Uhh uhhh .. sedapnya buat blog macam ini. Boleh dikatakan keringat tak keluar 70 peratus. Buat blog sendiri tapi kandungan blog pi cendok blog orang lain. Kalau satu dua artikel, tak kesahlah sangat ... ini sampai A-Z dari entri pertama sampai kesudah semuanya dicilok masuk. Adeh ...

Ini bukan kes copy-paste dah ni. Daripada apa yang saya lihat, mereka yang tangan 'kotor' ini buat kerja mudah dengan hasilkan blog yang diambil isi kandungan secara automatik dari blog-blog tertentu. Dan kali ini, blog saya jadi mangsa.

Dua Blog Copy-Cat Bukan Hasrul Hassan Punya ..

Bukan hanya satu blog, tetapi saya dapat kesan dua blog yang gunapakai cara ini untuk hasilkan sebuah blog mudah. Yang paling tak patutnya ialah, si pemilik salah satu blog itu menggunakan artikel yang saya tulis itu untuk buat duit online. Uhh kalau saya dapat share 30-40 percent tak mengapalah juga. Diam-diam ambil seluruh konten. Sikit-sikit tak mengapa, tapi kalau dah hampir semuanya .. tak patutlah.

Mengapa?

  1. Saya takut orang keliru mana satu blog sebenar.
  2. Kena amaran dengan Google sebab duplikasi konten
  3. Dimanipulasi untuk perkara tidak baik
  4. Dan banyak lagi sebab-sebab yang saya fikir anda boleh catatkan sendiri ..
Saya dah tahu lama, dalam 2-3 bulan juga, tapi saya diamkan dan cuba gunakan cara lain untuk elak perkara ini berlaku. Tetapi percubaan saya sia-sia, jadi saya tulis entri ini untuk memberitahu anda bahawa dua blog yang saya kenal pasti ini bukan blog kendalian saya.
  1. http://niagapotensi.com
  2. http://hasrulhassan-spam.blogspot.com

Setakat entri ini ditulis, dua blog ini masih lagi beroperasi. Blog Niaga Potensi dikendalikan oleh seseorang bernama Ahmad Shah dengan no telefon seperti tertera di dalam ruangan iklan premium blog tersebut. Manakala blog kedua yang didapati ambil artikel 100% blog saya ialah blog yang menggunakan URL hampir saya dengan blog saya.

Maka, seandainya ada di antara anda terjumpa blog-blog seperti ini, jangan mudah terpedaya ye .. hoho .. boleh beritahu saya dan tanya saya samada blog tersebut yang anda jumpa benar-benar saya yang tulis.

Update.

Selang beberapa minit selepas entri ini diterbitkan dan saya kongsikan di Facebook, blog kedua kaler oren tu dah dikeluarkan (remove). Mungkin atas bantuan rakan blogger lain yang report mengenai blog tersebut. Terima kasih diucapkan.


19 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ini mcm orang pun ada kaaa... nak duit mudah barangkali

    ReplyDelete
  2. Blog tak seberapa mcm blog saya pun pernah terkena. Sebijik2 dia copy. Bila report kat google, dan tertangkap, gambar profile saya di letak kat web lucah. Baghal betul..hahaha

    ReplyDelete
  3. kurang ajor betul orang yang rembat hasil titik peluh orang lain untuk kepentingan diri sendiri. serius, diorang ni langsung takde maruah ke?

    ReplyDelete
  4. tak bagus laa macam nih.. kesian pada tuan asalnya.. kalau nak traffic banyak sekali pun, cubalah usaha dengan sendiri..

    ReplyDelete
  5. Memang tak patut ur hard effort dimanipulasikan dengan cara macam ni. Ini dah dikira mencuri ni!

    ReplyDelete
  6. Karya orang femes memang begini. selalu di kopi pes....

    ReplyDelete
  7. Memang sama. Dalam blog niagapotensi tu pun ade beritahu pasal template aku? Giler ah!

    ReplyDelete
  8. Nak cari duit cara tak betul. Nak kerja mudah je. Teruk betul orang macam ni

    ReplyDelete
  9. tinggi kepandaian dia utk duplicate blog n content
    moga diberi kesedaran buat org spt itu

    ReplyDelete
  10. jangan dia copy paste jugak entri ni sekali sudah la . hahaaa

    blog ni x boleh bukak dah , blog not found - http://hasrulhassan-spam.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Haishh macam-macam hal.Semoga terbuka hati org tu utk bertaubat...

    ReplyDelete
  12. HH punya entry mantop sgt n berguna..
    tu yg smpai org copycat tu..

    ReplyDelete
  13. terukk nye kerja kopi paste mintak jauhhh buat benda2 macam ney

    ReplyDelete
  14. perrgghhh... senang lah hidup macam tue. haiisshh..

    ReplyDelete
  15. jenis yg cuba ambik kesempatan usaha org lain...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement