Saya sebenarnya berbelah bahagi mengenai isu GST ini. Apabila GST diperkenalkan di Malaysia mulai 1 April 2015, kita mula nampak ada harga barang dan produk yang turun, ada pula harga barang dan produk yang naik. GST diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan negara di mana sistem percukaian ini disifatkan oleh pihak kerajaan sebagai lebih adil dan telus. Namun, apa yang berlaku bermula 1 April 2015 ialah, banyak rungutan dan kekecewaan dari rakyat yang nampak bahawa GST ini telah membebankan mereka.
Kecewa Sikap Peniaga Ambil Kesempatan Kerana GST
Peniaga dengan sewenang-wenangnya naikkan harga dengan membuat penambahan kadar 6% pada belian barangan, terutama barangan keperluan dapur tanpa melakukan penolakan terhadap cukai yang dikenakan sebelum ini iaitu cukai perkhidmatan dan cukai jualan.
Ramai peniaga yang masih keliru dengan cara perlaksanaan sistem cukai GST ini. Sepatutnya apabila GST dikenakan, secara automatik barangan dan produk yang sebelum ini dikenakan cukai SST sebanyak 16% mestilah ditolak daripada harga barangan tersebut. Namun apa yang berlaku adalah kerja mudah peniaga dengan menambah terus 6% cukai GST pada harga barang sedia ada.
Kiraan Harga Baru GST dan Bagaimana Tahu Barang Dikenakan GST
Jika harga lama ada, lepas itu ditambah pula dengan GST sebanyak 6%, dah sah-sahlah harga jadi mahal, menjadikan harga berkali ganda naik. Sudahlah harga asal barangan dan produk dikenakan SST sebanyak 16%, pastu ditambah pula 6%.Walhal pengiraan harga barang dan produk baru selepas GST sepatutnya begini:
Harga Barang/Produk - SST 16% + GST 6% = Harga Baru
Untuk peniaga yang menggunakan GST sebagai alasan untuk letakkan harga baru, mereka perlulah berdaftar dan mempunyai ID GST di dalam resit pembelian dan jualan. Jika tidak ada resit, dan tidak ada id GST ini, mereka tidak boleh meletakkan harga sesuka hati dengan menggunakan alasan barang dan produk dijual dikenakan GST.
GST Adalah Sistem Cukai Terbaik - Menurut Kerajaan
Jika dilihat atas kertas, sistem GST ini nampak bagus kerana kadar cukai dikenakan adalah sama rata dan seragam iaitu sebanyak 6 peratus, walhal dahulu ada variasi kadar cukai bergantung dengan jenis barang dan sebagainya. Sistem lama, cukai dikenakan antara 6 hingga 16 % - iaitu cukai perkhidmatan dan cukai jualan.Rakyat Malaysia Panik Nampak GST Pada Resit
Kebanyakkan dari kita nampak panik dengan harga baru selepas GST kerana kadar cukai itu dinyatakan di dalam resit pembelian mahupun jualan. Jika dulu, kita tak nampak pun cukai itu dikenakan ke atas barang yang kita beli, atau perkhidmatan yang kita ambil kerana ianya tidak diwajibkan oleh kerajaan untuk dipaparkan kepada umum.Nah. Siapa yang tidak panik bila segala kos tersembunyi dinyatakan secara terang-terang di dalam resit pembelian dan jualan. Ini saya sifatkan sebagai cukai yang telus.
Ketelusan inilah yang telah membuatkan ramai yang marah kerana sudah nampak harga barang itu mahal dek kerana cukai. Walhal harga lama untuk produk dan servis juga telah lama dikenakan cukai, cuma ia tidak nampak di mata pengguna sahaja.
Dulu, pernah juga heboh isu caj perkhidmatan dikenakan untuk restoren Nasi Kandar di mana ternampak di dalam resit bahawa cukai (tax) tersebut dinyatakan. Apabila ramai bersuara, cukai itu kini seperti hilang isunya walhal masih lagi dikenakan tanpa sedar!
Apa yang saya nampak, rakyat Malaysia kini lebih berinfo dan mula ambil tahu apa yang tertulis di resit jualan dan pembelian dibandingkan dengan sebelum ini. Serius, saya nampak itu yang sedang berlaku sekarang. Resit jualan menjadi bukti utama perlaksanaan cukai baru GST ini. Semua orang menilik resit. Dulu, tak pernah nak lihat dengan betul - dapat resit terus buang ke dalam tong sampah... hoho.
Cukai GST yang dikenakan ke atas barangan dan produk membuatkan kita semua mula ambil peduli mengenai hak-hak pengguna yang selama ini ramai tak ambil kesah. Malah, ramai rakyat Malaysia mula mahu tahu mengenai sistem cukai di negara kita.
Selama ini, kita tidak sedar pun yang banyak peniaga, usahawan, pemborong, peruncit, pengilang dan syarikat telah 'makan' duit dek kerana cukai yang tidak nampak di mata kita. Kita seolah redha dengan nilai dan harga akhir yang kita dapat. Kita tidak tahu pun bagaimana harga itu dikenakan ke atas kita sebagai pengguna.
Penting sekali kita menjadi rakyat berilmu dengan mengetahui aspek-aspek penting di dalam kehidupan seharian. Ia penting supaya dapat elak diri agar tidak dizalimi dan ditindas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Elakkan diri dari jadi mangsa kepada golongan peniaga dan syarikat perniagaan yang suka ambil kesempatan dengan perubahan sistem ekonomi negara.
Ini merupakan pendapat saya sahaja bersandarkan kepada pengetahuan yang cetek mengenai sistem percukaian dan perniagaan di Malaysia. Jika anda lebih tahu, saya alu-alukan untuk berkongsi pendapat di ruangan komen.
adoi macam2 kan
ReplyDeleteMasa sst dulu peniaga cekik pengguna gomen dapt skit tk cukup, bila gst gomen dgn peniaga cekik pengguna! Lagi banyak kena tax pengguna di malaysia memang malang kn! Ikut ckap menteri kalau taknak bayar gst duk bulan ha ha ha
DeleteBolehkah kiranya dalam resit dimasukkan sekali dengan penolakan SST? Sekarang tumpuan hanya pada GST di resit. Berbeza dengan saya, semalam beli milo kotak di petronas RM2.26 selepas GST, tetapi pada pagi ini harga RM2.20 pula selepas GST. Mujurlah kurang harganya, namun menimbulkan sedikit kekeliruan.
ReplyDeleteSistem baru pasti akan kacau bilau pada awalnya. Saya berharapkan sistem GST ini akan jadi ok selepas beberapa waktu.
DeleteCadangan yang sangat baik andai nampak SST itu ditolak di dalam resit.
Redah ajelah gst ni...hidup kene teruskan.kene plan bajet belanja kita btl2
ReplyDeleteContohnya prepaid telco pun ada peniaga tamak kenakan gst, walhal bukannya ada bayaran tambahan pun..
ReplyDeletemmg byk peniaga yg ambil kesempatan sbb GST. apa2 pun,thanks untuk tips yg berguna ni ^^
ReplyDeleteMemandangkan saya juga antara dari kalangan peniaga tapi berskala kecil,
ReplyDeleteTempias yg kami dapat adalah - PENIAGA SEOLAH2 KEJAM SAMPAI TAK INGAT DUNIA!
Jangan begitu wahai rakan2 sekalian...
Jika anda dari kalangan peniaga, mungkin anda akan faham situasi GST dalam konteks perniagaan.
Yang ambil kesempatan pasal GST saya taknak ulas sebab itu mmg salah (MAKI SEBAKUL pon bagus beb!)
Yang betul2 jujur dan daftar sendiri GST kena maki hamun tak ingat dunia..siapa tahu...ada pelanggan kisah?Kami juga manusia biasa..mencari rezeki dari perniagaan.
Carilah mana2 peniaga yg anda rapat @ kenal dan cuba selami apa yang mereka rasa dengan GST.
Bak kata pepatah - KERANA NILA SE DOT, ROSAK SEBESEN BALDI KECIL... :(
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.