Iklan-iklan di media masa perdana, media cetak, termasuklah media online menerusi platform pengiklanan Innity, Komli serta Adsense dah berkelip-kelip dengan pelbagai tawaran menarik daripada syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia. Semuanya mahu memancing pengguna yang mahukan pakej internet murah lagi berbaloi; sepertimana yang telah diwar-warkan oleh kerajaan.
Jangan Sampai Kena Tipu Pakej Internet
Namun awas, jangan sampai kena tipu dengan pakej internet yang indah khabar dari rupa.Saya baru-baru ini bercerita dan berkongsi mengenai bil Streamyx baru selepas GST yang telah saya terima. Secara peribadi, saya memang tidak seronok melihat bil Streamyx yang tertera. Mana tidaknya, selepas GST, saya terpaksa bayar lebih mahal - walaupun ada yang kata peningkatan itu nampak tidak terlalu ketara.
Saya agak kecewa sebenarnya. Sebagai salah seorang pengguna setia jalur lebar bersama TM, saya mengharapkan harga untuk servis dan perkhidmatan jalur lebar internet akan jadi lebih murah selepas GST, tetapi ianya tidak berlaku. Namun begitu, tidaklah sampai ke satu tahap di mana saya mahu tutup akaun dan bertukar ke syarikat telekomunikasi yang lain untuk perkhidmatan yang lebih baik.
Negara Makin Maju - Caj Servis Jalur Lebar Patut Lebih Murah!
Sebagai sebuah negara yang kian maju, sepatutnya caj servis perkhidmatan untuk jalur lebar internet adalah makin murah sejajar dengan realisasinya Wawasan 2020, dan ke arah proses negara maju. Apa yang saya lihat ialah, semakin maju negara, semakin tertekan pula hidup rakyatnya.Saya mulanya agak seronok apabila ada menteri mengatakan bahawa harga untuk pakej perkhidmatan jalur lebar akan jadi lebih murah, namun tetiba rasa kecewa apabila difahamkan bahawa perkara itu hanya akan berlaku di dalam bulan Jun 2015.
Aduh. Naik harga barang bukan main cepat, tapi nak dapatkan harga murah, harga turun kena tunggu-tunggu pula. Kasihan dan sedih rasanya menjadi rakyat Malaysia dulu kini dan selamanya.
Dalam rasa terdesak mencari pakej internet yang lebih berbaloi dengan apa yang ada sekarang, maka sentimen kekecewaan itu boleh mempengaruhi untuk saya menukar penyedia perkhidmatan internet jalur lebar.
Makanya, bermulalah perang minda dan rasa apabila melihatkan pakej-pakej tawaran menarik mengenai servis internet jalur lebar. Lebih banyak mencari, maka lebih banyak pula pilihan dibentangkan depan mata menerusi iklan-iklan remarketing yang digunakan. Sekejap nampak pilihan A dari syarikat Telco M, sekejap nampak pilihan B dari syarikat Telco C, pastu balik-balik semula nampak tawaran daripada TM Streamyx sendiri yang tidak mahu kehilangan pelanggan sedia ada.
Merata nampak iklan remarketing ini, ada yang keluar menerusi Google Adwords, ada yang keluar menerusi tips Facebook Ads, ada yang keluar semasa menaip di enjin carian Google ... bak kata orang IM lelama, ia macam iklan berhantu yang menghantui setiap gerak langkah apabila sedang online di komputer sendiri.
[+] Nak tahu strategi iklan berhantu yang dimaksudkan? Klik pada pautan ini - Instant Retargeter
Nasib baiklah saya bukan jenis yang mudah terpedaya (alhamdulillah). Saya tidak mahulah sampai kena tipu dengan pakej internet yang ada. Nampak dari ayat iklan macam best, tetapi apabila dah klik pada tawaran yang terpampang, rupanya jauh panggang dari api.
5 Tips Memilih Pakej Internet
Nasihat untuk diri sendiri bagi mengingati, juga mungkin untuk rakan-rakan dan para pengunjung blog ini semuanya; jangan sampai kena tipu dengan tawaran pakej internet yang semakin hari semakin mengiurkan. Apatah lagi apabila sudah diwarkan satu Malaysia bahawa pakej internet jalur lebar akan jadi lebih murah sehingga 57% daripada harga sebelum GST.Cuba lihat dengan teliti bab-bab berikut apabila mahu mendapatkan perkhidmatan dan servis internet jalur lebar.
- Harga pakej secara keseluruhan. Bukan harga pengenalan, harga tawaran atau harga diskaun. Maksud saya, berapa harga sebenar pakej internet tersebut selepas harga pengenalan dan harga tawaran yang diberikan. Jangan sampai awal je senyum, tetapi kemudian derita nak membayar servis tersebut, selepas tamat tempoh tawaran harga yang diperkenalkan itu.
- Kuota internet jalur lebar. Ramai pengguna perkhidmatan jalur lebar yang kurang ambil peduli mengenai kuota. Apa yang mereka nampak hanyalah kelajuan. Internet laju lebih best, tetapi buat apa laju jika kuotanya terhad untuk 1Gb? Lepas itu, kena caj tambahan yang harganya lebih derita nak membayarnya.
- Kelajuan pakej internet jalur lebar. Salah satu aspek memilih pakej internet jalur lebar. Walaupun pakej tersebut diberikan akses tanpa had, tanpa kuota; kena lihat juga pada kelajuan yang ada. Jika dah semput-semput, tak ada gunanya melanggan, ianya akan hanya menyakitkan hati. Bila dah sakit hati, mulalah rasa mahu tutup akaun. Malang tidak berbau, mahu tutup akaun, kena penalti dan caj tambahan. Rupanya ada kontrak penggunaan. Naya nanti.
- Kontrak penggunaan. Salah satu aspek yang kena ambil peduli bila nak dapatkan pakej internet jalur lebar. Anda kena perhatikan kontrak penggunaan. Lihat dengan teliti sebab setiap servis dan perkhidmatan internet jalur lebar akan nyatakan perkara ini. Jangan sampai anda masuk jerat sendiri hanya kerana terpikat dengan tawaran-tawaran yang disajikan kepada anda.
- Kawasan coverage. Tak guna ada pakej jalur lebar laju berdesup tanpa had limit jika anda hanya boleh gunakan ia untuk kawasan-kawasan terpilih sahaja.
Apapun, saya harap perkongsian sedikit sebanyak ini dapat bantu diri saya dan anda sebagai pengguna internet - khususnya pelanggan-pelanggan perkhidmatan internet jalur lebar mengelak diri dari terpedaya dengan pakej internet yang semakin menjadi-jadi. Jangan sampai kena tipu hanya kerana kita lihat sekali imbas bahawa inilah pakej internet paling murah, paling berbaloi, paling laju, paling tip top di Malaysia walhal hakikatnya ada udang di sebalik Mee Udang Salleh Stall Kuala Sepetang .. hoho.
Semoga dimanfaatkan sebaiknya, in Sha Allah.
ada yang menawarkan terpantas tetapi terpantas juga menghabiskan kouta data internet
ReplyDeleteHaha. Ramai yang terkena dengan tawaran beremosi seperti ini.
Deletekita sebagai pengguna kenalah bijak memilih pakej yang bersesuaian dengan kemampuan dan penggunaan kita..
ReplyDeleteSaya pun tgh mcari2 internet terbaik utk kegunaan drumah since streamyx xmasuk lg d kawasan perumahan kami..btul,klu internet laju, murah tp coverage pula xda, sma jugala ceritanya
ReplyDeleteKena baca pakej dia betul2 sebelum membuat keputusan. Nanti kalau dah langgan, nak terminate jadi masalah pula .. melainkan guna prepaid ...
DeleteSaya pun stress jugak ni sebab kali ni kena bayar lebih mahal berbanding sebelum ni untuk langgan internet
ReplyDeletepakej biasanya tidak kena dengan kemahuan pelanggan, speed laju manapun kalau kuota ciput tak guna juga
ReplyDeletecoverage tu pilihan pertama....heee. kalau takde coverage apa pun tak boleh/tak guna, pastikan ada dan steady kat banyak tempat kita biasa pergi atau balik kampung.
ReplyDeleteSaya juga telah tertipu dan byk caj terselindung yg dikenakan oleh telco2 di Malaysia ni.. Lepas tukar pakai OneXOX sgt jimat dan ia adalah pay per use..tiada caj terselindung... boleh try sape2 yg ingin berjimat hanya RM10 dgn RM5 airtime
ReplyDeletehttp://onexoxprepaid.com.my/
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.