Milk Booster untuk ibu bermasalah susu badan. Siapa daripada anda merupakan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak? Ada masalah dengan susu badan tak? Tahukah anda, selain menggunakan pendekatan tradisional untuk tambah susu badan (susu ibu), ada satu produk milk booster yang dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan susu badan ini.

Sebelum ini, saya pernah bercerita mengenai produk ini yang merupakan susu formula khas untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Ia merupakan susu yang bagus untuk perkembangan anak, samada masih di dalam kandungan mahupun selepas anak itu dilahirkan. Ia merupakan susu yang lengkap diet seimbang buat ibu dan anak, malah ia dilengkapi formula khas Milk Booster untuk membantu ibu-ibu yang hadapi masalah dengan penyusuan susu badan atau penyusuan susu ibu.

Milk Booster Untuk Ibu Masalah Susu Badan

Milk Booster Untuk Ibu Masalah Susu Badan

Susu ibu tidak disangkal merupakan susu terbaik untuk bayi dan anak. Susu ibu adalah satu anugerah Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya. Susu ibu telah terbukti merupakan susu antibodi terbaik bagi memastikan anak yang dilahirkan rintang pada penyakit, malah tidak ada mana-mana susu formula yang dapat menandingi kehebatan dan kandungan nutrisi yang ada dalam susu badan atau susu ibu.
Fakta - Susu Ibu wajib diberikan untuk membantu anak hadapi masalah penyakit kuning ketika dilahirkan.
Maka, buat ibu yang baru melahirkan anak, sudah pastilah mahu memberikan yang terbaik buat si anak yang baru mendapat nafas dunia nyata. Susu ibu juga merupakan pengikat kasih sayang suci antara ibu dan anak. Bonding terhasil adalah sesuatu yang istimewa.

Susu Ibu Sedikit dan Tidak Pekat - Anak Menangis Walaupun Telah Diberikan Susu Badan

Namun, bukan semua ibu mempunyai susu badan yang mencukupi. Ada ibu yang baru melahirkan anak mempunyai masalah dengan susu badan. Masalah yang selalunya timbul ialah kekurangan susu buat si anak, malah ada ibu yang menyusu hadapi masalah letih lesu dan kurang cergas apabila selesai menyusukan si anak. Susu badan (susu ibu) terhasil kuantitinya sedikit, dan agak cair membuatkan si anak tidak kenyang dan menangis kelaparan.
Milk Booster Untuk Ibu Masalah Susu Badan
Menerusi formula tersendiri Milk Booster yang ada pada produk jenama Susu Momma, in Sha Allah, masalah seperti kurangnya susu badan (susu ibu), badan letih lesu selepas menyusukan anak, masalah kulit kering serta masalah stress akan dapat diatasi.
Fakta - Susu Momma mengandungi campuran Susu Kambing (tidak hamis), Zaitun, Kismis, Omega 3, Kurma, Madu, Buah Tin, Delima, Habatus Sauda dan Safron, selain Innulin (prebiotic) dan coklat.

Momma - Milk Booster Susu Ibu

Susu Momma, susu khas untuk ibu menyusukan anak adalah susu terbaik diformulasikan dengan Milk Booster untuk membantu ibu menghasilkan susu badan yang banyak untuk keperluan si anak. Si anak akan puas dan tidak lagi menangis kelaparan. Malah, ibu-ibu yang mengambil susu Momma akan merasa perubahan pada tubuh badan yang sebelum ini lesu, tidak bermaya, letih dan kurang bertenaga. In Sha Allah, ia juga akan dapat membantu ibu-ibu kurangkan rasa stress selepas melahirkan anak.

Susu Momma ialah susu untuk ibu mengandung dan menyusu yang dilengkapi nutrisi, diperbuat dari formula rahsia dan terkini campuran 12 bahan semulajadi termasuklah bahan-bahan sunnah Rasullullah. Lima daripada 12 bahan semulajadi yang menjadi bahan istimewa di dalam susu Momma terbukti sejak sekian lama sebagai Milk Booster - dapat menambah kepekatan dan kuantiti susu badan.

Ia mengandungi asid folik, DHA dan tinggi kalsium yang sememangnya nutrisi diperlukan untuk perkembangan sihat si bayi. Malah, formula rahsia dan terkini susu Momma ini juga membantu untuk mencantikkan kulit si ibu dan anak. Anak comel, ibu juga kekal cantik dan menawan. Tidakkah itu satu yang sangat bagus? Anak dapat khasiat diperlukan, ibu juga dapat manfaat yang istimewa.

Fikirkan.
  • Bayi baru lahir menangis kerana kelaparan dan masalah kuning (jaundis)
  • Badan letih dan lesu semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.
  • Kulit jadi kering dan tidak bermaya sebelum dan selepas bersalin.
  • Susu badan kurang pekat dan sedikit selepas bersalin.
  • Muka pucat dan tidak berseri.
  • Masalah tekanan perasaan atau stress selepas melahirkan anak.

In Sha Allah, semua masalah di atas akan dapat diatasi dengan pengambilan susu Momma secara konsisten, malah kesannya boleh dilihat dalam tempoh 7 hari bersandarkan kepada testimonial ibu-ibu yang telah mengambil susu Momma ini sebagai sebahagian dari diet sihat.

Susu Ibu Pengerat Kasih Sayang Anugerah Allah

Susu badan atau susu ibu adalah susu pengerat kasih sayang. Ia anugerah Allah S.W.T yang sangat istimewa. Maka, rugilah andai ibu-ibu yang sedang mengandung, dan bakal menimang cahaya mata tidak amalkan susu Momma, apatah lagi ia merupakan susu dengan formulasi Milk Booster untuk bantu memekatkan dan memperbanyak susu badan selepas anak dilahirkan.

Bayi yang baru lahir sangat perlukan susu ibu. Bayi comel anda selayaknya mendapat yang paling terbaik sebaik sahaja dilahirkan. Cubalah susu Momma ini bagi memastikan anak dilahirkan itu merasai kasih sayang paling hebat seorang ibu menerusi penyusuan susu ibu.
Testimonial Momma Milk Booster - Susu untuk ibu mengandung dan menyusu badan

Sayangi diri, sayangi bayi dan anak, berikan yang terbaik menerusi susu Momma - Milk Booster untuk penyusuan susu ibu.

Keterangan lanjut dan pembelian secara online:

WhatsApp/SMS: MOMMA ke 012-4746962

Alamat kedai: Momma, No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor. (10% diskaun utk 10 pelanggan pertama setiap hari)

Laman web rasmi: http://www.momma-nutrition.com
Laman web pembelian: http://shop.momma-nutrition.com
Facebook: http://www.facebook.com/momma.nutrition

Saya promosi susu Momma sebagai susu untuk Milk Booster susu ibu kerana saya percaya ramai antara ibu-ibu muda zaman sekarang hadapi masalah kekurangan susu badan selepas bayi dilahirkan. Masalah makin rumit apabila ada ibu-ibu yang mendapat anak kembar seperti yang berlaku pada adik ipar saya sendiri.

Halal Jakim, Lulus KKM

Apatah lagi untuk ibu-ibu muda yang bekerja yang hadapi masalah kekangan masa untuk memperoleh diet seimbang dan terbaik khas untuk kesihatan ibu dan anak. Susu Momma adalah pilihan yang sangat disyorkan. Ia adalah produk Muslim, bersih dan halal. Ia susu Milk Booster yang punyai sijil sah halal Jakim dan medapat kelulusan oleh KKM.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Susu ibu memang terbaik. Banyak supplement utk banyakkan susu ibu skang nih. Tapi bergantung pada badan masing². Ada yang serasi dan ada yang tak. Kena try and error. Tapi untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni, semangat dan keyakinan kena tinggi. Kumpul ilmu sebanyak yang mungkin. Sokongan dari suami pon penting juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Memang banyak produk dah dalam pasaran yang boleh tambahkan susu badan ini. Semua orang dah mula 'insaf' bahawa susu untuk bayi guna susu formula sebenarnya mahal .. hoho

      Baik beli susu yang dua-dua lebih dapat kebaikan.

      Delete
  2. ibu kena banyak ilmu tentang penyusuan. apa itu konsep demand and supply dan sebagainya.

    dah berapa banyak duit boleh jimat dari beli susu formula kalau ibu susukan anaknya selama 2 tahun.. dapat lagi benefit lain untuk anak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement