Ada rakan pengunjung yang tinggalkan komen "trafik macam ini kategori cikai la bro" dalam sebuah entri yang baru saya tulis bertajuk Statistik Blog April 2015. Dalam entri tersebut, saya kongsikan trafik blog ini sepanjang April 2015.... trafik dari sebuah blog platfrom blogspot yang cuba seboleh-bolehnya tidak menarik trafik dari kata kunci luXXh dan berkaitan gossip selebriti serta isu semasa yang dilagukan dengan tajuk-tajuk bernada kontroversi.
Blog Ini Adalah Blog Cikai
Blog ini adalah sebuah blog peribadi yang saya wujudkan untuk menyampaikan ilmu berkaitan blogging, cara jana income blog, tips pemasaran online dan isu-isu berkaitan blogger serta penggiat media sosial. Saya cuba tampilkan pengetahuan dan pengalaman menulis blog saya sejak tahun 2007-2008 untuk dijadikan panduan dan pedoman agar blogger Malaysia dapat menghasilkan sebuah blog yang benar-benar bermutu dan ikhlas dalam penyampaian.
Khilaf dan Silap Sebagai Seorang Blogger
Kesilapan mudah berlaku. Bagi sebuah blog cikai seperti blog ini, adakala khilaf itu berlaku tanpa sedar, namun sedang berusaha untuk perbaiki dari semasa ke semasa dengan bantuan dan teguran rakan-rakan blogger lain yang lebih berpengalaman dan hebat ilmunya.I am nothing. I am nobody. I'm just a simple person trying to get my blog to be accepted by Malaysian blogger community. I believe knowledge can be deliver and flourish using this online platform. I cannot be a teacher, but I can write. I cannot be a millionaire, but I'm proving myself that I can generate an honest income using blog.
Do not trust in me, but believe in the knowledge that have been taught to me.
Akhirnya segala pencapaian yang ada ini tidak boleh dibawa ke mana-mana, hanya Allah Maha Tahu segala sesuatu, dan sama-samalah kita berdoa agar kita semua diberikan pengakhiran yang baik nanti. In Sha Allah.
Blog tuan ada pembaca sendiri.
BalasPadamlebih kepada ilmiah gaya santai.
ni bukan blog cikai. blog ni memberi manfaat kepada pembaca sampai rasa nak bukak setiap hari
BalasPadamBetul tu Nik..hari ni saya dh 5 kali buka blog ni untuk baca entry baru.huhuhu
BalasPadamBlog ini yg membantu LeYa dlm blogging. Bg LeYa blog ini bukan blog cikai. Blog yg byk memberi manfaat utk pembaca lain
BalasPadamTerima kasih Illya Farhana kerana terus menyokong blog ini. Alhamdulillah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBlog ini merupakan blog yg paling banyak membantu saya dlm dunia blogging :)
BalasPadamBlog saya pun cikai je trafiknya, mungkin sebab tak ada gosip artis dan gambar-gambar wanita berpakaian seksi..
BalasPadamSemakin lama kita berada di dalam dunia blog dan faham tujuan sebenar kita berblog, kita akan nampak baik dan buruk itu .. in Sha Allah, kita sebagai blogger Malaysia boleh menjadi lebih baik dari sekadar mengejar trafik berlandaskan unsur-unsur yang tidak sepatutnya diketengahkan.
PadamKenapa ya ada blogger yg kata blog ini cikai? Sebab blog ni pengunjung pun boleh tahan. Maklumat dalam blog ini pun berguna. Tak apa, kuatkan semangat Encik HH. Haters gonna hate. :)
BalasPadamAdat dunia blog Malaysia .. sukar untuk berkongsi rasa gembira sesama blogger .. yang banyaknya dengki khianat yang tidak berkesudahan... alangkah baiknya jika annon itu dapat berikan tunjuk ajar dan tips yang boleh membantu ramai rakan blogger dapatkan trafik yang tinggi.
PadamKeep it up tuan blog. Saya suka blog ini. Sangat bermanfaat buat blogger baru macam saya
BalasPadamkalau cikai takde le bleh jadi fulltime blogger..ehehe..tahniah bro..:D
BalasPadamBlog cikai tapi berisi ... :D
BalasPadamKalau blog ini cikai, blog aku tahap apa pulak? Adeh!. Keep it up bro HH.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.