Saya difahamkan kebanyakan harga kereta terutama merangkumi semua model kereta dipasang siap sepenuhnya (CBU) dan komponen terurai (CKD) akan turun harga. Begitu juga dengan kereta keluaran Nasional seperti model dari Perodua dan Proton.
Sebelum ini, saya ada kongsikan price-list harga kereta baru sebelum dan selepas GST. Harga yang dipaparkan ialah harga kereta untuk model Peugeot 308. Price-list tersebut adalah perkongsian rakan blogger saya iaitu Paultan.org.
Harga Kereta Baru Terkini Selepas GST
Kali ini, saya mahu kongsikan harga kereta selepas GST bagi model keluaran Ford, Nissan dan juga Subaru yang kebanyakkan modelnya adalah model-model CBU dan CKD.Harga Kereta Terkini Model Ford Selepas GST
Harga Kereta Terkini Model Nissan Selepas GST
Harga Kereta Terkini Model Subaru Selepas GST
Harga Kereta Terkini Model Mitsubishi Selepas GST
Harga kereta bagi keluaran Mitsubishi juga turut turun dengan harga baru untuk model berikut:
- Model Mirage GS - RM63,740 (-RM200) berbanding harga asal RM63,940.
- Model Pajero - RM289,177 (-RM2,000) berbanding harga asal RM291,177.
Harga Terbaru Kereta Proton, Honda dan Toyota Selepas GST
Harga untuk model Proton pula turun sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.Senarai harga OTR - harga atas jalan buat semua model kereta Proton boleh anda dapati di sini - Senarai Harga Kereta Proton (OTR) Semua Model Bermula 1 April 2015
Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.
Manakalan pihak UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan hingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.
Bagaimana nak cari kerja kosong secara sambilan dengan mudah? Dan dibayar dalam USD? - Dapatkan kerja kosong dari rumah menerusi TaskV.com
Apapun, harga-harga kereta terkini akan hanya akan dapat diketahui secara rasmi menerusi price-list yang akan dikeluarkan oleh setiap pengeluar, pengimport kereta di premis-premis niaga mereka. Anda bolehlah jadikan paparan di atas sebagai rujukan untuk dijadikan perbandingan.
Harga disebutkan di atas tidak termasuk insuran yang dijangka naik selepas GST diperkenalkan.
Kredit: Paultan.org
Harga kereta turun tp insuran naik,mcm xde bezanya..hehe
ReplyDeleteHmm .. betul. Kena bijak pilih insuranlah lepas ni.
DeleteMacam takder effect je harga baru dengan GST ni..lain la kalau ada penurunan harga yang banyak..pengguna nak kena cover insurans dengan road tax lagi
ReplyDeleteUntuk harga keta recond macamana pulak ye..?
ReplyDeleteRasanya Sham, harga mungkin tertakluk pada cukai GST alat-alat ganti tu, mungkin naik kot. Tak berapa sure.
DeleteYa betul..harga perodua pun turun :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.