengan cerita, segan nak letak gambar awek lama, dengan gambar nikah .. hoho .. nak tengok . kena datang rumah saya lah ye .. 


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pernah jugak mengutarakan soaalan sama kat facebook bro tempoh hari..dah tahu jawapan sudah

    ReplyDelete
  2. Hmm sg besar dalam daerah sabak bernam tuan.. Huhu

    ReplyDelete
  3. Hmm sg besar dalam daerah sabak bernam tuan.. Huhu

    ReplyDelete
  4. Tahun 93? Makaihhh.. masa tu aisyah baru 5 tahun kot..heheheh...

    ReplyDelete
  5. menarik :) hehehe. Tapi pelik sbb boleh tersesat rumah pulak, wakaka. Buku autograph tu dulu sy ada buat masa darjah 6, tpi mana ntah buku tu. Ada sorang kawan ni dia masih simpan lagi buku tu, kenangan sekolah rendah

    ReplyDelete
  6. Teringat kenangan dengan seseorang.. sayang.. jodoh tak kesampaian.. :(

    ReplyDelete
  7. amboii.. x sangka ada secret admire.. =) semoga bahagia hingga ke syurga bro hh & isteri

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum tuan.sbenarnya suami saya dah lama suruh saya tanya tuan adakah tuan x USM juga? Suami kata muka tuan macam membernya d usm nama pun sama.Dari tahun 2011 klu x silap.tahun 2013 suami suruh sampaikan salam kat tuan tp saya malu nak tulis. :)...
    Apabila baca entry ni benarlah tuan x USM....

    ReplyDelete
  9. Saya salah seorang silent reader blog tuan. :)

    ReplyDelete
  10. lamanya korang kekal. dari sekoloah mengah tu. haha terbaik sgttt

    ReplyDelete
  11. eehh..sungai besar rumah saya tu...haha..semoga kekal bahagia sehingga ke jannah..

    ReplyDelete
  12. Wah romantis sungguh citer bro HH kita..itulah kata orang, kalau ada jodoh, akhirnya bertemu juga...semoga bro sekluarga bahagia dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  13. Wow! romantik jugak abam kita ni..haha adeh saya pun tak berani nak curi2 alamat ni, curi2 mintak no telefon berani la..

    Kisah bro ni sangat sangat sweet, ada jodoh, pi dok London pun tetap jumpa kalau balik Malaysia. eh

    ReplyDelete
  14. Bro HH,
    Rupa2nya kita sebaya :-)
    mmg zaman tu kebanyakkan student perempuan ada buku autograph, masa last sekolah lepas SPM 93, jenuh menulis autograph depa ni sorang2 haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement