Sukaneka Tadika Islam bagi Daerah Kerian dibuat pada 21 Mei 2015, iaitu hari Khamis, waktu bekerja. Jika mak ayah bekerja di pejabat, memang agak sukarlah sedikit untuk hadir kerana terpaksa meminta kebenaran daripada boss tempat kerja, ye tak? Apatah lagi sukaneka ni berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tghari... hoho.
Memang meriah. Ramai juga ibu bapa anak-anak yang dapat hadir. Yelah, kebanyakan daripada mereka ni adanya bekerja sendiri usahakan bendang, dan ramai juga yang berniaga. Kalau ada yang bekerja pejabat pun, kebanyakkannya dari pejabat-pejabat kerajaan seperti Majlis Daerah, JKR, dan bekerja di USM Transkerian.
Anak saya Maira masuk dua acara - Lompat Dalam Gelung dan Isi Air Dalam Botol. Alhamdulillah, dapatlah bawa dua hadiah berupa bekas makanan dan gula-gula.
Meh enjoy beberapa gambar yang diambil oleh saya dan isteri.
Masa sukaneka inilah, saya dan isteri dapat kenal dengan lebih rapat kawan-kawan anak saya. Sebelum ini hanya nampak kelibat mereka di sekolah tadika, tapi kali ini dapat sembang-sembang dan tanya itu ini. Seronok dapat bersembang dengan anak-anak kecil yang keletah.
Dari situ, saya dan isteri boleh tahu siapa kawan baik anak saya, siapa mereka, siapa ibu bapa mereka dan di mana mereka tinggal. Secara tidak langsung, kami membina hubungan antara kami, sebagai ibu bapa dengan kawan-kawan sekolah anak saya, Maira.
Kalau anda sebagai ibu bapa, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam acara-acara melibatkan anak ini. Ini merupakan antara detik-detik penting untuk mereka, dan kehadiran anda adalah pendorong untuk mereka menjadi insan yang lebih baik. Sekali terlepas, susah nak dapat balik waktu-waktu dan saat ini.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.