Syoknya buat bisnes Tone Excel. Wow, hebat betul income mereka yang dah lama join bisnes Tone Excel ini ye. Ada sampai puluh ribu, ratus ribu pun ada yang dapat income dalam Tone Excel ini. Saya pasti ramai yang baca post ini pun dah jadi ahli dan agen kepada bisnes Tone Excel ini. Dan ramai juga yang singgah baca post ini nak tahu mengenai bisnes Tone Excel ini, kan kan? Yelah, sebab ada yang kata bisnes Tone Excel ni bisnes menipu orang, bisnes MLM, skim piramid dan macam-macam lagilah.

Sebenarnya jika kita rajin mencari dan menyelidik, sudah terlalu banyak penerangan dan info diberikan mengenai bisnes Tone Excel ini. Daripada kisah bisnes ini dianggap sebagai MLM, dianggap bisnes menipu, bisnes skim cepat kaya dan macam-macam lagi termasuklah ada yang kata ia adalah Scam. Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda, kesimpulan-kesimpulan yang telah saya dapat apabila mengkaji secara kasar mengenai bisnes Tone Excel ini.

Syoknya Buat Bisnes Tone Excel - Ye Ke Syok?

Adakah bisnes Tone Excel benar-benar syok?
Sebagai pengenalan, kita kenali dulu secara ringkas syarikat Tone Excel. Bisnes utama Tone Excel ialah kad prabayar telekomunikasi Tune Talk. Tone Excel Sdn Bhd ditubuhkan pada 2009. Pada tahun 2010, syarikat ini telah bekerjasama dengan Tune Talk untuk perkenalkan satu program berbentuk referral bertujuan untuk meluaskan bisnes kad prabayar Tune Talk.

Ramai yang berfikiran bahawa bisnes Tone Excel ialah merupakan satu perniagaan berbentuk MLM (Multi-Level-Marketing). Ini adalah kerana adanya struktur tingkatan dalam pemerolehan komisen, dan terdapat juga sturktur pangkat yang menjanjikan peratusan komisen yang lebih tinggi. Ia juga memperkenalkan konsep tajaan - lebih banyak tajaan maka lebih banyaklah income; atau dengan kata lain referral. Ini antara sebab ada pakar pemasaran internet dan pakar hartanah mengatakan bahawa Tone Excel sebagai Mesin Wang.

Ok.

Tone Excel Didaftarkan Sebagai Bukan Syarikat MLM (Jualan Langsung)

Tone Excel dari segi perundangan negara, ia bukan sebuah syarikat MLM, kerana ia tidak didaftarkan di bawah Akta Jualan Langsung - tiada nombor pendaftaran AJL yang dipohon mahupun dimiliki oleh Tone Excel Sdn Bhd. Tetapi, ia sebuah syarikat didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 861591-U dan juga di bawah SKMM kerana melakukan urusan jual beli berkaitan produk telekomunikasi.

Tone Excel Sdn Bhd menjalankan bisnes menjual kad prepaid Tune Talk Tone Excel. Dengan penjualan ini, maka mereka yang memperkenalkan kad prabayar ini adalah layak untuk menerima komisen top up yang dijana setiap kali pengguna Tune Talk Tone Excel menambah nilai kad prepaid mereka.

Perlu Tambah Nilai Minima Untuk Dapat Bonus dan Komisen

Persoalan yang timbul ialah untuk melayakkan satu-satu bonus menerusi program ini diterima oleh penaja mahupun ahli, maka mereka perlu menambah nilai dalam amaun tertentu dalam tempoh satu bulan. Maknanya, setiap bulan kena buat pembelian tambah nilai Tune Talk Tone Excel dalam amaun tertentu, jika tidak nilai komisen dan bonus yang diterima mungkin akan hadapi masalah.

Ada yang mengatakan bahawa program referral yang dianjurkan oleh Tone Excel mirip kepada skim cepat kaya dan juga money-game. Bab ini saya agak kurang jelas (sebenarnya keliru), tetapi apa yang saya nampak setiap ahli yang menjual kad prepaid Tune Talk Tone Excel, maka dia akan terima komisen jualan. Harga untuk satu kad sim prepaid Tune Talk Tone Excel ialah RM90 (mulai Mac 2014). Dengan nilai inilah, syarikat membayar keuntungan yang ada dari nilai RM90 itu untuk membayar komisen dan bonus. Oh ya, mereka yang beli kad sim ini akan dapat RM30 nilai masa penggunaannya. Agak mahal untuk dapatkan satu sim kad bukan?

Tetapi, inilah dinamakan perniagaan yang berpaksi kepada network marketing. Mana-mana barang dan produk yang dijual menerusi konsep networt marketing memang agak mahal sedikit. Tetapi, dalam Tune Talk Tone Excel harga prepaid tidak berubah-ubah walaupun anda ahli lama mahupun baru. Harga simkad RM90 adalah sama pada semua peringkat yang saya kata awal tadi (pangkat).

Begitu juga seandainya anda menambah nilai atau top up kad prabayar ini, nilainya tetap sama. Bukan bermakna, jika anda seorang upline anda akan dapat harga top up murah atau anda kena bayar lebih jika anda downline. Tune Talk Tone Excel adalah program referral yang membayar komisen atas ahli yang menggunakan kad prepaid ini.

Kenapa ramai yang merungut dan menyampah dengan bisnes Tone Excel ini?
Syoknya Buat Bisnes Tone Excel - Bisnes Menipu Orang Ramai?

Ramai Ahli Lebih Tekankan Soal Pemasaran dan Penajaan

Sebab utamanya ialah pendekatan ahli-ahli yang menekankan soal pelan pemasaran dan penajaan. Apabila ini berlaku, maka konsep cari orang untuk dapat income yang syok menjadi pedoman. Maka, ramailah yang akan kata ia merupakan MLM, skim cepat kaya dan berkait dengan money game.

Kalau difikirkan Tune Talk Tone Excel sama sahaja dengan kad prabayar yang lain, yang bezanya ialah:
  • Harga simkad agak mahal - RM90 (dengan termasuk nilai isian tambah nilai RM30).
  • Kadar panggilan, sms yang sedikit tinggi mengikut pelan yang ada. (Pelan panggilan dan data Tone Excel Tune Talk tidak sama dengan kadar yang ada pada Tune Talk)
  • Punyai pelan pemasaran untuk pengguna Tune Talk Tone Excel.

Bisnes Tune Talk Tone Excel ini bukan semua orang sesuai nak buat dan boleh buat. Ia hanya sesuai untuk mereka yang punyai masa, ruang dan peluang berikut:
  • Mencari bakal pelanggan (merangkap ahli) untuk beli kad sim Tune Talk Tone Excel.
  • Ada kelebihan untuk bercerita mengenai bisnes prepaid.
  • Ada networking yang luas
  • Punyai networking yang selalunya berbelanja besar untuk penggunaan kad prabayar.
Ada satu persoalan besar mengenai Tune Talk Tone Excel, iaitu adakah bisnes ini patuh syariah? Bab ini, saya memang tak tahu nak cerita sebab ini dah kira luar bidang memandangkan kena ada fakta, dalil dan ayat Al Quran berkaitan. Jadi, saya serah pada mereka yang mungkin sudah mengulas.

Untuk yang mahu tahu lebih lagi mengenai bisnes Tune Talk Tone Excel, saya syorkan anda baca artikel-artikel daripada rakan-rakan blogger saya yang lain, boleh senaraikan pro dan kontra mengenai bisnes ini.

Dan cuba baca luahan akak blogger ini mengenai Tune Talk Tone Excel ....


Jangan Approach Saya Join Tone Excel

Jika anda salah seorang agen, dan mahu approach saya; saya nasihatkan silalah jangan.

Saya memang tidak berminat untuk buat bisnes Tone Excel. Saya serius dah malas nak cari dan memujuk orang menyertai program bisnes seperti ini. Tapi, saya boleh je mempromosikan bisnes orang lain.

Dan lagi satu, saya tidak suka ahli-ahli Tone Excel menyebut program ini sebagai program affiliate, sebabnya ialah daftar affiliate adalah percuma, anda tidak perlu bayar apa-apa bila nak sertai program affiliate. Tone Excel bagi saya bukan program affiliate walaupun ada ciri-ciri seperti memberikan komisen dan sebagainya. Ia adalah program referral - iaitu penajaan. Anda taja anda dapat komisen dan bonus. Affiliate tidak menaja tetapi menjual produk orang lain untuk dapatkan komisen dan pendaftaran pula adalah PERCUMA!

Itulah dan inilah pendapat saya mengenai syoknya buat bisnes Tone Excel. Mana yang terkurang terlebih, saya mohon maaf. Jika suka baca, maka like dan share. Jika tidak, boleh je tinggalkan komen dan nyatakan pendapat anda.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement