Cerita guru diherdik, ditumbuk, dipukul oleh anak murid dan pelajar bukan perkara luar biasa sekarang. Begitu juga dengan cerita pelajar yang mencederakan pelajar lain, bertumbuk dan bergaduh sehinggakan ada cerita yang menjadi sensasi di laman-laman sosial. Ini termasuklah rakaman-rakaman video yang menyaksikan bahawa kelakuan anak-anak murid dan pelajar sekarang yang semakin ganas dan seolah sukar dikawal. Video dimuatnaik ke laman sosial dan menjadi viral. Ia sangat memalukan apatah lagi ia membayangkan bahawa anak-anak murid dan pelajar sekarang bagai tidak ada asuhan dan didikan sewajarnya.
Dilemma Guru Mendidik
Samada ibubapa sedar atau tidak, 'kuasa' yang ada pada guru-guru masakini tidak lagi sama seperti zaman semasa saya menjadi anak murid dan pelajar sekolah. Kuasa mereka telah menjadi semakin terhad, disebalik tanggungjawab yang semakin besar dan mencabar. Buat ini tak boleh, buat itu tak boleh, segalanya telah dijadikan sebagai satu peraturan tetap dan perlu dipatuhi oleh setiap orang guru termasuklah guru disiplin, guru kanan dan guru besar sekolah.Sekolah perlu patuh. Guru besar dan pengetua perlu patuh. Guru disiplin kena patuh. Guru-guru kena patuh. Semuanya atas arahan Kementerian Pendidikan yang merencanakan sistem pendidikan di Malaysia.
Apa yang saya lihat sekarang, dengan perkembangan dunia yang semakin terbuka dengan informasi dan maklumat; murid dan pelajar sekarang lebih terikut-ikut trend dari barat dan budaya yang jauh dari cerminan sebenar budaya masyarakat tempatan.
Mereka ini telah tersangat banyak didedahkan dengan gejala-gejala dan perlakuan samseng-samseng yang kononnya macho dan hebat. Ditambah pula dengan pengetahuan mereka bahawa kuasa guru tidak lagi seperti dahulu, maka mereka merasa bebas melakukan apa sahaja yang mereka fikir betul, walhal ianya salah dan bertentangan sekali dengan nilai dan norma masyarakat kita.
Kisah murid belasah guru, murid pukul murid lain, rogol, cabul yang berlaku di sekolah adalah kisah-kisah yang berkaitan dengan masalah disiplin. Disiplin pelajar yang semakin tidak terkawal disebabkan oleh kekangan-kekangan yang tidak perlu di dalam peraturan-peraturan sedia ada.
Mana Perkembangan Positif Sistem Pendidikan Malaysia?
Saya akui masalah-masalah ini dari dulu lagi sudah wujud tetapi mungkin tidak menyerlah dan tidak diketahui kerana kekangan sebaran maklumat yang tidak semacam hari ini. Namun, cuba fikirkan, setelah bertahun sistem pendidikan kita berkembang dan bereformasi, takkan masalah-masalah ini tidak dapat dibendung? Bukankah negara yang kononnya semakin maju ini menzahirkan sesuatu yang lebih baik, lebih cemerlang dan terbilang?PIBG, ibu bapa dan masyarakat semua mahukan anak-anak murid dan pelajar cemerlang, tetapi ... hmm ..
Sajak A. Samad Said Untuk Hari Guru 2015
Saya kongsikan sebuah sajak dari A. Samad Said. Mungkin dari sajak ini boleh lihat dilemma seorang guru yang mendidik di zaman sekarang. Di sebalik kekangan dalam tugas mereka, tanggungjawab yang dipikul tidak pernah jadi kurang, malah semakin bertambah setiap masa.Murid sekarang..
Ya Allah amat menguji keimanan cikgu.
Sabarlah cikgu..jangan hilang pertimbangan ..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah
Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput
Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever
Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman
Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...
... dan tema hari guru untuk tahun 2015 ialah Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Dan ironinya, tangan-tangan guru bagai 'terikat' untuk merealisasikan pembentukan akhlak anak-anak murid dan pelajar zaman sekarang. Berbeza jauh dengan keadaan dulu, yang akhirnya berjaya lahirkan ramai individu hebat masa kini (walaupun ramai telah tiada).
Pelajar sekarang manja sangat. soalan exam susah sedikit dah kituk guru kat laman social, cikgu tak reti mengajar pun kutuk kat laman social. Tak tahulah macam mana berkat tu nak sampai
BalasPadamNak rotan budak dah tak boleh, nak tampar pun tak blh..dan yang terbaru nak membebel pun tak blh...em semakin straight disiplin terhadap guru, bukannye terhadap murid...em alahai..
BalasPadamCabaran besar guru sekarang, guru jadi takut nak mendidik anak2 jika guna rotan. elok contohi sekolah cina, lebih tegas,
BalasPadamguru sekarang memang besar cabarannya.dari segi akademik dan juga nak memantapkan sahsiah murid..
BalasPadamrealiti sekarang...guru memang pendidik anak-anak..tapi yang perlu lebih peka dan bertanggungjawab adalah ibu bapa..mulanya di rumah,ibu bapa sekarang perlu sedar ttg pentingnya institusi kekeluargaan
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.