Saya juga dimaklumkan bahawa jemputan ke majlis pernikahan dan persandingan telah mula diedarkan sejak beberapa minggu yang lalu. Malah, ada beberapa kenalan blogger saya yang telah menerima undangan perkahwinan Fatin Liyana dengan Anwar Fazal. Beruntung mereka dapat undangan dan jemputan tu ehhh .. hoho.
Fatin Liyana Bakal Bernikah Sebelum Ramadan
Setakat entri ini ditulis, masih belum nampak lagi bayang akan kad kahwin pernikahan Fatin Liyana dengan Anwar Fazal. Segalanya seolah misteri dan dirancang sangat rapi. Yelah, almaklumlah mereka berdua ada ramai peminat dan pengikut.
Kalau ikutkan, hanya ada dua minggu sebelum datangnya bulan Ramadan 1436H dalam bulan Jun 2015. Jadi, bolehlah anda berteka-teki akan tarikh sebenar majlis bahagia pasangan sama cantik sama padan ini ye.
Saya harap akan adalah pengumuman rasmi daripada kedua pasangan ini mengenai tarikh pernikahan mereka, walaupun hakikatnya adalah menjadi hak mereka untuk memberitahu kepada umum atau sekadar hanya diketahui antara keluarga, sanak saudara dan teman paling rapat.
Apapun, saya mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Semoga majlis pernikahan dan persandingan (jika ada) kelak akan berjalan dengan baik dan lancar. Didoakan juga agar kedua pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat, in Sha Allah.
Selamat Pengantin Baru Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal.
sama pdan
ReplyDeleteTahniah in advance buat pasangan bakal pengantin.
ReplyDeletedah confirm, majlis 14 june ni di dewan sri siantan ye
ReplyDeleteTeirma kasih .. moga dipermudahkan urusan mereka berdua.. amin.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.