Cara kira ansuran dan faedah pinjaman kereta. Ramai antara kita yang kurang mengetahui dan faham bagaimana ansuran kereta dikira menerusi pinjaman berfaedah yang dikenakan oleh pihak penjual dan bank. Adalah sangat baik untuk kita mengetahui cara pengiraan ansuran dan faedah pinjaman kereta ini supaya kita boleh dapat harga dan cara pembayaran terbaik setiap kali membeli kereta samada baru mahupun terpakai.

Dengan mengetahui cara kira ansuran, dan bagaimana faedah pinjaman kenderaan dikenakan; setidak-tidaknya kita tidaklah membayar sesuatu yang kita tidak tahu selok-belok terjadinya ia. Ia juga sebagai langkah untuk meminimakan jumlah pembayaran ansuran kereta selain hindarkan diri daripada diambil kesempatan oleh si penjual kereta.

Cara Kira Ansuran dan Faedah Pinjaman Kereta

Cara Kira Ansuran dan Faedah Pinjaman Kereta

Kaedah cara pengiraan ansuran pembayaran kereta yang akan saya kongsikan ini adalah berdasarkan kepada pinjaman bank konventional. Anda memerlukan kalkulator untuk mudahkan pengiraan ini.

Tentukan Nilai-Nilai Jumlah Pinjaman

Pertama sekali, tentukan nilai-nilai jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah pinjaman kereta anda, seperti berikut:
  • Jumlah Pinjaman = A
  • Jumlah Tempoh Pinjaman = B (tahun)
  • Kadar Faedah = C

Formula Tentukan Jumlah Faedah dan Ansuran Perlu Bayar

Sekarang, guna formula-formula berikutnya untuk menentukan jumlah faedah, faedah bulanan dan ansuran bulanan pinjaman kereta anda:
  • Jumlah Faedah Anda = C/100 x A x B = X
  • Faedah Bulanan Anda = X / (B x 12)
  • Ansuran Bulanan Anda = (A + X) / (B x 12)
Faham tak nih? Kalau tak berapa nak jelas, meh kita buat pengiraan dengan contoh berikut:
  • Jumlah Pinjaman = 50,000
  • Jumlah Tempoh Pinjaman = 5
  • Kadar Faedah = 2.5
  • Jumlah Pinjaman Anda = 2.5/100 x 50,000 x 5 = RM6,250
  • Faedah Bulanan Anda = 6,250 / (5 x 12) = RM104.17
  • Ansuran Bulanan Anda = (50,000 + 6,250) / (5 x 12) = RM937.50
Pengiraan di atas adalah untuk pinjaman 100%. Jika ada membuat bayaran muka atau pendahuluan, ianya perlu ditolak dalam jumlah pinjaman tersebut.

Ok. untuk mengetahui kadar faedah pinjaman kereta, anda mesti bertanya kepada jurujual kereta perkara berikut:
  • Bank mana memberikan pinjaman
  • Jumlah pinjaman atau pembiayaan yang diberikan - samada 100%, 90% atau 80%.
  • Kadar faedah yang dikenakan oleh bank. Setiap bank kenakan kadar faedah berlainan mengikut jumlah pinjaman yang dipohon, malah kadar faedah ini juga berbeza mengikut jenis kereta. Kadar faedah untuk pembiayaan kereta Nasional adalah selalunya lebih tinggi daripada kereta import atau bukan jenama dari Proton atau Perodua.
  • Tempoh pembayaran pinjaman.
  • Jenis pinjaman - samada secara konventional atau menerusi konsep Islamik.
Semoga cara kira ansuran berdasarkan faedah pinjaman ini dapat membantu anda untuk ketahui dengan lebih jelas apa yang anda perlu bayar.

Pada pandangan peribadi saya, jika mahu membeli kereta, seboleh-bolehnya cuba untuk kurangkan jumlah pinjaman untuk elak atau kurangnya membayar faedah. Mungkin anda boleh gunapakai pendekatan beli kereta dengan diskaun 50 peratus untuk lebih penjimatan. Sebab ada caj-caj tersembuyi yang mungkin anda tidak tahu.

Oh ya, satu lagi, untuk kurangkan lagi jumlah ansuran dan faedah pinjaman kereta, anda juga boleh gunakan trick introducer. Ada ganjaran tunai khas untuk introducer ini. :)

Semoga bermanfaat.

Kredit: iMoney.com

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement