Masya Allah. Apa nak jadi ni? Kalau bergaduh suami isteri pun, janganlah sampai menggunakan benda-benda berbahaya seperti pisau, gunting, parang dan benda-benda yang boleh mencederakan.
Suami Isteri Bergaduh Anak Jadi Mangsa
Kejadian malang menimpa seorang anak apabila cedera parah di muka akibat ibubapa bergaduh besar telah jadi viral di laman sosial. Ramai yang menyalahkan tindakan pasangan suami isteri yang bergaduh tersebut sehingga menyebabkan anak mereka menjadi mangsa yang tidak disengajakan.Wife saya semalam tunjukkan gambar anak kecil yang tidak berdosa luka parah di muka. Uhh ngeri betul, tak boleh bayangkan betapa sakitnya anak itu luka terbelah di wajah.
Bukan Berlaku di Malaysia
Update:Gambar dan cerita mengenai kanak-kanak ini bukan berlaku di Sungai Petani seperti disebarkan menerusi WhatsApp dan juga Facebook, tetapi berlaku di luar Malaysia.
Saya memetik dari Harian Metro online:
Sungai Petani: Gambar ngeri seorang kanak-kanak terbelah pipi akibat terkena libasan parang selepas ibu bapanya bergaduh yang didakwa berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar.
Kejadian yang ‘viral’ di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp hari ini berlaku di luar negara, namun tidak dapat dipastikan di mana.
Di Thailand dan Laos ada laman sosial dan laman web di negara berkenaan memuat naik gambar sama dan ulasan diberi juga sama, tetapi senjata digunakan dikatakan pisau, namun tiada tempat yang tepat dinyatakan.
Sementara itu, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menafikan kes terbabit berlaku di Sungai Petani kerana hasil pemeriksaan, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital.
"Jadi tiada kes seumpama itu berlaku di Sungai Petani dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayainya kerana laporan tidak tepat," katanya.
Katanya, tindakan individu yang menyebarkan gambar kanak-kanak berkenaan dan didakwa berlaku di Sungai Petani adalah perbuatan tidak bertanggungjawab
Ok. Walaupun tidak diketahui asal usul cerita budak parah terbelah pipi ini, secara tidak langsung ia mengingatkan kita supaya berhati-hati di dalam tindakan kita ketika sedang marah - terutama ibu bapa, suami isteri yang memilih jalan mudah bergaduh di hadapan anak-anak.
Cadangan saya, kalau nak gaduh pun, pi la gaduh dalam bilik. Masuk bilik, kunci pintu .. bergomol la puas-puas. Tak perlu guna senjata dan alat tajam ni .. sebab ia boleh membawa kepada tragedi, gunakan senjata lain yang lebih baik dan yang boleh melembutkan hati.
Semoga apa berlaku ini menjadi ingatan buat semua. In Sha Allah.
allahuakbar... gilos... kot yer nak gaduh pun tak payahlah nak gunakan violence... benci dengan orang yang suka gunakan violence...
ReplyDeletetak sanggup nak tengok gambar ni. kat fb, terus click options dont want to see this. tak sangguppppppppppppp
ReplyDeleteInilah dia akibat rasukan syaitan. Nauzubillahiminzalik.
ReplyDeleteMarilah jadikan perkara ini sebagai sempadan dan buat penilaian untuk tambahbaikan diri dan keluarga..InsyaAllah pasti Allah sayang..
ReplyDeletesubhanalloh,, kasian banget anak itu,, sabar ya nak,,
ReplyDeletengeri banget ngeliatnya,,bukan main lagi sakit nya itu mah,, kasian banget,, anak sekecil itu bisa jadi korban ibu bapa nya sendirri,,
ReplyDeletekenapa orang malaysia suka sangat dengan cerita sensasi..?
ReplyDeleteAllahhurabbi. ksiannya budak tu. wlaupun bukan di malaysia. same same lah kita ambik iktibar
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.