Tips jana wang Adsense dengan blog. Ok, kali ini saya nak kongsikan pengetahuan dan tips menggandakan income blog menerusi pengiklanan Google Adsense. Ilmu ini saya dah lama ada cuma kurang praktikkan. Walaupun begitu, saya masih percaya ia merupakan tips dan trik terbaik untuk mendapatkan hasil income lumayan menerusi Google Adsense.

Ramai sifu-sifu Adsense telah mendedahkan tips dan trik ini, jadi kemungkinan besar ada di antara anda yang sudahpun mengetahui mengenai tips yang akan saya beritahu. Apapun, kalau dah tahu, anggap saya sebagai ulangkaji bagi membolehkan blog anda menjana income yang mantap menerusi Google Adsense.

Tips Jana Wang Adsense Dengan Blog

Tips Jana Wang Adsense Dengan Blog

Secara jujurnya, saya bukanlah sifu terbaik untuk sembang kencang pasal Adsense, memandangkan income Adsense saya masih belum capai taraf ribu-ribu USD seminggu mahupun sebulan. Tapi, memang ada rakan blogger yang saya kenal buat duit dengan blog hanya dengan meletakkan Google Adsense sebagai medium pengiklanan blog.

Untuk info, terdapat 101 platform pengiklanan blog yang boleh anda mohon dan letakkan di dalam blog anda. Buat mereka yang gagal mendapatkan akaun Adsense penuh, saya sangat syorkan anda mencari medium pengiklanan alternatif ini; yang turut membayar dalam mawatang USD.

Ok, berbalik kepada tajuk utama iaitu tips dan trik untuk jana wang Adsense dengan blog. Ada banyak tips mengenai Adsense yang boleh anda dapat jika tahu menggunakan enjin carian Google. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini merupakan antara tips terbaik dan memang terbukti memberikan kesan positif kepada income Adsense anda.

Tulis Blog Dengan Niche Lumayan

Salah satu keunikan iklan Google Adsense ialah ia akan paparkan iklan berbentuk kontekstual.(contextual advertising). Iklan berbentuk kontekstual akan mengambil kira kandungan blog anda. Ini bermakna, iklan yang keluar menerusi Adsense yang diletakkan di dalam blog ialah iklan-iklan yang ada kaitan dengan kandungan blog anda.

Seandainya blog anda ada bercerita mengenai shopping online, maka rentetan iklan-iklan berkaitan online shopping - dengan gambar produk, harga serta tawaran khas akan keluar di blog anda.

Sebagai tambahan. iklan Adsense juga menggunakan strategi remarketing atau retargeting yang pernah saya dedahkan dalam entri - Taktik Licik Lazada Menjerat Pelanggan. Ini bermakna iklan Google Adsense yang akan dipaparkan dalam blog anda adalah bersandarkan kepada pengalaman pengunjung blog anda itu sendiri - contohnya; jika sebelum pengunjung blog anda masuk ke blog anda, dia pernah masuk ke laman web Samsung, melihat telefon Samsung S6. Maka secara automatik iklan mengenai telefon pintar Samsung S6 akan keluar di blog menerusi Google Adsense. Jadi, peluang untuk mendapat klik menerusi Google Adsense adalah sangat cerah.
Buat duit dengan blog

Jadi, apa kaitan dengan blog niche lumayan ini? Untuk mendapatkan hasil income lumayan blog menerusi Google Adsense, anda perlu mencari niche atau tema blog yang boleh menjual. Dengan kata lain, anda perlu banyak menulis mengenai perkara-perkara yang boleh menghasilkan jualan atau klik menerusi iklan Google Adsense.

Antara niche lumayan cara jana wang dari Google Adsense ialah pelancongan, dan juga kecantikan. Banyak syarikat perhotelan, penerbangan, syarikat pelancongan termasuklah homestay yang menggunakan Google Adsense (menerusi Adword) untuk beriklan. Tahukah anda, bahawa anda boleh jana income sehingga USD50 sehari untuk satu iklan Google Adsense berkaitan niche pelancongan?

Sebab itu, saya sarankan blogger niche pelancongan untuk dapatkan akaun Google Adsense ini termasuklah untuk usahawan homestay yang memiliki blog. Sambil blog menjenamakan homestay, ia boleh juga menjana income menerusi iklan berkaitan pelancongan yang akan keluar di blog homestay. Sebagai tambahan, gunakan juga teknik Google Adwords untuk dapatkan kelebihan blog yang gunakan Adsense sebagai platform pengiklanan.
[Baca] Belajar Google Adwords Untuk Dapatkan Jualan

Paparan Natural Iklan Google Adsense

Apakah maksudnya paparan natural Google Adsense ini? Ok, salah satu jenis paparan iklan Google Adsense adalah dalam bentuk teks, selain daripada imej. Seandainya blog anda mahukan paparan iklan yang lebih ringan, saya syorkan anda untuk meletakkan jenis iklan Adsense yang hanya paparkan iklan teks.

Gunakan Iklan Bentuk Teks

Triknya ialah, paparan iklan teks Google Adsense perlu kelihatan natural dan nampak sebagai sebahagian daripada blog anda. Anda perlu adjust iklan Google Adsense bentuk teks untuk kelihatan sama dengan bentuk teks yang ada di dalam blog anda. Contohnya warna link atau pautan, penggunaan jenis font dan warna latar.

Apabila ia nampak natural, keberangkalian untuk pengunjung klik pada iklan tersebut adalah tinggi - tanpa menyangka ia sebahagian daripada iklan Google Adsense. Ini adalah antara strategi buat duit blog menerusi Google Adsense yang ramai kurang ambil perhatian.

Kedudukan dan Saiz Iklan Google Adsense

Kedudukan terbaik iklan Google Adsense mestilah samada:
  • Berada di atas blog (above the fold) samada di sidebar atau di bahagian paparan utama blog
  • Berada di dalam entri
Anda juga perlu memilih saiz iklan Adsense yang sesuai. Ada seorang sifu Adsense memberitahu, saiz paling sesuai atau yang banyak convert hasilkan income lumayan ialah saiz 300x300, 300x250, 728x90, 970x90 dan juga 600x300.

Begitu juga untuk iklan Google Adsense jenis teks, anda perlu meletakkannya di dalam blog di lokasi yang menampakkan ia sebahagian daripada entri atau kandungan blog anda. Ramai blogger antarabangsa yang selitkan iklan teks Google Adsense ini di antara perenggan dalam entri. Malah, saya dapati banyak blog yang letakkan iklan Google Adsense di bahagian atas dalam entri blog. Lokasi-lokasi ini jika digunakan dan diselaraskan dengan teknik paparan natural tadi, in Sha Allah, anda akan dapat melihat hasil yang positif.

SEO untuk Trafik Antarabangsa

Iklan Google Adsense tak bermakna jika blog anda tiada trafik. Pastikan blog anda mendapat trafik menerusi pendekatan SEO atau menerusi kata kunci di enjin carian.

Salah satu trik jana wang adsense dengan blog yang memungkin income lumayan ialah dengan target blog anda untuk menerima trafik dari seluruh dunia - atau lebih khusus menerima trafik dari pengunjung-pengunjung negara yang matawangnya lebih tinggi - seperti Kanada, Amerika, Jepun atau negara Eropah.
SEO untuk trafik antarabangsa

USD100 Sehari Menerusi Google Adsense

Tahukah anda bahawa terdapat satu blog yang berjaya jana income sehingga USD100 sehari (secara purata) hanya kerana cerita sensasinya mengenai MH370 dan MH17 yang hangat dikatakan dunia pada tahun 2014? Menerusi kata kunci 'penerbangan', 'destinasi', 'hotel di Malaysia' ia telah mendapat trafik yang dijana bersangkutan juga dengan informasi terkini MH370 dan MH17. Tahukah anda bahawa blog tersebut berjaya dapat income menerusi klik iklan berkaitan hotel untuk penempatan wartawan asing membuat liputan berkaitan tragedi MH370 dan MH17 itu?

Inilah istimewanya Google Adsense, bahawa semakin tinggi trafik blog anda, maka potensi income dengannya juga turut tinggi. Jangan tak percaya, ada blogger Malaysia dapat USD1000 sebulan menerusi Google Adsense ini.

Saya harap ramai yang boleh jadikan entri ini sebagai salah satu panduan untuk jana wang Adsense dengan lebih lumayan. Saya boleh katakan Adsense adalah satu bisnes online tanpa modal yang boleh dilakukan di blog - di mana anda 'menjual' konten untuk enjin carian, pengunjung dan pengiklan di dalam Adsense itu sendiri.

Tapi awas, Google Adsense ini sensitif, jangan sampai anda dapat nota amaran dari Google Adsense, sudahlah ye.

Selamat mencuba.

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Huhu.. Kena byk belajar lagi la nk smpai tahap ni...

    ReplyDelete
  2. Bezanya trafik dari luar negara lebih berkualiti berbanding di Malaysia..penah sekali tu trafik ke satu blog Inggeris 6000 je tapi income mencecah USD100 sehari...

    ReplyDelete
  3. CPC dari Trafik US dan Europe lagi mahal berbanding Malaysia. Tapi dengan langkah terbaru dari Google Adsense yang sudah support Bahasa Melayu, mungkin income abg Hasrul akan masyuk lagi lepas ni.

    ReplyDelete
  4. terbaik lah. buat blog pun dapat duit. rezeki Allah dimana mana. atas kita je nak berusaha ke tidak..

    ReplyDelete
  5. Saya pun kena banyak belajar lagi dengan otai-otai ni...
    Alhamdulillah setakat ni pendapatan Adsense agak stabil. Sedang dalam rangka strategi untuk pendekatan ke arah trafik antarabangsa dengan giat lagi. Al maklumlah... bahasa Inggeris cukup makan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah sebenarnya kalau kita pandai memanipulasi secara bijak. Asalkan jangan salah guna sudahlah.

      Delete
  6. Terbaik dengan tips Google Adsense ni, masih menunggu sambil sedut tips yang dikongsi rakan blogger semua :)

    ReplyDelete
  7. terbaik tips ni, banyak yg cn kena belajar lagi ttg adsense ni

    ReplyDelete
  8. bestnye..kene banyak belajar pasal adsense

    ReplyDelete
  9. asalamualaikum Tuan , saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah diatas kemurahan ilmu yang tuan kongsikan , semalam adalah hari yang bertuah kerana adsense saya telah diluluskan , saya amat berterima kasih dengan panduan yang tuan berikan,
    insha allah saya pun baru berjinak dengan dunia blogger ini ,dan saya menggunakan blog kesihatan fisioterapi saya iaitu http://akufisio.blogspot.com untuk berkongsi pengalaman dan juga info yang berkaitan masalah kesihatan.
    terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  10. masi byak yg perlu dipelajari.. terutama nak tarik pembaca dgn konten yg lebih berkualiti.. semoga tuan dimurahkan rezeki selalu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru sahaja tulis tajuk berkaitan cara nak naikkan trafik blog

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement